(Lets now I will stop blogging, because i was planed for new blog without this url.... I will memorized all memories about pelitaperjalanan as the first blog in my life...)
Previously on 23 Sept. 09 I was mentioned that i will created new url without this url (http://pelitaperjalanan.blogspot.com) . This is my new URL and new design.. http://ustazfarhan.blogspot.com/ the reason, I used word 'ustaz' because demand from my student and url farhan not available Thanks, Best Regard from me..
Information
Selamat Tinggal
Lets now I will stop blogging, because i was planed for new blog without this url.... I will memorize all memories about pelitaperjalanan as the first blog in my life...
Gerakan Mansuhkan ISA

Bila ada sahabat datang kepada saya bertanya, "Farhan, apa pandangan kamu ISA nak di mansuhkan". Belum sempat saya mahu berhujah mahupun membuka ruang bicara serta membuka ruang platform benih idea yang sedia tercerna, sahabat saya lebih dahulu memotong "bukankah masih ada kebaikan pada ISA itu kan Farhan"
Kata saya mudah sahaja, "kamu dah jawab kamu masih sayangkan ISA itu kan?" Jawab sahabat saya, '"Eh, saya tak kata saya sayang pun ISA tu?". Buang idea kamu tentang baik atau buruk sesuatu idea itu dari garisan lama kepentingan politik yang buta itu! kenal dahulu ISA. Baru kamu tahu ISA itu baik atau buruk.
Sedangkan mana-mana mufti belum berhujah lagi menyatakan isu ini. Cuma ada tergolong beberapa golongan cuba menghujah benarkan ISA ini. Lihat kepada fakta sejarah ISA yang di laksanakan British ini ke atas Tanah Melayu sebelum kemerdekaan ini.
Bila bicara bab ISA ini kita bicara soal beberapa kepentingan besar dalam kehidupan pertama : Soal hukuman ke atas manusia... kedua: Soal ISA kewajaran dalam syariat.
Pertama bila ia soal pundak hukuman, ramai cubaan mengkategorikannya dengan istilah takzir itu, keluaran hukuman ke atas pemerintah. Maka apa-apa yang hadir dalam kepondakan minda kita yang jahil mengiyakannya. Tak kurang jugak hujahnya menolak kemudaratan lebih besar seperti pengganas dan sebagainya.
Bicara soal syariat dalam ruang ringkas ini betapa dekatnya semangat syariat law ini dengan sivil law adalah sama. Apa yang bertentangan dengan akta lebih besar seperti akta persekutuan maka klausa atau akta dibawah darinya di tolak. Malahan penahanan pesalah menggunakan istilah 'andai' 'kalau' dan seumpanya tidak terpakai dalam mana-mana perundangan.

Syariat jelas menyatakan mana-mana hukum yang bertentangan dengan syarak Al-Quran dan AsSunnah maka apa-apa kaitan takzir atau hukum di bawahnya tertolak kerana sumber yang lebih besar itu.
Islam jelas menolak dan menyatakan HARAM yang jelas menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana manusia sama ada muslim atau bukan muslim tanpa mendatangkan bukti yang mencukupi dan kukuh. Apabila jelas perkara pokok ini maka kita tahu intipati ISA itu amat berbeda apa di datang dengan Al-Quran.
Kalau ada alasan demi mengekang pengganas itu semata-mata hujah mahu ISA dikekalkan, lebih molek di kaji satu akta baru BUKAN ISA tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam yang tidak bersalah itu. Masalah besar utama ISA adalah manusia berpotensi jauh di Malaysia ini banyak berada di ISA itu tidak pernah dibicarakan atas kesalahan yang tidak pasti.
Padaku ISA wajar di mansuhkan............................... TANPA KOMPROMI................
Pemahaman Ilmu Tasawuf Pemerhatian Merumitkan
Makanisme tasawuf mungkin penulis sekadar mampu berbicara di ruang pemahaman penulis dari pengalaman semata-mata tanpa ada coret disiplin ilmu khas yang benar-benar membuat penulis fakih terhadapnya. Mungkin ia sekadar luahan, dan juga rintihan kerana hati ini jelas sekali medambakan makanan rohani tanpa henti tambah lagi tatkala kita sunyi berkhalwat dengan roh sendiri. Manusia yang sibukkan diri janggal mendekati hal tasawuf ini mudah di polosi jiwa mereka dengan unsur bejat tanpa mereka sedari. Kerana itu Ibn Qayim al-Jawziyah sentiasa menasihatkan umat Islam sentiasa memohon keampunan setiap saat kerana manusia itu 'nasia' pelupa dan alpa.
Berbalik kepada fundemantal mana-mana sebuah gerak kerja Islam, sama ada muamalahnya dari sudut pengurusan pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan hatta sekecil perkara. Pokok perbincangan tauhid menjadi nadi kekuatan terhadap fundemantel berkenaan. Penulis terbaca pandangan Zaharuddin.net (merupakan senior di UM dulu), diakui selok belok 'istilah' menjadi masalah akidah yang banyak dibicarakan disitu dalam isu ESQ 165. Ia menjadi argument setengah golongan tasawuf dan juga di tolak mentah-mentah golongan salafi yang tegas dengan pandangan mereka yang kukuh.
Dari segi fiqh (pemahaman) adalah apa yang kamu tahu datang pada zaman itu memberi kesejahteraan kepada ummah ketika itu, dengan berpegang kepada manhaj teras Al-Quran dan al-Hadith. Jadi pokok apa dibicarakan ia masih pandangan peribadi masing-masing dan berhak di amalkan individu itu serta tidak berhak yang berpandangan itu menempelak mana-mana golongan yang tidak mengikutnya. Melainkan jika ia diputuskan melalui badan yang disepakati dan dipertanggungjawab dalam soal fiqh seperti badan Mufti. Maka layaklah masyarakat awam mengikut amalan dan terhapuslah pandangan individu. Dan individu yang bukan awam jika talfiq dengannya maka mereka tidak layak menolak pandangan itu dan berhak pada mereka beramal dengan pemahaman dan pandangan mereka.
Berbalik kepada isu tadi mengapa mutakhir ini ramai yang mula dambakan program seperti ESQ165? Tariqah? Tazkiyah? dan soal-soal jiwa dan rohani?. Itulah dia fundemantal muamalah Islam yang melangkaui sempadan teori manusia. Darwin, Rostow, Adam Smith, Karl Marx, Robert Owen, Harrold Domar dan banyak lagi tokoh sains sosial manusia dan pemikiran alam sendiri pun tidak mengetahui kenapa manusia ini tidak mampu diletakkan teori yang tepat dari sudut kepuasan, ekonomi, permintaan, penawaran dan kawalan. Perkara inilah Ibn Khaldun mengatakan kebanyakan teori lebih meraikan nafsu di depan berbanding sunnahtullah itu.
Hubungan dengan Allah swt merupakan tangga utama dalam tingkat dalam fundamental lain seperti hubungan dengan manusia dan makhluk-makhluk lain. Di sini longgarnya hubungan manusia dalam menjaga hubungan dengan Allah yang wujud di atas muka bumi.

Saban hari malam atau siang, umat manusia sering menghadkan diri mereka dan kemampuan mereka. Otak mereka mula di fokus pada satu titik bucu yang tidak munasabah tetapi munasabah pada logik kehidupan mereka. Jelas di sini manusia alpa akan had kemampuan mereka berfikir dimana nafsu malas, nafsu senang, nafsu harta dan seks menjadi tema mereka. Bila noktah ini tiba dan menjadi rutin kebosanan mereka apa yang terjadi dalam diri mereka? Mereka mula turun prestasi. Daya kecekapan kurang, persaingan tidak sihat berlaku, noda dan nilai integriti luput. Pada saat ini baru mereka inginkan suatu kekuatan lain. Harta jauh meninggalkan mereka. Gaji RM4k ke atas tidak mampu memberi istilah cukup. Maka apa mereka hendak. Beginilah dambanya manusia akhirnya mereka ke tikar sejadah bagi muslim mencari kekuatan diri. Bagi yang jauh dari resolusi hidayah ceritanya pasti berbeza.
PENDAHULUAN 'ISTILAH KETENANGAN'
Konfrantasi bermula disini bagi pencari hidayah yang menemui resolusi hidayah. Pertama, tahniah Allah swt masih sayang anda dan kita sentiasa mengharapkan nilai hidayah ini berada dalam diri kita sentiasa agar tidak mati kita dalam 'su' al-khatimah' pentup kehidupan yang buruk. Penulis sentiasa mengingati kata-kata positif Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmod Zuhdi(tok mod), kes Kassim Ahmad yang menolak hadith dan menerima Al-Quran semata-mata di anggap manusia yang pemikirannya explore secara peribadi dalam diri individu tersebut. Ia menjelaskan pencarian kebenaran yang melalui salah faham dalam agama. Dan pandangan tok mod tersebut menjelaskan sebagai pendakwah tidak mudahlah untuk menghukum Kassim Ahmad murtad sebaliknya mendambakan satu diskusi dalam menangani salah faham agama.
Pokoknya disini, saya pernah berbicara dengan sahabat-sahabat yang mengikut tariqah dan pelbagai kaedah tazkiyah nafs. Apa yang dapat diperhatikan dua konsep sahaja yang membuatkan saya selaku manusia yang dangkal menghujah dua jenis manusia yang benar-benar mengamalkan tasawuf yang benar atau salah. Pemerhatian yang jelas memang jalan tariqah(jalan) itu membuka ruang kita mengkaji isi dalam roh manusia dan alam ghaib serba misteri melainkan Allah swt memberi 'jalan' pengetahuan.
Manusia jenis pertama di alam tariqah, amalan dan peribadi individu itu amat dangkal dengan kehidupan. Makhluk-makhluk kehidupan yang wujud disekeliling hilang muamalahnya dalam masyarakat. Dia menyangka dia mendekati tuhan, hakikatnya ia dilihat 'paranoid'. Menyangka amalan dia sempurna. Akhlaknya tidak konsisten dan paling dibimbangi dia bersahabat dengan jin Islam dan menghujahkan wujudnya ayat-ayat khadam dalam al-Quran sehingga mengatakan dia khadamkan jin tersebut. Ternyata dia tidak sedar jin tersebut telah mengkhadamkan diri dia tanpa di sedari.
Manusia jenis kedua di alam tariqah ini, adalah manusia menghujahkan ayat al-Quran dan meyakini ayat al-Quran adalah mukjizat buat Rasulullah s.a.w. dan memahami ayat al-quran memiliki kekuatan dalam diri manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dan dipertanggungjawab menguruskannya. Bukan sahaja mengurus JIN!!! tetapi berkewajipan atas pundak mereka mengurus dan mentadbir politik yang kian BOBROK. Ekonomi, sistem jaringan sosial. Perundangan dan pelbagai lagi.

Manusia golongan kedua ini sukar dijumpai. Sepanjang penulis hidup di medan tarbiyah di N.Sembilan sepanjang zaman persekolahan di Maahad Ahmadi. Ternyata dunia tariqah ini begitu subur di satu kawasan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Pengalaman lalu lebih melihat begitu banyak tariqah sesat dan benar muncul. Sesat lebih banyak dari benarnya. Kerana hanya dua tariqah sahaja yang dibenarkan muncul dan dibenarkan iaitu tariqah Ahmadiyah bawah pimpinan bekas mufti N.Sembilan sendiri dan satu lagi tariqah naqsyabandiah di Lenggeng.
"MASALAH AHL-TARIQIYAH YANG RANUM"
Permasalahan utama insan-insan yang mencari kekuatan diri ini adalah bila mereka terjun dari pokok payung asal. Bila tawasul terputus antara ijazah yang disampaikan tok guru yang benar ini maka ia menimbulkan konflik. Maka jangan hairan bila kita lihat ada peristiwa si pencari ketenangan yang takut terjun ke dalam bidang tasawuf terkejut dan fobia. Tok guru di hadapan yang memimpin zikir dengan serba ketenangan, si anak murid yang mengikut di belakang duduk tidak keteruan sampai naik syeikh.. Tapi bagi orang kurang faham memang tidak dapat menerima perlakuan itu seperti penulis. Mungkin anak murid tu terpaksa berlakuan pelik untuk capai tahap ketenangan tok guru.
Tetapi manusia ini belajar dari pengalaman. Rata-rata anak muda ranum di alam tariqah ini jauh dari buah pemikiran tasawuf di ajar guru. Kadangkala amalan solat pun ada yang tertinggal. Ini menyebabkan ahl- tariqah al-RANUM ini banyak menjadi manusia di golongan pertama sebagaimana penulis gambarkan. Unsur-unsur sesat masuk, tawasul dia dengan amalan manusia yang 'alim terputus, malah tawasul dia bersambung dengan amalan jin. Maka siapa khadam siapa?
Polimik yang berlaku terhadap manusia yang mencari ketenangan inilah menyebabkan rata-rata menambahkan kegerunan manusia awam takut dengan gambaran pemahaman Islam mendalam adalah di ruang itu. Banyak tokoh agama dan sarjana berkata, jika Islam itu dipandang dari sudut itu sahaja iaitu dari segi aspek kerohanian semata-mata. Maka sesat dan salah faham dalam agama akan membuah jika tidak memahami sunnahtullah sebenar dan secara syumulnya Islam itu.
Penekanan utama Islam seharus dipandang dari sudut AQIDAH itu. Mengenal Allah swt tidak sama dengan mengenal tariqah. Mengenal Allah swt secara ringkasnya mengenal siapa kita dan sunnahtullah. Mengenal Allah swt bukan cara bertemu, berhujah melihat atau sebagainya. Malah lebih dari itu, kita mengenal Allah swt sehinggakan kita mengenal bahawa Allah swt, terkeluar dari seluruh hukum alam di atas muka bumi yang lemah ini. Allah swt memiliki kekuatan labih dari minda kita. Dan Al-Quran dan al-Hadith panduan yang sebenar.
Bermula dari AQIDAH kita mula membina paksi faham kapada agama, inilah FIQH(faham) atau berkait rapat dengan syariat. Ia berputar di ruang lingkup manusiawi yang terbatas dan syariat itu dibentuk dengan faham logik kita terhadap agama berpandukan ayat firman Allah swt sebagai Al-Quran dan al-Hadith.

Dua makanisme kekukuhan terhadap syariat yang mendekatkan kepada muamalah, pengurusan pentadbiran politik, ketenteraan, sistem masyarakat dan lain-lain. Semua bentuk duniawi tidak dipandang sepi dan sunyi oleh ISLAM> > Persoalanya ternyata ayat al-Quran sepeti surah al-Baqarah : 30 menunjukkan kita memundak urusan dunia. Surah an-Nisa' : 58 kita menghukum terhadap amalan manusia dengan adil. Malahan banyak lagi ayat taklifan manusia ini dipertanggungjawab atas urusan duniawi ini dari al-Quran dan al-Hadith. Benarkah Islam sekadar complete di tahap aspek ibadat rohani? Benarkah Islam di samakan dengan agama-agama lain sekadar ritual amalan di rumah ibadat dan tempat-tempat tertentu jauh dari muamalah kepompong masyarakat? BENARKAH? jika YA!! Mudahlah golongan begini tergolong dalam pemikiran ahli tariqah pertama yang penulis perkatakan tadi.
Meminjam semangat Ibn Taymiyah di zaman beliau. Beliau bukan sengaja menjadi ulama kontravasi di zaman itu. Beliau berhujah dengan semangat mengembalikan doktrin ilmuan Islam ketika yang meninggalkan muamalah dalam masyarakat Islam sehingga terjerumus dalam sufisme ekstrim. Mungkin terlampau ramai termakan istilah duniawi dengan melabel dari seluruh aspek tanpa melihat ruang duniawi yang benar-benar melapangkan lagi ruang di akhirat.
Kesimpulannya, serumit mana pemahaman terhadap pemikiran Islam jika fundamental akidah tauhid itu tebal dan dilestarikan dengan kefahaman tinggi terhadap syariat, nescaya apa yang di istilahkan 'ISLAM the way of life' itu bukan retorik semata-mata. Ketebalan IMAN ini tidak mampu di ukur dengan zikir dan amalan semata-mata. Tetapi sejauh amalan dan zikir yang indah alunan itu di berkati dan dirahmati. Ia tiada ukuran. Jika muslim menerima award rahmat itu. Berbahagialah ia di akhirat sana. Wallahu'alam... JAGA HATI, MINDA, AKAL dan FAHAMANMU.. Sekadar berpandangan dengan mata hati yang kotor maafkan jika tersalah kata. Penulis sekadar berpandangan dari sudut kehidupan yang sempit. Mari mengejar rahmat ALLAH swt..
Hari Pertama Dunia Baru
Masih diselubungi sunyi disini dengan pelajar-pelajar kebanyakannya masih bercuti panjang semester. Seharusnya penulis melalui fasa itu kerana keputusan akhir semester di Universiti Malaya masih belum dimiliki. Cuma rezeki untuk duduk dibidang memerah kepala ini masih terbentang. Sukar membanyangkan perancangan seterusnya. Sesungguhnya kita merancang Allah swt juga sebaik-baik perancang.
Kita bercita-citakan keamanan, kedamaian dan keindahan kehidupan. Tuhan tetap menciptakan kejutan, keperitan dan sifat-sifat mazmumah dalam diri individu manusia. Kerana tuhan lebih mengetahui kemampuan kita. Kita dijadikan khalifah. Dan tuhan tidak memberikan jawapan kenapa kita lebih layak dari golongan yang bertasbih, memuji dan menyucikan seperti Malaikat sebagaimana digambar Allah swt dalam surah al-Baqarah : 30.
Semoga kita menjadikan iktibar surah al-Nisa' : 58 yang didalamnya terisi teras amanah dan keadilan agar ia menjadi iktibar buat mendepani cabaran lebih getir, membina masyarakat, membina keluarga dan paling penting membina diri agar tidak lebih mementingkan diri lebih dari dua asas pokok tadi.
Dan selain itu penulis akui sudah lama tidak 'mengupdate' blog ini, mungkin kerana pelbagai tekanan mendatang. Kesilapan yang tak pernah terhenti dan berkunjung tiba dalam kehidupan membuat kita berfikir agar lebih mencari kesilapan itu untuk lebih dihadapan. Apapun, biarlah kertas kerja Ekonomi Islam ini siap hendaknya. Salam perjuangan buat sahabat disana. Semoga berjumpa lagi dengan anak masing-masing..
..:: TIGA TAHUN BERLALU DI UMKL::..
Kepada kepimpinan baru PERMANIS UM galaskan amanah itu sebaik mungkin. Manusia ini tetap jahil dan tak pernah betul dan pengalaman kepimpinan merupakan satu lagi tambahan kamu belajar menerima amanah atas muka bumi ini yang mana makhluk lain menolaknya, tetapi manusia yang bodoh lagi jahil menerimanya, surah al-Ahzab : 72. Dan kerana kita ditakdir menjadi khalifah yang dijadikan Allah, surah al-Baqarah : 30, maka kita kena menggalasnya jika di amanahkan. Semoga berjaya buat kepimpinan PERMANIS UM 2009/2010, Presiden, Zaid Mustaffa, Naib Presiden, Rabiatul Adawiyah anak cik Nor, Bendahari, Aisyah.. Setiausaha Farihah.
-dari saya, ex-Presiden PERMANIS UM 08/09-
Mohammad Farhan bin Ahmad
BLOG ke DIARY???
Ramai rakan bertanya kepada penulis, benarkah "pelitaperjalanan" mahu di tulis penulisan berbentuk ilmiah semata-mata. Berapa banyak penulisan anda melambangkan kematangan anda. Bloggers kini mula menjadikan blog-blog mereka mini diary tempat luah cerita orang lain, membuka pekung rahsia manusia-manusia lain. Perlukah etika sebegini?

Mengambil kira kehidupan manusia yang sentiasa mendambakan cita-cita kecil sebuah keamanan berbanding cita-cita politik yang berkepentingan lebih besar semenjak dari zaman kemerdekaan dengan matlamat yang memperlakukan sekumpulan manusia yang banyak jumlahnya. Apalah yang hendak dikirakan dengan kehidupan manusia yang singkat ini.
Islam didatangkan dengan mudah bercerita soal ini, Hamka pernah menulis kisah hidupnya secara tidak langsung, Ihya' Ulumuddin karya Imam Ghazali sedikit sebanyak meluah rasa hati mereka, Yusof al-Qardhawi dengan penulisan-penulisan besar beliau menceritakan diari hidup mereka, Dr. Harun Din menceritakan pengalaman dan ilmu agama yang pelbagai. Begitu juga tokoh-tokoh besar yang lain.
Muhammad saw junjungan besar sentiasa merakam diri baginda melalui himpunan hadith dan kehidupan baginda yang menjadi pedoman buat ummah sedunia. Begitu juga dalam perihal dakwah yang besar. Bangkitlah pemuda/pemudi buktikan pada dunia masih ada diri tokoh-tokoh besar dalam diri kamu mendiarikan diri kamu. Jangan segan menggambar kehidupan dunia kamu yang sementara. Apalah daya kerosakan atas muka bumi yang kamu lakukan (surah ar-Rum 30:41) menjadi iktibar tangan kamu itu dari terus binasakan diri kamu dengan fitnah besar masyarakat.
Bangkitkan jalan terakhir kamu ini, menangislah di malam hari untuk memberitahu kepada meraka yang tidak tahu nikmat malam kamu dengan tuhanmu. Kemaskan ibadat kamu disantap ruhnya kepada meraka yang tahu akan kebahgiaan sebenar dunia atas redha ALLAH.
Tunjukkan bahawa letih kamu dalam medan perjuangan yang ranjau seperti Pak Nasir(Politik Islam Indonesia), Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat( mengatasi kekotoran politik UMNO), Syed Qutb (Syuhada), Zainab, Sheikh Ahmad Yassin, Umar Abdul Aziz, Sheikh Muhammad Abduh dan ramai lagi sehingga mereka tahu kenapa sehingga hari ini pengikutnya masih tersenyum dunia dan akhirat.
Berceritalah wahai pendakwah walaupun ianya hanyalah sekadar diari kecilmu, mungkin tulisan kecil mu menjadi bahan sejarah termahal di masa hadapan kerana berkat tuhan mu melalui mata penamu, ilhammu.. Wallahu'alam..
Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti

JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti! Sama-sama berhibur sambil berlibur di hujung minggu bersama-sama dengan mak, ayah, isteri, anak-anak, abang, kakak, adik, sanak saudara dan sahabat handai menghadiri karnival yan lengkap dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
*Sila klik dan save poster terbaru ni dan POST ke BLOG masing2! :)
*Jangan lupa hebahkan ke mana-mana forum dan website-website
seperti Friendster, Facebook, Tagged dll.
Alam Mati


Kicauan burung menyanyi mati,
Deruan angin keras membeku,
Alam fauna menguning lalu gering,
Hati raja berdarah lalu pasrah.
Indahnya dunia fatamorgana insan,
Unjuran tuhan jauh dibayangan,
Kapitalis, sosialis, anarkis kiblat utama insan,
Iman raja dicarik halus ditepung syaitan.
Salam alam penuh kesyahduan,
Melihat insan di kotak-kotak persimpangan,
Kebahgiaan sementara menjadi santapan,
Selamat tinggal raja hatiku tiada pilihan.
Farhan al-Gemasi,
9.38 pagi.
12 Desember 2008.
Taman Semarak 2, Nilai N.Sembilan.
Gerakan Anti-PPSMI

Malaysia sebenarnya mula menuju ke dasar Singapura semenjak rombakan idea industri dilancarkan sekitar 1980-an dalam Rancangan Malaysia ke 5. Dengan tekanan KDNK Singapura yang dikatakan memiliki jaringan keyakinan pelaburan tertinggi dengan kewujudan sistem Bahasa Inggeris dalam negara terutama disumbangkan Nanyang University dan National Singapore University. Sistem pendidikan negara jiran itu dilihat lebih maju dan fleksibel dengan dunia di era globalisasi ini. Maka penulis yakin Dr. Mahathir cakap sahaja benci Singapura! sebaliknya sistem tunduk 100% kapitalis kepada Singapura yang bobrok itu.

Atas dasar itu si Mahathir terus menyokong PPMSI dalam sistem pendidikan kini tanpa memikir nasib Bahasa Malaysia ke atas rakyat Malaysia. Kesian BahasaMalaysia sudahla bangsa dia tidak semaju bangsa Jepun, Korea Selatan dan Cina malah tergadai juga bahasa sendiri di bumimu. Negara-negara timur ini tidak pernah pula mangatakan bahasa mereka punca kegagalan menguasai Sains dan Matematik. Sebaliknya Dr. Mahathit sanggup mengatakan untuk menguasai Sains dan Matematik perlu kuasai B. Inggeris. Maka dengan Bahasa Malaysia tak mampu kuasai? Fikir-fikirkan dan renungkanlah. JANGAN MUDAH TUNDUK PADA INDUSTRI(kapitalis)
>>BINALAH EMPAYAR INDUSRI SENDIRI DIBUMIMU>>
SALAM 'AIDILADHA
BUAT SEMUA YANG TELAH BERKORBAN DEMI KEMAJUAN DIRIKU.
YANG TERUTAMA SEGALA PENGORBANAN BESAR AYAH & IBU (AHMAD ABD HAMID DAN RASHIDAH MOHD ARIS) DAN SELURUH KELUARGA....
TIDAK DILUPAKAN JUGA KEPADA PENGORBANAN SELURUH NADI PERJALANAN HIDUPKU TERUTAMA ZAMAN PERJALANAN KANAK-KANAK DAN REMAJA BUAT
#CIKGU SALMAH-GURU DARJAH 1&2 (IBU SEGALA GURU),
#CIKGU NORHAFIZAH-GURU DARJAH 3 (MENANAMKAN SIFAT JUARA),
#USTAZAH RAJA -GURU TUSYEN B.ARAB (GURU GIGIH UNTUK CUCU2NYA)
#USTAZ SUROL BIN MIRI- EX-PENGETUA SMRA NILAI
(PEMBUKA RUANG PERJALANAN REMAJA),
#USTZ IDRIS-GURU NAHU(MENDISIPLIN DIRIKU)
#USTZ JABR-GURU NUSUS (MENANAM PUJANGGA ARAB DALAM DIRI)
#CIKGU YUNOS-GURU MATEMATIK SPM( MENAJAM PEKIRAANKU)
#CIKGU KAMARUZZAMAN- GURU SEJARAH (PENANAM ASAS ERTI SEJARAH DALAM KEHIDUPANKU)
#USTZH HASHIMAH- GURU TAUHID(PENANAM KELASTARIAN AQIDAH)
#USTZAH MASHITAH-GURU EKONOMI ASAS SPM(MENGAKUI AKU HERO EKONOMI KATANYA)
#USTAZ ALI-EX-MUDIR MAAHAD AHMADI (JIWA AL-QURAN MELALUI B.ARAB)
*CIKGU SHARIDAH -EX. PEN KANAN GURU BESAR SKDHAM
(GURU YANG LEBIH DARI SEKADAR GURU, IBU KEPADA DIRIKU JUGA SELURUH ADIK BERADIKKU, MENDIDIK DIRI BUKAN SEKADAR PELAJAR DALAM KELAS TETAPI SANGGUP BERKORBAN UNTUK DIRIKU DI LUAR KELAS)
*PROF DR JONI TAMKIN BORHAN(AYAH YG PRIHATIN)
*DR PATMAWATI HJ IBRAHIM (IBU YANG BERDEDIKASI)
*DR ASMAK ABD RAHMAN (IBU PENYAYANG)
*EN AZIZI CHE SEMAN (AYAH YG GIGIH)
*DR. AZAM SULAIMAN( ABG YANG CEKAL)
*EN. TAQIUDDIN MOHAMED (ABG. PENYAYANG)
*PROF MADYA DR.SHUKRI (BAPA FIKRAH KU)
*PROF MADYA DR ISHAK HJ. SULAIMAN(BAPA YG IDEALIS)
*CIK NORAINI ALI (GURU YG BERDEDIKASI)
*PROF FAISAL-DEKAN FAKS ENJIN(PENASIHAT TERBAIK)
dan ramai lagi.......................
BEGITU JUGA INDIVIDU MAHUPUN KUMPULAN YANG PERNAH HADIR DALAM HIDUPKU YANG SANGGUP MENGORBANKAN DIRINYA UNTUK SUMBANGAN PERJALANAN HIDUPKU YANG SEMENTARA.
JASAMU TIDAK DAPATKU BALAS DENGAN HANYALAH KEMAMPUANKU UNTUK BERKORBAN DEMI GENARASI SETERUSNYA....
::: KEHIDUPAN HANYALAH PERJALANAN SEMENTARA :::
Kebenaran "Islamic Economic Recycles" Kitaran Ekonomi Islam(syariah) di Era Krisis Kewangan Global
Di era permulaan perkembangan Islam, Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya "Janganlah kamu tinggal 2 perkara, maka sesekali kamu tidak akan tersesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah". Ketika mana kegoncangan sistem yang dikatakan telus dan peradaban kini iaitu kapitalis dan sosialis, masyarakat sukar sekali memurnikan hati-hati mereka untuk menerima nilai Islam sebagai wadah dan idea buat pemikir kini.
Ketaksuban dan kejumudan dengan nilai kapitalis dan sosialis sebagai 2 momentum utama sistem hari ini sebagai idea terbaik menempelak idea Islam sebagai fitnah teokrasi dan jumud dalam pengertian mereka sendiri, mula menampakkan kesan bila mana 2 sistem itu telah menelan dosa-dosa dan kerakusan kemanusian yang cetek dan lemah akal mereka. Pasaran ekonomi dipenuhi riba, bunga, penindasan golongan miskin dan mengiktiraf kerakusan kemanusiaan dalam relung kapitalis ataupun pasaran ekonomi dipenuhi ketamakan golongan pemerintah, hilang nilai demokrasi hakiki, ketidakadilan kesan salah faham erti keadilan sebagaimana berlaku dalam relung sosialis telah menyebabkan 2 sistem ini sudah menapakkan titik hitam dalam masyarakat yang suka mengamal cara hidup ini ataupun terpaksa mengikut sistem ini.
Kini sudah tiba masanya mereka lihat kembali apa mereka perkata tentang dunia, betapa besar kekuasaan Allah swt bila mana manusia lari dari sistem ini. Perjalan hidup kita yang singkat ini mula sia-sia bila mengetahui kita sudah lama beriman dengan sistem-sistem gagal ini. Blok dunia Islam yang buta di era 70-an hingga ke zaman ini terus di butakan dengan jatuh bangun sosialis dan kapitalis semenjak kejatuhan empayar Seviot Union kemudian pengaruh blok sosialis semakin lapuk dihakis zaman bila mana ia hanya tinggal nilai ilmiah yang sia-sia, malah praktikalnya sudah seabad berlalu. Negara blok komunis tidak pernah menunjukkan pembangunan indeks kemanusiaan yang baik seperti Cuba, Vanuzuela malah negara Rusia yang memiliki keluasan komoditi besar sehingga berkedudukan negara veto dalam sidang PBB, juga memiliki indeks kemanusiaan yang rendah boleh lihat indeks kemanusiaan di web UNDP.
Atas dasar kejatuhan nilai sosialis, kini dalam dekad 80-an mula menampakkan golongan firma dalam sistem kapitalis mula menampakkan kejayaan idea mereka melalui bapa moden mereka Adam Smith dengan karyanya "Well of Nations". Perubahan kapitalis telah berkembang pesat semenjak kebangkitan negara 'Uncle Sam' selepas Perang Dunia Kedua. Di era ini melihat keteguhan negara kapitalis dengan aset dalam negara tinggi seperti USA, Jepun, Kanada, Perancis, Britian yang bersujud kepada kapitalis telah merubah pola demografi dunia dengan pertumbuhan kilang-kilang ataupun firma yang berisiko tinggi pengurusan mereka sehingga menerujakan negara kita sendiri Malaysia dan serantau, bilamana dasar kerajaan dalam dekad 80-an yang mula mementingkan nilai buruh dalam produktiviti dengan kewujudan peluang pekerjaan pelbagai ;
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)
Inilah petunjuk awal pemahaman kitaran ekonomi, Allah swt Maha Mengetahui. Kini ekonomi dunia menuju satu lagi tahap resesi perkiraan 7 tahun dilihat secara empirikal semenjak lepas Perang Dunia Kedua. Kebobrokan sistem perbankan kini menjadi isu besar dalam negara besar seperti Amerika Syarikat sehingga perlaksanaan "bailout" dilaksanakan dalam kehancuran sistem kapitalis itu. Mungkin tahap kejatuhan ekonomi kini adalah terbesar dalam sejarah berbanding tahun 1997,1986,1977 dan sebelumnya.
Pada pendapat penulis kebenaran surah Yusof ini memiliki tanda mukjizat Al-Quran itu sendiri iaitu cerita kisah sebelum(peristiwa silam) penurunan Al-Quran dan juga selepasnya(peristiwa masa hadapan). Penafsiran maksud 7 musim ini memiliki nilai empirakalnya dalam mengaitkan antara peristiwa kerosakan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Walaubagaimanapun ada setengah pengkaji mahupun ahli tafsir masih mampu membuka ruang perbincangan dalam menafikan maksud sebenar surah Yusof, ada sesetengah masih beranggapan peristiwa ekonomi sukar di ukur dari sudut empirakalnya. Pembuktian tempoh surut ekonomi selama 7 musim itu sukar diertikan secara fakta dengan tepat.
Melihat kepada senario penciptaan tawarikh(kelander) itu sendiri menurut Prof. Madya Ahmad Zaki dari Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. Beliau menyatakan penciptaan tarikh itu sebenarnya berkait rapat dengan peristiwa agihan fiskal(agihan pendapatan negara-belanjawan) yang wujud terhadap tamadun yang telah mencapai keunggulan dalam sistem pentadbiran mereka sama ada sistem pendidikan, saliran, kehakiman, kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain. Ini terjadi terhadap Tamadun Rom dengan hasilnya tercipta kalendar Masihi yang bersandarkan pusingan matahari demi memastikan kelancaran kutipan cukai terhadap agihan dan belanjawan negara untuk melakukan aliran pusingan fiskal ekonomi dalam sesebuah negara.
Perkara ini berlaku dalam Tamadun Islam, hakikat kewujudan tarikh Islam itu ramai yang tidak menyedari ia bukanlah diaplikasi secara sistematik selepas penghijrahan Nabi saw ke Madinah itu. Sebaliknya aplikasi secara praktikal sistem tarikh Islam itu bermula di zaman Khalifah Umar Al-Khattab yang mula memikirkan idea baru dalam mengurus masalah aliran fiskal seperti zakat, cukai, kharaj, ghanimah di Baitul-Mal(ibarat Bank Negara atau Kementerian Perbandaharaan Negara) yang memerlukan kepada sesuatu sukatan demi memastikan keadilan dalam pengagihan dan perberlanjaan sumber dalam wilayah Islam berlaku.
Kewujudan dewan jundi dan pelbagai sistem dalam zaman Umar Al-Khattab mendambakan satu kiraan yang tepat dalam mengumpul dan mengagih. Maka majlis syura yang dibentuk dalam sistem negara Islam(Daulah Islamiyah) telah bersidang memikir akan kewujudan makanisme yang seseuai dalam menyelesai masalah tersebut maka salah seorang ahli syura mencadang aplikasi dalam Tamadun Rom itu, maka akhirnya ia dipersetujui dan ahli syura mencadangkan kiraannya di kira dari tempoh permulaan perkembangan negara Islam. Maka lahirlah tarikh Islami itu dan seterusnya.
Maka jelas disini penceritaan kisah Nabi Yusof ini secara empirakalnya dengan menyatakan 7 musim sebagai 7 tahun ataupun 7 purnama dan sebagainya adalah kurang tepat untuk dikaitkan dengan kejadian 7 musim, kerana masyarakat sebelum hijrah atau masihi lebih mengaitkan sesebuah peristiwa dalam menggambarkan umur atau usia seseorang tiada tarikh yang tepat seperti kini dalam menggambarkan tarikh lahir seseorang itu. Tahun gajah contohnya yang dikaitkan dengan peristiwa tentera bergajah yang berlaku selari dengan peristiwa kelahiran nabi ataupun tahun kematian Saidatina Khadijah dan bapa saudara Nabi saw digambarkan dengan tahun kesedihan. Ia lebih bersifat perkaitan sesuatu peristiwa tanpa mekanisme bersifat empirikal.
Maka pada pandangan penulis surah Yusof ini tafsirannya lebih dilihat dari segi konsep manusia dalam mengurus sumber dana dan rezeki pemberian tuhan dan pengurusannya itu lebih bersifat jangka panjang atau pendek dalam menghadapi pasang surut kekukuhan ekonomi manusia di atas muka bumi ini. Pemahaman dalam surah Yusof itu seharusnya di datangi kepada cara kita membelanja dan mengurus dana sedia ada. Ingatlah pengertian surah ini, firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 40-41 :
"Allah jualah yang mencipta kamu, kemudian dia memberi rezeki kepada kamu, sesudah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah antara apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu dapat berbuat sesuatu daripada segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan (dengan-Nya)" .
"Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali(insaf dan taubat)".
Daripada surah ini kita perlu memahami kekuasan dan pemilik sebenar rezeki dan sebab mengapa dan kenapa situasi ekonomi yang berlaku hari ini bukan takdir semata-mata tetapi hakikat yang lebih besar tangan manusia itu sendiri yang menjadi faktor resesi(kejatuhan ekonomi) kini. Mahupun faktor pertumbuhan semuanya atas tangan-tangan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi dan pengurus alam dan Allah jualah sebaik-baik pemberi rezeki. Berimanlah dengan perkara ini agar kita mula membina momentum pemikiran ekonomi Islam tanpa perlu berkiblat kepada kapitalis mahupun sosialis. Walaupun ia masih diperingkat teori namun di sinilah segalanya bermula untuk kita sesuaikan dengan situasi semasa demi meletakkan sistem ekonomi Islam di tempat sepatutnya.

Dalam sejarah ekonomi sendiri, ternyata krisis ekonomi kini sering terjadi di semua negara yang sama ada terserap sepenuhnya dengan sistem kepatalis atau tidak sepenuhnya. Krisis demi krisis ekonomi terus berulang tanpa henti, sejak tahun 1923, 1930, 1940, 1970, 1980, 1990 dan 1998-2001 bahkan ia dilihat semakin teruk kerana serangan krisis pusingan ekonomi mula melanda negara besar yang pendapatan dalam negaranya mencecah trillon seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
(Lihat penyenaraian kapitlisme dan sosialisme dalam kesan mereka terhadap KDNK mereka, sejauh mana keadilan mereka terhadap bumi ini?)
Nampaknya kelihatan keruntuhan sistem kapitalis umpama diberi petunjuk jalan keluarnya oleh faktor-faktor kegagalan yang telah banyak dibuktikan kini. Pandangan ahli ekonomi Islam seperti Umer Chapra dalam buku beliau Cabaran Ekonomi dalam Dunia Islam menyatakan pokok utama adalah kebengkakan yang wujud akibat tangan manusia yang menyebabkan kerosakan dan tidak melihat faktor berleluasa amalan Riba yang diharamkan dalam Islam yang terus bermain di pasaran sebagai punca utama. Islam sangat mencela transaksi derivatif ribawi dan menghalalkan transaksi realiti (seperti barang komiditi-nampak). Hal ini dengan tegas difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah : 275 : Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
(ekonomi Cina juga mengalami resesi yang teruk kesan krisis ekonomi global, tidakkah kamu berasa pincang setelah perutmu dipenuhi dengan keuntungan kamu mula mengalami tekanan kerana ujian sedikit atas riba yang kamu agungkan)

Menurut analisis lain, perincian data sebenar lebih membimbangkan ia tidak bernisbah 95:5 sebaliknya ukuran penglibatan pasaran dunia mencecah 91:1. Analisis Agustianto di sebuah seminar Nasional tahun 2007 di UIN Jakarta, disebutkan bahawa jumlah transaksi di pasaran wang (currency speculation and derivative market) dunia adalah sebanyak US$ 1.5 trillion hanya dalam sehari, sedangkan jumlah transaksi pada perdagangan dunia di dalam sektor realiti(komiditi) hanya US$ 6 trillion setiap tahun. Nisbahnye jelas 500:6 pertahun. Jadi ia bergerak dalam sekitar 1 %. Menambah buruk lagi hanya 45 % dari transaksi di pasaran spot(segera), selebihnya adalah forward, futures dan opsyen.
(Lihatlah sejauh mana pasaran riba itu mampu menampung golongan kaya bila sumber bumi ini tidak mampu diisi pada setiap golongan manusia oleh pemimpin mereka) Jelasnya penulis melihat pengulangan sejarah krisis putaran ekonomi sebenarnya tidak dapat di elakkan. Ia tetap akan berlaku walaupun riba dihapuskan sama sekali. Penulis dengan pemikiran dan ilham yang cetek merasakan hakikat sebenar putaran ekonomi ini bukanlan berkaitan dengan kepercayaan hukum karma iaitu putaran roda kehidupan seperti di gambarkan Gautama Buddha dalam ajarannya. Sebaliknya beriman dengan ayat Al-Quran yang menyatakan perlakuan dan pengurusan manusia yang secara tidak sedar bersatu dalam membentuk kesatuan manusia dalam menjamin sistem pertahanan dan makanan demi jambatan dunia yang sementera ini menjelaskan akan kebijaksanaan manusia bila mana mereka diuji Allah swt.
Ibn Khaldun banyak menjelaskan perlakuan manusia ke atas pasaran dan beliau melihat ketidakjujuran pasaran yang bermatlamatkan keuntungan dan kurang penekanan terhadap nilai-nilai Islam dalam pasaran dan konsep agihan yang telus menyebabkan kebobrokan pasaran di waktu genting begini. Ia menyedarkan kita betapa di waktu ampuh jangan mimpikan Allah swt akan membantu kita akibatkan tangan-tangan kita yang tidak mengikut lunasnya dalam mengerjakan sumbernya di bumi ini. Peranan pemimpin dalam mencorak ekonomi dan keadilan menjadi tanggungjawab mereka dalam mendidik pasaran ke arah pasaran yang lebih adil dan tidak bersifat keuntungan semata-mata. Penulis yakin pengurusan ekonomi yang cekap sahaja mampu menghadapi krisis ekonomi yang beraku sebagaimana digambarkan oleh surah Yusof yang penulis nyatakan sebelum ini. Wallahu'alam...
Musim Mencabar Bermula

18 hb Nov 2008 merupakan tarikh terakhir aku menduduki peperiksaan semester 5 tinggal 1 semester lagi dengan baki subjek sebanyak 4 untuk diduduki pada semester terakhir tahun 2009 nanti. Insyaallah, cuti ini perlu dipasak dengan erti hidup kepada menyumbang dan memberi sesuatu untuk orang lain agar kita menikmati kebaikan yang terhasil dari gerak strategi dalam minda.
Kertas terakhir Ekonomi Perancangan dan Pembangunan sangat mencabar kerana antara subjek yang sukar mendapat A dan juga memerlukan daya pemikiran yang sangat kuat untuk untuk memahami. Sering selepas solat penulis tidak pernah berhenti berdoa dianugerah rezeki kefahaman para nabi, kekuatan hafazan seperti Rasul dan Ilham(idea, kreativiti) seperti Malaikat.
Hakikatnya pensyarah yang disayangi memang menyayangi kami dengan menyoal soalan mudah tetapi sangat menekan pemahaman kepada tajuk yang susah sebelum peperiksaan, kesannya pelbagai keluk, teori pelapor ekonomi tidak sempurna barat, dan ekonomi perancangan yang sukar hadam sebelum peperiksaan akhirnya tidak disoal secara menyeluruh. Apapun alhamdulillah perancangan penulisan tahun ini semoga mendapat 4.00 PNG moga-moga terlaksana(hanya sekadar target). Namun yang penting itu bukan markah yang diukir di sijil itu. Ianya ibarat tiket besar bersaiz A4 (segulung ijazah) untuk melepasi had rencam kebobrokan dunia kini.Pendidikan bersifat multidemensional telah lama luput dari memori dan ingatan tamadun manusia. Mahasiswa, golongan pelajar bukan lagi pejalan-pejalan fakir yang dahaga pelbagai ilmu. Mereka mungkin tidak pernah dengar akan Sheikh Ahmad Fathani yang pernah menjadi ahli Kimia dan geologi, apabila beberapa sarjana kini mula menemui penulisan beliau dalam perihal penciptaan emas dari sumber dan mineral tertentu. Malahan tak ramai juga mengetahui beliau pernah menuntut ilmu perubatan dan menulis kitab berkaitan perubatan. Malahan juga tidak ramai juga tahu beliau pakar dalam ekonomi, apabila beliau mengulas konsep nilai pasaran dan juga ekonomi makro. Ramai tidak melihat minda ini. Masyarakat umum hanya mengetahui beliau sebagai "ulamak kitab kuning".

Kesan kebobrokan metodologi pendidikan dan penulisan sejarah yang tidak beretika dan berat sebelah sentiasa menyerang tamadun Islam sehingga kini. Ini cabaran kini. Pendidikan hanya dilihat matlamat KERJAYA. Dahaga!! Ghairah!! Teruja!!! Semangat!!! atas nilai keilmuan jauh menyimpang dari aspek kehidupan. Inilah berlaku, seks bebas, pergaulan bebas, maksiat, gay, pengkid, dan juga lain mula menguasai kampus yang mulia kini.
Pusat pengajian semakin menjadi batu loncatan mereka untuk menelan pahit ilmu semata-mata demi matlamat yang bersifat sementara. Banyak dan ramai mahasiswa tidak peka nilai ilmu dimiliki mereka bukan untuk diri mereka. Mereka tidak sedar nilai martabat ilmu dalam pembangunan indeks kemanusian di dalam pembangunan ekonomi.
Prof. Emiritus Dr. Khoo Kay Kim dan juga tokoh akademik lain seperti Prof. Diraja Ungku Aziz melihat IPTA tidak perlu tertekan dengan kehendak industri dan menekankan peri penting mereka sebagai pusat untuk manusia berkumpul dan berfikir bersama-sama dalam membentuk idea baru dalam negara dan juga pencetus fenomena dalam negara.Kejayaan pendidikan diperingkat tertinggi banyak menggambarkan nilai sebenar kualiti kehidupan sesebuah negara. Universiti Tokyo terus kekal dengan nilai tersendiri mereka untuk terus menjadi universiti terkemuka di negara matahari terbit itu. Begitu juga Oxford Unversity di UK dan Soeul University, South Korea dan negara-negara maju lain. Tekanan industri (kapitalis) tidak pernah menjejas universiti-universiti besar ini. Sejarah jelas menunjukkan pendidikan di negara Jepun dari sumbangan "Todai "(Universiti Tokyo) menjadi faktor kemajuan Jepun sehingga hari ini. Daya ketahanan eksport Jepun banya di dasari kajian mereka.
Universiti ini dilihat terus mengekalkan momentum terbaik dalam memastikan tahap tersendiri di mata dunia. Penulis melihat tekanan melahirkan graduan universiti terbaik dalam industri lebih kepada kebobrokan sistem kapitalis ke atas nilai ILMU itu. Mereka terus lali dengan momentem wang, bonus, kemahiran buruh dan produktiviti sesebuah firma ke atas buruh mahir dari graduan universiti. Ini satu tekanan pemikiran yang salah terhadap pasaran dan jaringan sosial manusia itu sendiri. Kenapa di campuri antara institut kemahiran dan pusat pengajian ilmu di tahap tertinggi yang memiliki ramai pemikir namun tunduk dengan idea industri tanpa mengkaji setiap idea mereka dalam mencari idea tersendiri yang lebih baik.

Seharusnya universti itu terbina atas dasar penyelidikan dan nilai pengkajian yang tersendiri hatta melebihi nilai kewujudan industri. Kita memerlukan perobah dunia sejarah dan jiwa-jiwa yang besar lahir dari medan kampus IPT ini. Mana mungkin kita hanya duduk dengan mengikuti sejarah itu. Ini momentem jiwa bersifat sederhana yang menuju kepada jiwa-jiwa kecil yang hanya merenung sejarah (boleh lihat artikel pertama saya, makna jiwa besar). Inilah yang berlaku kita hanya mengikut sejarah kini. Sebagai contoh, tanpa universiti mana mungkin terbinanya sistem kewangan Islam dengan lebih sistematik dan telus tanpa pengkajian mendalam terhadap kitab terdahulu demi memastikan ia lebih praktikal di masa hadapan. Semuanya bermula di alam peyelidikan kampus.

Cukuplah industri(kapitalis), usah kamu hanya bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Kebobrokan ekonomi kapitalis kini tanda kelemahan kamu. Lihatlah semula nilai kemanusiaan yang dikurniakan tuhan untuk menyelongkari alam ini dengan bijaksana tanpa ada matlamat keuntungan semata-mata sehingga tergadai jaringan sosial dalam masyarakat. Kerana itu ingatlah untuk apa warga Malaysia bimbang dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris semata-mata memenuhi keperluan industri sehingga metodologi universiti tempatan tergadai.
Kamu bodoh jika mengatakan bahasa melayu itu punca kelemahan. Kelemahan kamu tidak mampu pertahankan bahasa sendiri untuk menguasai penyelidikan, lihat kembali perpustakaan di unversiti-universti kamu berapa banyak penyelidikan kamu dipertahankan dalam bahasa Melayu. Penulis yakin UiTM tidak akan mampu melahirkan pelajar berpotensi bukan kerana bilangan diploma lebih ramai dari sarjana muda, sarjana dan doktor falsafahnya mahupun nilai kajian penyelidikan walaupun ianya salah satu kriteria. Pada hemat penulis ia lebih kepada gadaian bahasa kebangsaan itu sendiri.

UKM yang masih mengekalkan Bahasa Melayu yang begitu rapat mengikuti UM harus di teliti kelebihan mereka walaupun tidak mengeluarkan graduan yang fasih Bahasa Inggeris. Namun ilmu mereka sangat banyak. Kajian mereka yang banyak seperti USM, UM dan UPM meletakkan 4 universiti ini dalam tahap tersendiri. Penulis yakin angka kedudukan mereka akan terperosok turun jika tidak mengekalkan Bahasa Malaysia sebagai raja bahasa dalam kampus.
Tidak malukah kamu Malaysia!!, warganegara kita yang ingin ke England, USA, Jepun, Arab, Saudi, Mesir, Perancis, Itali, Rusia, Korea dan pelbagai lagi mewajibkan kita menguasai bahasa mereka untuk menguasai peradaban mereka. Namun kita tidak pernah setitis pun menitik beratkan penguasaan BAHASA MELAYU sebagai warisan peradaban terhadap pelajar warga asing untuk memasuki peradaban Malaysia. Ini mengecewakan bila syarat Bahasa INGGERIS masih menjadi sandaran!!! Ini serupa propsi British.
Renungkan dan fikirkan jika anda pelajar atau mahasiswa asing, adakah anda yang menguasai Bahasa Inggeris ingin menuju ke Malaysia mempelajari peradaban Malaysia? Jadi pelancong cukuplah. Lebih baik memilih New Zealand, Australia, England atau USA untuk belajar. Kerana aku menguasai Bahasa Inggeris. Andai aku menguasai Bahasa Melayu sudah tentu diriku menuju Indonesia atau Malaysia.. Fikirkanlah, demi bahasamu dan tahap ketimuran mu malah akidahmu....



