Musim Mencabar Bermula


18 hb Nov 2008
merupakan tarikh terakhir aku menduduki peperiksaan semester 5 tinggal 1 semester lagi dengan baki subjek sebanyak 4 untuk diduduki pada semester terakhir tahun 2009 nanti. Insyaallah, cuti ini perlu dipasak dengan erti hidup kepada menyumbang dan memberi sesuatu untuk orang lain agar kita menikmati kebaikan yang terhasil dari gerak strategi dalam minda.

Kertas terakhir Ekonomi Perancangan dan Pembangunan sangat mencabar kerana antara subjek yang sukar mendapat A dan juga memerlukan daya pemikiran yang sangat kuat untuk untuk memahami. Sering selepas solat penulis tidak pernah berhenti berdoa dianugerah rezeki kefahaman para nabi, kekuatan hafazan seperti Rasul dan Ilham(idea, kreativiti) seperti Malaikat.

Hakikatnya pensyarah yang disayangi memang menyayangi kami dengan menyoal soalan mudah tetapi sangat menekan pemahaman kepada tajuk yang susah sebelum peperiksaan, kesannya pelbagai keluk, teori pelapor ekonomi tidak sempurna barat, dan ekonomi perancangan yang sukar hadam sebelum peperiksaan akhirnya tidak disoal secara menyeluruh. Apapun alhamdulillah perancangan penulisan tahun ini semoga mendapat 4.00 PNG moga-moga terlaksana(hanya sekadar target). Namun yang penting itu bukan markah yang diukir di sijil itu. Ianya ibarat tiket besar bersaiz A4 (segulung ijazah) untuk melepasi had rencam kebobrokan dunia kini.

Pendidikan bersifat multidemensional telah lama luput dari memori dan ingatan tamadun manusia. Mahasiswa, golongan pelajar bukan lagi pejalan-pejalan fakir yang dahaga pelbagai ilmu. Mereka mungkin tidak pernah dengar akan Sheikh Ahmad Fathani yang pernah menjadi ahli Kimia dan geologi, apabila beberapa sarjana kini mula menemui penulisan beliau dalam perihal penciptaan emas dari sumber dan mineral tertentu. Malahan tak ramai juga mengetahui beliau pernah menuntut ilmu perubatan dan menulis kitab berkaitan perubatan. Malahan juga tidak ramai juga tahu beliau pakar dalam ekonomi, apabila beliau mengulas konsep nilai pasaran dan juga ekonomi makro. Ramai tidak melihat minda ini. Masyarakat umum hanya mengetahui beliau sebagai "ulamak kitab kuning".


Kesan kebobrokan metodologi pendidikan dan penulisan sejarah yang tidak beretika dan berat sebelah sentiasa menyerang tamadun Islam sehingga kini. Ini cabaran kini. Pendidikan hanya dilihat matlamat KERJAYA. Dahaga!! Ghairah!! Teruja!!! Semangat!!! atas nilai keilmuan jauh menyimpang dari aspek kehidupan. Inilah berlaku, seks bebas, pergaulan bebas, maksiat, gay, pengkid, dan juga lain mula menguasai kampus yang mulia kini.

Pusat pengajian semakin menjadi batu loncatan mereka untuk menelan pahit ilmu semata-mata demi matlamat yang bersifat sementara. Banyak dan ramai mahasiswa tidak peka nilai ilmu dimiliki mereka bukan untuk diri mereka. Mereka tidak sedar nilai martabat ilmu dalam pembangunan indeks kemanusian di dalam pembangunan ekonomi.

Prof. Emiritus Dr. Khoo Kay Kim dan juga tokoh akademik lain seperti Prof. Diraja Ungku Aziz melihat IPTA tidak perlu tertekan dengan kehendak industri dan menekankan peri penting mereka sebagai pusat untuk manusia berkumpul dan berfikir bersama-sama dalam membentuk idea baru dalam negara dan juga pencetus fenomena dalam negara.

Kejayaan pendidikan diperingkat tertinggi banyak menggambarkan nilai sebenar kualiti kehidupan sesebuah negara. Universiti Tokyo terus kekal dengan nilai tersendiri mereka untuk terus menjadi universiti terkemuka di negara matahari terbit itu. Begitu juga Oxford Unversity di UK dan Soeul University, South Korea dan negara-negara maju lain. Tekanan industri (kapitalis) tidak pernah menjejas universiti-universiti besar ini. Sejarah jelas menunjukkan pendidikan di negara Jepun dari sumbangan "Todai "(Universiti Tokyo) menjadi faktor kemajuan Jepun sehingga hari ini. Daya ketahanan eksport Jepun banya di dasari kajian mereka.

Universiti ini dilihat terus mengekalkan momentum terbaik dalam memastikan tahap tersendiri di mata dunia. Penulis melihat tekanan melahirkan graduan universiti terbaik dalam industri lebih kepada kebobrokan sistem kapitalis ke atas nilai ILMU itu. Mereka terus lali dengan momentem wang, bonus, kemahiran buruh dan produktiviti sesebuah firma ke atas buruh mahir dari graduan universiti. Ini satu tekanan pemikiran yang salah terhadap pasaran dan jaringan sosial manusia itu sendiri. Kenapa di campuri antara institut kemahiran dan pusat pengajian ilmu di tahap tertinggi yang memiliki ramai pemikir namun tunduk dengan idea industri tanpa mengkaji setiap idea mereka dalam mencari idea tersendiri yang lebih baik.


Seharusnya universti itu terbina atas dasar penyelidikan dan nilai pengkajian yang tersendiri hatta melebihi nilai kewujudan industri. Kita memerlukan perobah dunia sejarah dan jiwa-jiwa yang besar lahir dari medan kampus IPT ini. Mana mungkin kita hanya duduk dengan mengikuti sejarah itu. Ini momentem jiwa bersifat sederhana yang menuju kepada jiwa-jiwa kecil yang hanya merenung sejarah (boleh lihat artikel pertama saya, makna jiwa besar). Inilah yang berlaku kita hanya mengikut sejarah kini. Sebagai contoh, tanpa universiti mana mungkin terbinanya sistem kewangan Islam dengan lebih sistematik dan telus tanpa pengkajian mendalam terhadap kitab terdahulu demi memastikan ia lebih praktikal di masa hadapan. Semuanya bermula di alam peyelidikan kampus.


Cukuplah industri(kapitalis), usah kamu hanya bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Kebobrokan ekonomi kapitalis kini tanda kelemahan kamu. Lihatlah semula nilai kemanusiaan yang dikurniakan tuhan untuk menyelongkari alam ini dengan bijaksana tanpa ada matlamat keuntungan semata-mata sehingga tergadai jaringan sosial dalam masyarakat. Kerana itu ingatlah untuk apa warga Malaysia bimbang dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris semata-mata memenuhi keperluan industri sehingga metodologi universiti tempatan tergadai.

Kamu bodoh jika mengatakan bahasa melayu itu punca kelemahan. Kelemahan kamu tidak mampu pertahankan bahasa sendiri untuk menguasai penyelidikan, lihat kembali perpustakaan di unversiti-universti kamu berapa banyak penyelidikan kamu dipertahankan dalam bahasa Melayu. Penulis yakin UiTM tidak akan mampu melahirkan pelajar berpotensi bukan kerana bilangan diploma lebih ramai dari sarjana muda, sarjana dan doktor falsafahnya mahupun nilai kajian penyelidikan walaupun ianya salah satu kriteria. Pada hemat penulis ia lebih kepada gadaian bahasa kebangsaan itu sendiri.


UKM yang masih mengekalkan Bahasa Melayu yang begitu rapat mengikuti UM harus di teliti kelebihan mereka walaupun tidak mengeluarkan graduan yang fasih Bahasa Inggeris. Namun ilmu mereka sangat banyak. Kajian mereka yang banyak seperti USM, UM dan UPM meletakkan 4 universiti ini dalam tahap tersendiri. Penulis yakin angka kedudukan mereka akan terperosok turun jika tidak mengekalkan Bahasa Malaysia sebagai raja bahasa dalam kampus.

Tidak malukah kamu Malaysia!!, warganegara kita yang ingin ke England, USA, Jepun, Arab, Saudi, Mesir, Perancis, Itali, Rusia, Korea dan pelbagai lagi mewajibkan kita menguasai bahasa mereka untuk menguasai peradaban mereka. Namun kita tidak pernah setitis pun menitik beratkan penguasaan BAHASA MELAYU sebagai warisan peradaban terhadap pelajar warga asing untuk memasuki peradaban Malaysia. Ini mengecewakan bila syarat Bahasa INGGERIS masih menjadi sandaran!!! Ini serupa propsi British.


Renungkan dan fikirkan jika anda pelajar atau mahasiswa asing, adakah anda yang menguasai Bahasa Inggeris ingin menuju ke Malaysia mempelajari peradaban Malaysia? Jadi pelancong cukuplah. Lebih baik memilih New Zealand, Australia, England atau USA untuk belajar. Kerana aku menguasai Bahasa Inggeris. Andai aku menguasai Bahasa Melayu sudah tentu diriku menuju Indonesia atau Malaysia.. Fikirkanlah, demi bahasamu dan tahap ketimuran mu malah akidahmu....

0 Responses to "Musim Mencabar Bermula"