Ujian Perjalanan

Hari Ini Bukan Semalam....

"Rupanya musim gugur itu pergi, kembali namun tiada bunga... Enigma hanya titik tiada bicara, tiada dampak pada hati mati, hanya iman ulasan dunia yang tiada uji hanya muhasabah diri.."
Semalam, aku lena, hari aku jaga, semalam aku tahu A, tapi hari ini aku tahu A,B dan hari-hari berikutnya. Semalam aku anak-anak, hari ini aku remaja, semalam aku adik, hari ini aku abang, semalam aku anak, hari ini aku seorang ayah..

Pengalaman seterusnya di onak lagi, pelita perjalanan di uji dengan antara ujian yang mengajar erti kedewasaan dan kematangan selaku mahasiswa yang luarbiasa, kita diberi ruang dan peluang oleh tuhan atas dasar usaha dan tawakal insan, kalau semalam aku hanya exco sahaja di persatuan pelajar ini, namun kini pelitaperjalanan perjalanan diberi sepenuh kepercayaan dan sokongan dari ahli PERMANIS UM untuk melantik pelitaperjalanan mengapalai persatuan yang berperanan penting demi sentimen anak n9.

Nafasnya pasti berbeza, perjuangan mahasiswa satu sigmen roh dalam diri mahasiswa, lena mahasiswa, hancur generasi masa muka negara. Dungu mahasiswa, bumi Malaysia dirampas di generasi muka.

Minda pelitaperjalanan kali sudah memasuki ruang kepimpinan mahasiswa, kalau dulu kita menjadi minda bebas dalam menggerakkan mahasiswa namun hari ini bukan semalam. Namun perubahan kepimpinan laksana sebuah nakhoda di kepalai kapten kapal dalam menentu arah haluan.

Namun pelitaperjalanan mengimbau sejarah kepimpinan yang pernah disandang, namun sampai ke hari ini, pelita perjalanan masih mengingati dan menginsafi nilai kepimpinan ketika berjuang dangan medan ilmu di Nilam Puri Kelantan. Di lantik menjadi salah seorang kepimpinan di Nilam Puri, kotak cermin seorang pemimpin hadir dari orang yang mengikut di bawah kapal,kebobrokan pimpinan sudah pasti mencetus haru-biru dalam perjalanan nakhoda bagi sebuah pelayaran.

Situasi UM(Universiti Malaya)

Sini nafasnya bukan nafas biasa, luarbiasa, baunya berbeda. Segarnya?! tiada.... Kalau dulu ramai sekali pemimpin lahir di institusi ini, namun kini pemimpin yang lahir di situ juga mengikat kaki generasi seterusnya di UM. AUKU!!! siapa mengubah dasar ketat itu!!!? Dari menguatkuasa daripada melakukan aktiviti tidak bermoral, kini ia hanya alat untuk mengongkog pelajar ke tahap parah, malah menyedihkan. Lihatlah generasi UM kini, ibarat surung bantal dibaring-baringkan, mendapat ujian susah di sogokkan alasan dan kesenangan seketika.

Kalau dulu nafas mahasiswa UM bukan nafas ilmiah semata-mata atas sekeping sijil yang tidak seberapa. Kejayaan boleh dicari dimana-mana, sijil BA sekadar peluang meletakkan diri dalam hereaki berbeza dalam masyarakat, ia menjadi bukti graduan BA itu ada di suatu tingkat berbeza atas kelulusannya dalam masyarakat,kerana itu pendakwah perlu mengguna pakai metod ini meransang gerak kerja dakwah ke arah momentem berbeza dan lebih "keizzahannya", kerana suasananya begitu.

Kenapa dah keluar menjadi graduan IPT, tapi bodoh? Bukan bodoh, dari sudut ilmiah , buku-buku dengan maklumat yang lama, tapi bodoh itu hadir dari sudut isu-isu semasa, kepimpinan dan kemasyarakatan. Nilai ini hampir tiada kepada mahasiswa, hanya beberapa sahaja yang mula menunjukkan nafas lama yang seharusnya menyegarkan minda kepimpinan mahasiswa.

Kepimpinan MPMUM, satu nafas basi dalam dekad 3 tahun ini, bermula 2005, 2006 dan 2007. Aspirasi hanya aspirasi kroni, bukan aspirasi mahasiswa seluruh dunia!!! Kemana arah tuju mahasiswa di kolej dengan program "manja" kolej, hanya tahu berurusan dengan pejabat yang kecil itu,dengan HEP? usah bicara, kenal pun tiada dengan kakitangannya, mungkin hadir sekadar membayar denda atau membeli kad bas mungkin.

Tidak sanggup bicara lagi, letih menceritakan UM, hanya 'hint' sahaja perlu dinyata. Dunia itu berbeza, umpama noda atau umpama maruah.... Itu sahaja pilihan yang ada....

Persatuan-persatuan di UM.
PERMANIS UM(Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan) nadi perjuangan seterusnya, tidak dipengaruhi MPMUM yang basi. Kita melangkah lagi ke sudut yang sama namun variasinya sahaja berbeda. Ini antara persatuan yang wujud di UM, malah persatuan sentiman anak negeri mula menampakkan bibit perjuangan kemasyarakatan mengikut lokaliti masing-masing.

Siapakah warga Malaysia yang tiada negeri? Bukan warga Malaysia namanya kalau tiada negeri. Kenapa harus membenci sentimen anak negeri. Seharusnya kita membenci sentimen perkauman, seharusnya kita hadirkan kritikal persoalan berbezakah darah kita dengan warna kulit dan bangsa yang berbeda..Berbezakah??!! Perjuangan bangsa tidak relevan lagi!!! Persatuan anak negeri terus perjuangkan lokaliti masyarakat kita... Kita bernafas dalam sebuah negeri, tanya diri apa sumbangan untuk negeri masing-masing!!!

Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) nadi mahasiswa muslim, perjuangan kosong yang tidak sia-sia. Terus menerus berdiri hmpir sebaris persatuan NGO-NGO lain dalam membuktikan walaupun masih dipagari AUKU. Nafas mahasiswa bergolok gadai merajai isu-isu semasa menerapkan jiwa Islami dalam gerak kerja, menjadi kunci perjuangan utama adalah perjuangan untuk ummati... bukan badawi atau bangsawi!!! Tapi ummati...

Begitulah minda kepimpinan yang perlu di sahut, persatuan-persatuan UM adakalanya lebih bergerak dari MPMUM dalam mengembleng etika mahasiwa yang makin ranap, ini kerana ada mahasiswa yang kritikal mula menunjukkan kualiti itu bergerak teguh dengan persatuan-perasatuan yang ada, rakan-rakan yang berbangsa Cina terus gah dengan persatuan mereka perlu dipuji. Berbeda sekali dengan kuantiti penyokong hiburan tak manfaat anjuran MPMUM. Ubah kepimpinan MPMUM sebelum parah .... hari ini bukan semalam...

Kepimpinan Salehuddin al-Ayubi harus di contohi, nilai ESQ di suntik secara resmi dalam kepingan-kepingan noda jiwa. Siapa pernah sangka kekuatan kepimpinan terdahulu masih mampu berjaga malam bertahajud. Kita juga melihat, pengorbanan Khalifah Umar Abdul Aziz yang tanpa henti memperjuangkan roh Islam secara bijaksana dengan mengenepi kepentingan diri dan dunia...

Sama-samalah fikir secara ringkas nilai mudah kepimpinan yang patuh dan taat kepada rabbi,...
Wallahua'alam...


Perjalanan Yang Berliku


Gendang Gendut tali kecapi..
Kenyang Perut Suka hati..

pelitaperjalanan :"Mak along nak balik U ya.."

emak :"Oi, 'parhan' apo kono ekau ni.. balik nak balik, pogi tak gi suka hati ko jo!!"(dialek N9 kalu tanda marah)

emak : sejak dua menjak,tiga menjak ni, selalu sangat ko nyinggah umah tak sampai 1 hari pun..

pelitaperjalanan hanya mampu tersengih, tak tahu nak jawab apa.

Tahun ini tahun paling serabut bagi aku, bukan kerana keserabutan akibat jadual yang disusun berterabur. Tetapi keserabutan memilih program yang terbaik dan terpenting untuk diikuti.

Menyertai pelbagai pertubuhan luaran dan dalam kampus sememangnya mematangkan kita dari sudut perhubungan antara manusia, sama ada dari aspek pengurusan mahupun psikologi kemanusiaan. Perkara-perkara ini buat insan seperti kita lebih mudah terjun dalam permasalahan masyarakat. Teringat kata ibu yang bukan halangan atau melemahkan namun sekadar celoteh seorang ibu kepada anaknya" usahlah terlibat apa-apa, buat susah je, nak jaga hati orang la, apala.. nanti susah siapa nak tolong" .

Hati ibu mana tak bising dengan aktiviti luar selain mengahadap buku dan menghadiri kuliah adalah 'prioriti' utama buat insan bergelar mahasiswa, namun bila sudah ceburi aktiviti kemasyarakatan, meeting dengan pelbagai orang, gerak kerja dengan pelbagai lapisan peringkat masyarakat, masa yang karat itu mulai menjadi emas.


Kata, HAMKA juga pesanan Herry Nordi(penulis Indonesia).."Ilmu itu di luar pagar-pagar kampus dan universitas" dan "Bukan kerusi dan bangku, meja sekolah sahaja ilmu itu tertanam dengan luasnya, ia hanya baja yang di beri sumbangan bangku(CUKAI@ZAKAT) yang mahukan hasilnya''. Fikir-fikirkan...

Sudut Politik

Kenapa?! Mengapa?!

Di anuti , diselusuri, lagi dilongkari dan diterobosi aku meyakini PRU-12 kali ini.. barisan ini adalah barisan terbaik..

Media massa awam tidak perlu lagi berbohong dan berselidung lagi. Sampai bila, sepandai tupai melompat jatuh jua akhirnya. Inikan nistanya niat bejat manusia cuba selindung busuk dijiwa.

Barisan ini perlu mengonjak dan datang dengan idea baru, pemikiran kitikal, ketrampilan, harapan baru, impian timur, budaya murni, tanpa korupsi, melindung jiwa-jiwa minoriti, memperkasa jiwa-jiwamajoriti secara bijaksanan dan berjiwa murni, mengislahkan kelompok bangsawan kejerlusan jiwa-jiwa pahit maung kesan kejahilan ilmu dan pemikran.






Pelitaperjalanan meyakini, sistem politik (pilihanraya) itu memang tidak pernah murni. Kerana kita memahami inilah sistem yang terbentuk hasil sejarah kemerdekaan kita, bilamana sorotan sejarah itu memalit seketika diminda. Sistem ini bukan budaya, etika, cara dan peradaban kita turun temurun. Malah ini adalah sistem sekularisme yang lama telah memupuk dan membentuk budaya yang sukar dibuang. Andai dihapus sistem ini, mungkin mudharat besar hadir tanpa kita mampu menahannya lagi.

Namun, apakan daya buat keturunan yang pernah dijajah. Kita terkesan hasil coretan sejarah nenek moyang kita. Kita perlu
bersabar, insyaallah pemikiran yang ada pada kitalah bisa sekali merobah agenda dunia. Pastikan kita menjadi petunujuk jalan agar generasi hadapan menemui penemuan sistem terbaik dalam memilih pemimpin masyarakat kelak. Moga pemimpin generasi muka menjadi ejen perubah dunia dan memahami makna pemimpin "pengelap peluh dan air mata rakyat".

Namun
generasi kini, adakah kita tidak mahu pertimbulkan isu. KENAPA kita biarkan korupsi.. birokrasi terus berluasa!!!! MENGAPA kita biarkan masyarakat sekeliling kita terus mengalirkan air mata sama ada secara lahiriah mahupun rohaniyah?!!
Dimana pembangunan jiwa insan MUSLIM?? KRISTIAN?? HINDU?? BUDDHA?? dll. selaku perubah!! Nadi cetusan rasa. Sesungguhnya meterealistik bukanlah perjuangan sebenar pemimpin!!!

Walau kotor tuduhan PAS, KEADILAN, dan B. Alternatif!!! Ianya perlu kerana itulah pilihanraya ciptaan British!! bernafas dalam sistem sial ini memerlukan pemahaman tertinggi.. hanya sijahil bicara kesat tidak memahami kenapa agamawan juga terpaksa bernada kasar hanya kerana perjuangan muslim sejagat.
BERPIJAKLAH DIBUMI NYATA>> pelita perjalanan sentiasa kecewa dengan golongan agama yang menolak terus sistem ini dan terlampau ekstrim pada mana-mana parti, tanpa memikir adakah peluh rakyat itu sudah bermakna kepada manusia-manusia di dunia ini... Wallahua'allam..

Sudut Kemasyarakatan

Operasi Khidmat Masyarakat Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya 2008 (OPKIMNAS '08)






"terima kasih daun keladi, esok kita boleh berjumpa lagi..."

Begitulah ungkapan indah lafazan pengerusi majlis penutup operasi khidmat masyarakat yang dilalui pelitaperjalanan pada 2 Februari 2008 hingga 7 Februari 2008, banyak aktiviti menarik dilalui pelitaperjalanan bersama rakan-rakan dalam Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya(PERMANIS) sepanjang program 6 hari itu dilangsungkan.

Alhamdulillah banyak bantuan kudrat illahi dan pintu harapan dibuka sepanjang program dilangsungkan, rasanya kudrat mahasiswa yang kurang dan lemah ini belum tentu berjaya menjayakan program besar ini bersama masyarakat kampung......

Selaku pengarah program, pelitaperjalanan mengucapkan jutaan terima kasih sebanyak-banyaknya dan sejunjung-junjung dengan rasa penuh kasih-sayang yang sukar diungkapkan kepada penduduk kampung Tanggai , Johol, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Anak muda yang menuntut di menara gading ini tidak seberapa dan dhoif tetapi masih mampu teguh dan segak berdiri pada hari ini semuanya kerana insan yang dikatakan tidak seberapa di kampung itu.

Bermula dengan langkahan yang longlai dengan kesuraman latar belakang PERMANIS UM yang tiada pengalaman menganjurkan program besar-besar tetap memiliki dana yang besar juga, masih berkeyakinan sesuatu itu pasti boleh berubah dan sejarah baru bagi PERMANIS UM pasti boleh melangkah gah semula andai jiwa-jiwa muda itu berjiwa besar. Barulah diri ini merasai kat a-kata sendiri ketika artikel pertama pelitaperjalanan keluarkan suatu ketika dahulu.

Mengalirkan air mata biarlah di sebalik jendela, tetapi keseriusan, senyuman, hilai tawa dan perasaan positif perlulah dikongsi bersama masyarakat. Inilah nilai input positif dari program kemasyarakatan yang perlu dipelajari dari situasi sebegini. Kita yakin manusia itu tidak sempurna tetapi tidaklah Allah swt itu meletakkan manusia di tahap sedia ada. Kitalah perlu berusaha mengejar kesempurnaan itulah fitrah manusia yang dicipta Allah swt.

Kesufisme tidak menolak manusia terus terjerumus pada lembah ananiyah menolak muamalat manusia, jika sedemikian rupa halnya maka bukan Islam kita miliki mungkin syaitan berjaya dalam gerak kerja halusnya memandumkan akalan manusia dalam menggerakkan harakiyah manusiawi.Atas dasar itu pelitaperjalanan sentiasa mengucapkan tahniah dan terus berdiri teguh menyokong segala gerak kerja masyarakat ini dikalangan penggerak masyarkat ini.

Mana mungkin manusia itu sempurna, pasti ada silapnya. Tetapi belajarlah untuk tidak silap, agar yang silap itu sentiasa menjadi amaran buat kita menjadi sempadan.

Gambar-gambar sepanjang program berlangsung:-
Mesyuarat akhir OPKIM berlangsung bersama-sama JKKK Kg Tanggai, Johol. Seminggu sebelumprogram bermula...

"comunity maping n news monitering" yang dijalankan untuk melawat sekitar kampung


Bersama Guru Penolong Kanan, Sek. Keb. Nuri ketika program Motivasi Sekolah Berlangsung

Kenangan bersama adik-adik UPSR SK Nuri


Pelitaperjalanan bermesra dengan "mak-mak" yang PERAMAH ;-)

Kenangan dgn kambing Abg Razi yg bakal disembelih untuk aqiqah(Kambing Tanggai specail)


Majlis "Berondoi" untuk anak abg razi yg. meriah...


Bergambar dengan kak yong, zaidi, mak angkat, jannah ketika persiapan kenduri...

Ahli PERMANIS UM bergotong-royong kenduri sekampung...



Pelita perjalanan berbual-bicara dengan Datuk Salleh (Ahli Parlimen Kuala Pilah) ketika program kenduri sekampung berlangsung...


Forum Sekampung berlangsung moderator Ahmad Shahir(Presiden PERMANIS), Ustz Zamani(Pengetua ITQAN), Ustazah Nik Norsaha(guru di SMK Padang Besar)....

Pelitaperjalanan bersama-sama dengan pimpinan penduduk dan rakan-rakan dari PERMANIS UM serta penduduk kampung..


Hm, tak sangka antara ibubapa angkat yang ada, rupanya adalah bekas pengetua pelitaperjalanan sewaktu di Maahad Ahmadi, Gemencheh dahulu... (ni kenangan ex-maahad ahmadi dari UM hehe..)

pelitaperjalanan bergambar ekslusif bersama ayahanda bekas mudir Maahad Ahmadi, Gemencheh... Ustaz Ali Tajid


Rakan-rakan PERMANIS bergotong-royong membersihkan kawasan masjid...

Kerja kebajikan dari pelajar perubatan Universiti Malaya, membuat pemeriksaan kesihatan percuma..

pelitaperjalanan memantua.. ceh.. bersama-sama dengan pelajar perubatan memeriksa kesihatan penduduk Kg. Tanggai.

Pelajar perubatan sempat mengikuti program akhir sukaneka sekampung..


pelitaperjalanan bersama Pengerusi JKKK Kg Tanggai sonang panggil Tok Ketua jo.. bertanding acara ikat kaki berlari bersama... menang kalah belakang citer..


pelitaperjalanan tak dapat main dah.. kena duduk semeja dengan YB Datuk Roslan (wakil DUN Johol) yang sudi hadir untuk menyampaikan hadiah....

Kenangan akhir bergambar bersama dengan keluarga yang pelitaperjalanan dijodohkan dengan mereka dengan ketentuannya....



Kenangan akhir program bergambar, team OPKIM PERMANIS UM dengan Prof Faisal, Pak Nazir, Tok Ketua....








Sudut Sukan


Assalamualaikum,

Lagi tersugul dipukul-pukul, Lagi tergolek di gelek-gelek, Lagi tersepak di sepak-sepak!!!

Persatuan Kenasepak Malaysia, sudahlah di label dengan pelbagai kecaman dalam pembangunan sukan di Malaysia. Tapi kali ini memang lidah tidak mampu berkata hinggakan espn pun terpaksa meminta maaf kerana kesilapan memapar logo FAM seperti diatas; rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm, kerana tautan sumber web FAM agak l embab dalam pengurusan menyebabkan ESPN silap mengambil logo FAM.

Lucu bila di fikirkan kembali, pesta bola merdeka itu taktik psikologi kepada peminat tempatan ke? Bila heboh kehebatan seperti Muhymen, Safee Ali, Zaquan meniti dibibir peminat sukan bola sepak tempatan. Mula bingit-bingit kebangkitan sukan bola heboh diperkata dan dirasai.

Namun bunga tahi ayam itu sememang indah, dan busuknya tetap dirasa bila menghampirinya. Entah mana silap, manusia memang dicipta berlainan tetapi fitrah fizikal mental tetap sama.
Kalau negara Cina mampu bangun dalam keseluran acara sukan dunia, sedangkan fizikalnya sama seperti mengapa kita beralasan? Tepuk dada tanya selera. Wallahualam..

Sastera Pelita Perjalanan


Jiwa vs Pancaindera

Menusuk rongga bau menyentap pancaindera,
Menusuk jiwa kalbu, membentuk hati-hati,

Aduh,

Derita saraf, derita rasa,
Hilang tumpuan, matlamat pergi.


Aduh,
Dosa, noda dirasa,
Hilang akal, tindakan tuli, hati mati.

Aduh,
Jasad gering malaikat hadir,
Berita gembira antara duka,
Hitung terus nisab dunia.


Aduh,
Hati mati terasa tiada,
Hati panas membeku,
Amarah itu terbuku,
Akal kaku,
Masyarakat haru.

pelitaperjalanan
Pantai Hillpark, K. Lumpur,
11.55 mlm (12/02/08)

Unit Trust di Malaysia (ASB)

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.



Perkongsian

Mudah dan senang seperti mana MPS(Majlis Penasihat Syariah) atau mana badan-badan yang berautoriti dan mempunyai tanggungjawab dalam mengeluarkan ijtihad seperti Majlis Fatwa, sememangnya harus kepada rakyat Malaysia hukumnya untuk melabur dalam ASB, walaupun Majlis Fatwa telah menjemput pihak PNB membentangkan flow pelaburan dengan lebih terperinci dan banyak maslahat dan mafsadah yang terpaksa diambil kira.

Namun, nasihat itu tetap ada walau ada atau tidak, wang anda milik anda, pastikan ianya dijalankan halal tanpa syubhah, pastikan desak dan beri tekanan terus menerus kita selaku pengguna agar ASB mampu menepati MPS, jauh dari riba dan gharar sebersih-bersihnya.

Alhamdulillah cadangan Majlis Fatwa agar Penasihat Syariah wujud di ASB, merupakan perkara positif ke arah kewangan ISLAM..