Hari Pertama Dunia Baru

5 MEI 2009, merupakan hari yang penulis akan ingati perkara pertama masuk ke alam pekerjaan setelah penat bernaung dan bergelumang dengan dunia rencam bebas tapi berdisiplin di kampus Universiti Malaya. Kini penulis bersambungkan kesinambungan kehidupan dengan dunia pekerjaan. Kendatipun begitu dunia pekerjaan yang dilalui penulis ini bukan sebarangan pekerjaan, masih diruang lingkup bidang akademik. Buku-buku, jurnal-jurnal, artikel-artikel dan banyak bahan lagi menjadi mainan penulis. Kini penulis bertugas di UNITAR Kampus Pintar. Hari pertama disini masih belum ada apa-apa perkara menarik berlaku.

Masih diselubungi sunyi disini dengan pelajar-pelajar kebanyakannya masih bercuti panjang semester. Seharusnya penulis melalui fasa itu kerana keputusan akhir semester di Universiti Malaya masih belum dimiliki. Cuma rezeki untuk duduk dibidang memerah kepala ini masih terbentang. Sukar membanyangkan perancangan seterusnya. Sesungguhnya kita merancang Allah swt juga sebaik-baik perancang.

Kita bercita-citakan keamanan, kedamaian dan keindahan kehidupan. Tuhan tetap menciptakan kejutan, keperitan dan sifat-sifat mazmumah dalam diri individu manusia. Kerana tuhan lebih mengetahui kemampuan kita. Kita dijadikan khalifah. Dan tuhan tidak memberikan jawapan kenapa kita lebih layak dari golongan yang bertasbih, memuji dan menyucikan seperti Malaikat sebagaimana digambar Allah swt dalam surah al-Baqarah : 30.

Semoga kita menjadikan iktibar surah al-Nisa' : 58 yang didalamnya terisi teras amanah dan keadilan agar ia menjadi iktibar buat mendepani cabaran lebih getir, membina masyarakat, membina keluarga dan paling penting membina diri agar tidak lebih mementingkan diri lebih dari dua asas pokok tadi.

Dan selain itu penulis akui sudah lama tidak 'mengupdate' blog ini, mungkin kerana pelbagai tekanan mendatang. Kesilapan yang tak pernah terhenti dan berkunjung tiba dalam kehidupan membuat kita berfikir agar lebih mencari kesilapan itu untuk lebih dihadapan. Apapun, biarlah kertas kerja Ekonomi Islam ini siap hendaknya. Salam perjuangan buat sahabat disana. Semoga berjumpa lagi dengan anak masing-masing..

0 Responses to "Hari Pertama Dunia Baru"