Unit Trust di Malaysia (ASB)

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.



Perkongsian

Mudah dan senang seperti mana MPS(Majlis Penasihat Syariah) atau mana badan-badan yang berautoriti dan mempunyai tanggungjawab dalam mengeluarkan ijtihad seperti Majlis Fatwa, sememangnya harus kepada rakyat Malaysia hukumnya untuk melabur dalam ASB, walaupun Majlis Fatwa telah menjemput pihak PNB membentangkan flow pelaburan dengan lebih terperinci dan banyak maslahat dan mafsadah yang terpaksa diambil kira.

Namun, nasihat itu tetap ada walau ada atau tidak, wang anda milik anda, pastikan ianya dijalankan halal tanpa syubhah, pastikan desak dan beri tekanan terus menerus kita selaku pengguna agar ASB mampu menepati MPS, jauh dari riba dan gharar sebersih-bersihnya.

Alhamdulillah cadangan Majlis Fatwa agar Penasihat Syariah wujud di ASB, merupakan perkara positif ke arah kewangan ISLAM..

0 Responses to "Unit Trust di Malaysia (ASB)"