Objektif(Maqasid) Islam dlm. Gerakan Dakwah (siri 1)


" Setiap kebaikan yang ingin diserap(digarap) oleh syarak dan setiap keburukan yang ingin dijauhi oleh syarak adalah berdasarkan kepada asas bahawa kehidupan dunia adalah kesinambungan dengan kehidupan akhirat. Ia bukan semata-mata berdasarkan hawa nafsu dalam apa juga kebaikan yang digarap dan apa juga keburukan yang dijauhi". kata Imam As-Shatibi..

Menurut As-Shatibi lagi dalam kitab masyhur beliau dalam dunia cendiakawan Islam, al-Muwafaqat : "Baik dan buruk di akhirat lebih utama untuk diambil kira berbanding baik dan buruk di dunia, soal ini di sepakati ulamak. Tidak harus (Haram) sama sekali kebaikan di dunia diutamakan sehingga membelakangkan kebaikan di akhirat. Sebagaimana yang dimaklumi, apa sahaja perkara yang membelakangkan kebaikan di akhirat adalah bercanggah dengan kehendak Allah dan ini adalah satu kesalahan".

Begitulah yang digambarkan As-Shatibi dan menjadi hujah buat Dr. Abdul Karim Zaidan dalam memperhalusi lagi buat para pendakwah dalam menggerakkan Islam untuk mengeluarkan sesuatu keputusan dalam gerak kerja dakwah sebagaimana digambarkan beliau dalam bukunya 'Usul al-Dakwah'.

Penulis memperhalusi kitab beliau secara literal melihat salah satu tajuk yang boleh dikira nadi kunci buat buku beliau. Begitu juga kitab-kitab fiqh terkemuka banyak menceritakan baik dan buruk dalam satu tindakan bergantung kepada syariat besar. Kitab seperti Usul al-ahkam fi usulil-ahkam, al-muwafaqat, nayl al-awtar dan kitab-kitab fiqh seumpamanya banyak mengajar erti sesebuah hukum dikeluarkan dengan kehadiran aspek yang bersesuai(pembolehubah).

Sering masyarakat persoalkan adakah Al-Quran merangkumi semua aspek,? Jawapannya sudah tentulah YA!! hatta orang yang tak mengaji pun dek kerana dakyah fahaman 'ikut-ikut' pun boleh bagi hujah tambahan lagi, jika tak dapat di Al-Quran, Hadith pula menjadi petunjuk. Tapi macam mana jika kedua-duanya tak mampu?(hakikatnya secara kajian ia merangkumi semua aspek). Inilah kita gagal lihat kerana praktikalnya belum ada pada mana-mana negara di dunia.

Inilah disiplin ilmu yang kita perlu pelajari selaku penggerak medan dakwah. Dalam hal ini 'PROTAZ' (profesional ustaz) kena berhati-hati dalam hal ini. Kenapa penulis berkata begitu? Kerana semangat untuk gerakkan Islam tak cukup sempurna jika tidak disenergikan pengetahuan displin ilmu Islam yang bersifat teras. Ingat kehidupan muslim digerakkan 2 perkara Al-Quran dan Hadith yang mana keduanya menyentuh disiplin ilmu syariah dan usuluddin sebagai ramuan utama, kemudian barulah di lazatkan keupayaan memahami ilmu Allah yang menjadi wasilah dalam kehidupan di dunia seperti ilmu Muzik, Perubatan, Kejuruteraan, Sains dan lain-lain lagi. Sesungguhnya penulis amat tertarik dengan satu pembentangan MT JIM(Jemaah Islah Malaysia) salah satu badan bukan kerajaan (NGO )Islam di Malaysia menyatakan It's all about Syariah.

Namun kisah ini berlainan, bukan bermakna syariah itu meninggalkan usuluddin itu 100 peratus malah usuluddin itu menjadi tunjang kebolehjadian syariah itu. Jawapan jika sesebuah keputusan baik dan buruk itu andai tiada jawapannya dalam Al-Quran dan Hadith bagaimana kita mahu lakukan keputusan dan pengeluaran hukum yang tepat? kita sebenarnya memerlukan pemahaman yang sangat mendalam tentang kehendak al-Quran melalui disiplin ilmu syariah yang di susun oleh ulama terkenal dahulu yang hidup mereka yang 100 peratus meletakkan diri dalam perkembangan ilmu Islam secara meluas, mengkaji sejarah mereka sudah cukup membuat kita memahami kenapa karya mereka bernilai beratus ribu tahun, tidak perlulah penulis mengulas tentang sejarah ulamak terdahulu. Berbanding ulamak agama lain karya mereka makin luput dek telan zaman dengan karya ortodoks mereka. Karyawan Islam karyanya tidak pernah bersifat ortodoks selagi mana karya mereka hasil dari pemahaman tulen dari karya mukjizat agung sepanjang zaman iaitu al-Quran al-Karim selagi itu karya mereka terkesan hingga ke hari ini.


Disinilah komentar penulis cuba perhalusi, ilmu Usuluddin secara asas pengetahuan penulis ia memerlukan momentem yang lebih menjurus psikologikal secara jiwa serta pemahaman atas alam ini. Usuluddin dalam pemahaman penulis masih dalam kerangka kajian yang mendatangkan keyakinan, kefahaman dan pokoknya keimanan. Menurut pemahaman penulis yang serba kekurangan, akidah ia datang dengan keraguan dan didatangkan kemudian keyakinan setelah bukti-bukti keraguan itu terhapus. Malahan pusingan kehidupan yang menganggumkan ini menjadi bukti lagi mengapa Usuluddin itu dekat psikologi sains dan juga psikologi tubuh badan manusia itu. Berbanding syariat ia lebih kaedah logik secara teori dan aplikasinya dengan melihat kepada dalil dan perilaku manusia dalam membuat keputusan yang benar-benar tepat. Kerana itu kita melihat disiplin ilmu ijtihad seperti al-Qiyas, al-Urf wa al-Maslahah, Maslahah mursalah, Istihsan terhasil yang mana semuanya datang dari Imam besar seperti as-Syafie, Malik, Hanafi, Hambali, Az-Zahiri, Ibn Taimyah dan ramai lagi. bersambung.....

0 Responses to "Objektif(Maqasid) Islam dlm. Gerakan Dakwah (siri 1)"