
Selendang Merah Meraut Wajah,
Rantaian Bunga Tidak Pernah Mekar,
Ketika awan Melabuh Tirai,
Hati Berdarah Tiada Sudahnya,
Laksana Laksamana Tiada Jiwa Membakar,
Benarlah Berkawan itu ada Tawarnya...
Hela nafas menggoncang ritma,
Seni di sela jiwa keras merana,
Menyangka alam mendengar,
Rupanya kuasa Rabbi Bertebar....
Panggilan bersatu senafas di gerisik awan,
Bersatu manusia dengan panggilan,
Paluan illahi tak kunjung mati,
Cuma jasad itu hari-hari mati....
Bersatulah kamu di tempat itu...
Fahan Al-Gemasi
(5.43 pagi) 03 November '08
Kondo Pantai Hillpark, Phase 2, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Subuh
Hari-Hari Lalu Itu Pahit Bila Perancangan Tiada.
Mungkin ada benar kata-kata rakan saya yang juga blogger dengan nama jolokan sosialis kanan ; "Ahli gerakan Islam atau parti-parti Islam atau apa perkaitan yang cuba menggerakkan daulah Islamiyah lebih cenderung mengatakan ingin bangkitkan Negara Islam dengan panduan al-Quran al-Hadith, tetapi dari sudut isu semasa yang lebih besar banyak perkara tidak terjawab, seharusnya kalau benar-benar ingin lakukan anjakan negara Islam datangkan dengan persediaan dasar-dasar ekonomi dengan unjuran meyakinkan, dasar-dasar luar yang pro-aktif dalam menggerakkan pelaburan, malahan mampu menyusun strategi keadilan dan keselesaan semua bangsa dan agama dalam dan luar negara, pemikir begini kita kena cari.
Ditambah lagi kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohammad Sabu lebih dikenali Mat Sabu ; generasi pelapis PAS bawah 40 tahun menunjukkan kekurangan sesuatu dalam mekanisma selaku pemimpin Islam yang mampu hadapi semua isu global, ekonomi, politik di era ini dan juga beberapa gelombang pemikiran pelbagai. Bukan tiada tetapi jumlahnya kurang, melihat kepada streotaip ceramah-ceramah mereka jelas terus bergerak atas teori yang lama ibarat wujud di zaman era gerakan PAN Islam atau Kesatuan Melayu Muda mahupun pemikiran gerakan lama Ikhwan.


Anda Selaku Muslim(Pengamal Ekonomi Islam)
Dalam Ekonomi Islam antara teras utama dalam mengaplikasikan pertumbuhan ekonomi adalah keadilan begitulah menurut Dr. AbdulHassan Muhammad Sadeq dalam buku beliau Pembangunan Ekonomi Dalam Islam. Selaku pengamal ekonomi Islam dalam menangani masalah kenaikan harga barangan ini akibat tekanan harga minyak amat memerlukan pendekatan pemahaman makroekonomi berbanding kerangka mikro. Kerana dalam hal ini, banyak isu yang disentuh adalah input-input atau indeks-indeks yang memberi kesan dalam makroekonomi antaranya perbelanjaan, belanjawan, inflasi, pengangguran, KDNK dan lain-lain lagi yang banyak sebenarnya menyentuh tingkat harga barang itu sendiri dan perihal pendapatboleh guna rakyat dalam mempengaruhi pasaran.
Namun pokok utama persoalan yang penting menjadi titik tolak dalam memacu ekonomi Islam yang menjadi agen utama penstabil dalam keruncingan ekonomi semenjak kanaikan minyak yang mendadak dalam ekonomi Malaysia ini semenjak pengumuman kerajaan baru-baru ini, minyak saban tahun naik tahun demi tahun tanpa henti cuma apa yang berlaku agak memeranjatkan dengan kenaikan harga mendadak mencecah RM 0.78 seliter berbanding tahun sebelumnya lihat dibawah ;
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Firman Allah bermaksud:"...mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak (terlalu) berlebih-lebihan dan tidak (pula terlalu) bakhil (kedekut); dan adalah (perbelanjaan yang baik itu) di antara kedua-duanya (boros dan bakhil)." (Surah al-Furqan, ayat 67).

Dari sudut makro seharusnya 3 indeks utama perlu dipacu dalam menggerak nilai tambah permasalahan barangan berangkai yang terus meningkat seperti gandum, susu, barang pasar dan lain-lain(kecuali beras kerana diberi subsidi dibawah peruntukan sekuriti makanan) yang terkesan akibat kenaikan harga minyak ini. Pertama, pertumbuhan ekonomi yang Islam menggalakkan pertumbuhan galakan bersifat asas Islam yang mana bersifat kebajikan manusia sejagat sebagai keutamaan 'perioti' dari pertumbuhan bersifat pengumpulan harta sebagai tujuan. Pertumbuhan banyak disokong oleh sumber-sumber yang seharusnya difahami bukan petrol sahaja mampu mempengaruhi ekonomi dalam Islam. Benar petoleum ibarat emas hitam kini.
Firman Allah; "Dialah menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) serta diturun-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki buatmu..." (Surah al-Baqarah, ayat 22)
Jelas Islam menjelaskan pengursan sumber dan kajian ilmu saintifik perlu dalam menghidupkan kekuhan ekonomi. Baru-baru ini jelas ilmu itu luas bidangnya bila ada insan dari Johor yang merupakan sainstis berjaya lagi menyelongkar rahsia alam dengan menyatukan beberapa molekul antara air dan petroleum, ini merupakan satu lagi kuasa sumber alam yang tidak pernah terhad menurut teori asas dalam ekonomi Islam. Jadi seharusnya kerajaan pacu dan perkasakan tahap perundangan dan teknologi pertanian, dan pengurusan sumber yang lain selain teknologi bahan api. Terutamanya dalam pengurusan tanah jangan dibiar terbiar dan tidak memberi pulangan produktif dalam ekonomi.
Kedua, inilah seharusnya menjadi nadi perbincangan pengamal ekonomi Islam kini. Jikalau pertama tadi banyak tekanan atas prospek pengurusan sumber yang seharusnya efektif dan keyakinan kepada ekonomi Islam ke atas pemahan tinggi kepada al-Quran dan al-Hadith. Kini nadi di sini adalah keadilan sebagai teras dalam melaksanakan agihan dalam aliran pusingan ekonomi sama ada dari sudut fiskal mahupun wang.
Firman Allah ;"... supaya harta itu tidak hanya beredar di kalangan orang kaya sahaja dikalangan kamu.." (Surah al-Hasyr, ayat 7) Konteks ayat ini sudah cukup difahami rasanya dalam indeks kedua ini, yang mana menjadi pokok dalam kebolehuapayaan pendapatan bolehguna rakyat sesebuah negara lebih meningkat dan ini akan meningkatkan kuasa pasaran dengan kemampuan isi rumah memliki atau menerima teori ekonomi Islam ini menjadi teras dalam pembangunan. Harga barang yang semakin naik sekurang-kurangnya dapat diringankan kepada rakyat bawahan kesan keadilan dalam ekonomi Islam ini yang mana boleh menjana aliran fiskal yang lebih kukuh dan lebih bersistematik jika mampu diperbaiki tahun demi tahun jika dilaksanakan. Banyak alternatif sebenarnya kalau hendak dibincangkan tetapi saya cuba fokus dalam hal masalah kenaikan harga kenaikan barang ini dari sudut pembangunan dari sudut zakat dan cukai yang dikenakan kerajaan.
Walaupun banyak orang berhujah terutamanya orang politik sehingga menengelamkan suara-suara ahli ekonomi. Jelas banyak dipersoalkan aliran pusingan modal seperti penglibatan KWSP, Tabung Haji dan juga beberapa syarikat monopoli kerajaan (GLC)dalam mengurangkan beban rakyat sering dimainkan dalam menangani isu minyak. Pokoknya Islam melihatkan penumpuan keuntungan dan jurang kemiskinan adalah pokok kemunculan agihan keadilan dalam ekonomi, dalam satu tahap tertentu individu yang memiliki keberadaan seharusnya dididik dengan unsur sedekah kewajipan berzakat dan nilai moral dalam sumbangan cukai sebagai satu momentum mengelak kekayaan dibolot secara individu sebaliknya dikongsi bersama agar ekonomi berkembang.
Sekurang-kurangnya indikator kenaikan harga barang yang tak mampu dikawal seharusnya mampu didepani bersama yang mana akan mengurangkan inflasi dan mengelak kerajaan terus berbelanja defisit saban 5 tahun ini. Oleh itu, Islam amat menekan keadilan agihan dalam cara mengaktifkan pasaran semua agar wang terus berlegar tanpa ada sekatan spekulasi dan kebimbangan yang mencengkam dalam menormalkan kegiatan pasaran.
Ketiga, disinilah asas besar dalam didikan masyarakat umum seluruhnya. Dalam mengejar pembangunan meterial manusia terlena dibuai dengan kemewahan. Islam sebagai mesej keamanan seharusnya disampaikan tanpa syak lagi. Perlu kepada apakah pertimbangan manusia melainkan berbalik kepada maha pencipta. Disnilah segalanya perkembangan tamadun murni manusia bermula, cahaya Muhammad saw menyinari kegelapan tanah Arab menjadi kekuatan kepada pengamal ekonomi Islam dalam menjana suasana pasaran yang seharusnya lebih bersifat Islamik dan tabah menghadapi cabaran wabak penyakit harga barang. Sesungguh nya Islam amat-amat menggalakkan akal dan rasional sebagai penilai utama dalam menangani isu kenaikan harga barangan. ISLAM itu indah. Wallahua'lam
Objektif(Maqasid) Islam dlm. Gerakan Dakwah (siri 1)
Menurut As-Shatibi lagi dalam kitab masyhur beliau dalam dunia cendiakawan Islam, al-Muwafaqat : "Baik dan buruk di akhirat lebih utama untuk diambil kira berbanding baik dan buruk di dunia, soal ini di sepakati ulamak. Tidak harus (Haram) sama sekali kebaikan di dunia diutamakan sehingga membelakangkan kebaikan di akhirat. Sebagaimana yang dimaklumi, apa sahaja perkara yang membelakangkan kebaikan di akhirat adalah bercanggah dengan kehendak Allah dan ini adalah satu kesalahan".
Begitulah yang digambarkan As-Shatibi dan menjadi hujah buat Dr. Abdul Karim Zaidan dalam memperhalusi lagi buat para pendakwah dalam menggerakkan Islam untuk mengeluarkan sesuatu keputusan dalam gerak kerja dakwah sebagaimana digambarkan beliau dalam bukunya 'Usul al-Dakwah'.
Penulis memperhalusi kitab beliau secara literal melihat salah satu tajuk yang boleh dikira nadi kunci buat buku beliau. Begitu juga kitab-kitab fiqh terkemuka banyak menceritakan baik dan buruk dalam satu tindakan bergantung kepada syariat besar. Kitab seperti Usul al-ahkam fi usulil-ahkam, al-muwafaqat, nayl al-awtar dan kitab-kitab fiqh seumpamanya banyak mengajar erti sesebuah hukum dikeluarkan dengan kehadiran aspek yang bersesuai(pembolehubah).Sering masyarakat persoalkan adakah Al-Quran merangkumi semua aspek,? Jawapannya sudah tentulah YA!! hatta orang yang tak mengaji pun dek kerana dakyah fahaman 'ikut-ikut' pun boleh bagi hujah tambahan lagi, jika tak dapat di Al-Quran, Hadith pula menjadi petunjuk. Tapi macam mana jika kedua-duanya tak mampu?(hakikatnya secara kajian ia merangkumi semua aspek). Inilah kita gagal lihat kerana praktikalnya belum ada pada mana-mana negara di dunia.
Inilah disiplin ilmu yang kita perlu pelajari selaku penggerak medan dakwah. Dalam hal ini 'PROTAZ' (profesional ustaz) kena berhati-hati dalam hal ini. Kenapa penulis berkata begitu? Kerana semangat untuk gerakkan Islam tak cukup sempurna jika tidak disenergikan pengetahuan displin ilmu Islam yang bersifat teras. Ingat kehidupan muslim digerakkan 2 perkara Al-Quran dan Hadith yang mana keduanya menyentuh disiplin ilmu syariah dan usuluddin sebagai ramuan utama, kemudian barulah di lazatkan keupayaan memahami ilmu Allah yang menjadi wasilah dalam kehidupan di dunia seperti ilmu Muzik, Perubatan, Kejuruteraan, Sains dan lain-lain lagi. Sesungguhnya penulis amat tertarik dengan satu pembentangan MT JIM(Jemaah Islah Malaysia) salah satu badan bukan kerajaan (NGO )Islam di Malaysia menyatakan It's all about Syariah.
Namun kisah ini berlainan, bukan bermakna syariah itu meninggalkan usuluddin itu 100 peratus malah usuluddin itu menjadi tunjang kebolehjadian syariah itu. Jawapan jika sesebuah keputusan baik dan buruk itu andai tiada jawapannya dalam Al-Quran dan Hadith bagaimana kita mahu lakukan keputusan dan pengeluaran hukum yang tepat? kita sebenarnya memerlukan pemahaman yang sangat mendalam tentang kehendak al-Quran melalui disiplin ilmu syariah yang di susun oleh ulama terkenal dahulu yang hidup mereka yang 100 peratus meletakkan diri dalam perkembangan ilmu Islam secara meluas, mengkaji sejarah mereka sudah cukup membuat kita memahami kenapa karya mereka bernilai beratus ribu tahun, tidak perlulah penulis mengulas tentang sejarah ulamak terdahulu. Berbanding ulamak agama lain karya mereka makin luput dek telan zaman dengan karya ortodoks mereka. Karyawan Islam karyanya tidak pernah bersifat ortodoks selagi mana karya mereka hasil dari pemahaman tulen dari karya mukjizat agung sepanjang zaman iaitu al-Quran al-Karim selagi itu karya mereka terkesan hingga ke hari ini.
Disinilah komentar penulis cuba perhalusi, ilmu Usuluddin secara asas pengetahuan penulis ia memerlukan momentem yang lebih menjurus psikologikal secara jiwa serta pemahaman atas alam ini. Usuluddin dalam pemahaman penulis masih dalam kerangka kajian yang mendatangkan keyakinan, kefahaman dan pokoknya keimanan. Menurut pemahaman penulis yang serba kekurangan, akidah ia datang dengan keraguan dan didatangkan kemudian keyakinan setelah bukti-bukti keraguan itu terhapus. Malahan pusingan kehidupan yang menganggumkan ini menjadi bukti lagi mengapa Usuluddin itu dekat psikologi sains dan juga psikologi tubuh badan manusia itu. Berbanding syariat ia lebih kaedah logik secara teori dan aplikasinya dengan melihat kepada dalil dan perilaku manusia dalam membuat keputusan yang benar-benar tepat. Kerana itu kita melihat disiplin ilmu ijtihad seperti al-Qiyas, al-Urf wa al-Maslahah, Maslahah mursalah, Istihsan terhasil yang mana semuanya datang dari Imam besar seperti as-Syafie, Malik, Hanafi, Hambali, Az-Zahiri, Ibn Taimyah dan ramai lagi. bersambung.....
Bagaimana Negaraku...???
Malaysia, sebuah negara yang kecil cukup untuk menempatkan masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan juga memiliki pelbagai budaya warisan serta sejarah yang unik dan tersendiri. Seharusnya rakyat dan segala isinya merasa bangga dengan apa yang ada disekeliling sekitar mereka, semuanya tanda syukur kita selaku manusia yang tahu erti kesederhanaan dalam kehidupan. Sederhana bukan bererti kejayaan yang dihasilkan sederhana dan tidak mampu menyaingi langsung mana-mana kumpulan(negara).Selepas pilihanraya 8 Mac lalu, sedar tidak sedar hampir 100 hari sebuah pertubuhan seperti parti politik mahupun badan kerajaan di setiap negeri menukilkan hasil perancangan peringkat awal pentadbiran. Teringat dan terkenang saat Pak Lah dan barisan kabinetnya yang berjaya menguasai Dewan Parlimen dengan majoriti selesa 2/3 pada pilihanraya 2004 dahulu. Pasca pilihanraya ke-11 dahulu penuh dengan momentem pelbagai dari sudut keperibadiannya, nilai janji indah, pembangunan rohani ditaburkan.
ketika itu menggoncangkan kepimpinan ulama PAS di bumi serambi Makah. Jiwa rakyat Kelantan mula berbelah bahagi ketika itu. Laungan Islam Hadhari bergema di seluruh rantau 14 negeri. Malahan tanda-tanda kejatuhan kepimpinan PAS mula dirasai di Kelantan apabila sidang DUN Negeri Kelantan sentiasa gamat kesan kemenangan PAS hanya berbeza 1 kerusi sahaja hatta Tok Guru yang dilihat mulia keperibadiannya itu dipandang hina melalui serangan barisan ketumbukan Anuar Musa dan Mustapha Mohammad.
Kerana kesabaran mungkin, ia menjadikan kunci Tok Guru Nik Aziz yang menyebabkan caci maki itu sering berubah menjadi nasihat sesama manusia. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pula, merupakan nama perintis reformis 1999 yang menjadi simbol perubahan pada tahun yang sama, bagai hidup segan, mati tak mahu apabila PRU menjelang pada tahun 2004 ketika pasca piliharaya ke 11 berlaku. Sehingga ramai penganalisis politik hampir setuju mengatakan DSAI itu tidak relevan lagi dalam suasana politik tanah air ketika itu dan menganggap PKR(Parti Keadilan Rakyat) akan menerima nasib sama seperti Semangat 46 dibawah kepimpinan Rais Yatim satu ketika dahulu apabila Semangat 46 menanggotai UMNO semula.Persoalan pasti timbul? Lihat tarikh kini sejurus tamat pasca pilihanraya ke-12 dalam tahun ini. Keputusan dan implikasinya sangat berbeza dirasai oleh kita selaku warga Malaysia. Angin perubahan sangat terasa, tutur cara kini dan kronologi berubah dalam pukalan yang sangat besar perbezaannya. Apa yang terjadi? Fikirkan semula apa yang berlaku selepas 100 hari kepimpinan Pak Lah pada pasca pilihanraya ke-11.


Rentetan kronologi dari tarikh itu menjadi duri dalam daging serta jawapan kenapa hari ini hasilnya begini. Angkuh? uuu.. Lupa diri? Terlalu yakin?.. Pelbagai andaian dilontarkan. Apapun penulis melihat dari faktor 100 hari ini menjadi penentu hala tuju tempoh kepimpinan 5 tahun yang di gelar tsunami kepimpinan negara ketika ini. Tidak perlulah diceritakan dan ditimbulkan kes rasuah, kroni Pak Lah, kelemahan institusi kehakiman yang di cucuk DSAI secara halus untuk membersihkan dirinya secara tidak rasmi dengan kebobrokan sistem kehakiman yang dikatakan memfitnah beliau di bawah jari V K Linggam ketika beliau memegang Timbalan Perdana Menteri. Juga serangan Dr. Mahathir keatas keperibadian Pak Lah sehingga Pak Lah yang di kenali Menteri yang sukar mencaci lawan tidak dapat menahan keceluparan Dr. Mahathir. Melihat faktor kejatuhan pak lah ini tidak perlulah di cerita, di ulas lagi. Begitu ramai lagi rakyat Malaysia yang terlebih prihatin dengan isu semasa ini telah menghentam atau mengupas secari terbukti atau rekaan melalui akhbar dan saluran media yang pelbagai.
Begitu juga cerita-cerita politik yang ditimbulkan parti BN dan Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 dengan isu-isu seperti ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh UMNO parti yang digelar pejuang Melayu sejati, projek khinzir raks asa(PKR) yang digelar Khairy Jamaluddin BN Rembau dan di ubah nama sedikit oleh Mahfuz Omar PAS Pokok Sena sebagai projek Babi Negara( P..BN) di Dewan Rakyat. Lucu sekali orang-orang politik bila bermain hujah dan bertengkar. Walaupunbegitu, secara peribadi, penulis takkan peduli situasi kata-mengata dan serang menyerang untuk memujuk rakyat yang mungkin ahli politik ini anggap kita rakyat ini bodoh. Apa yang mahu dilihat oleh mata rakyat adalah satu sahaja, kepimpinan yang dipilih itu mesti membangunkan negara!!.
Pada pandangan penulis belum sampai 100 hari kepimpinan negara selepas PRU 12. Malaysia ibarat memiliki pemimpin(menteri) yang sangat dikagumi. Berbanding dahulu selapas BN menguasai 2/3 majoriti pada PRU 11. Adakah kita perasan wakil-wakil suara kita lebih banyak bercakap " Kita akan......" , ayat-ayat hampir beribu kali umpama ini seolah-olah membenarkan pepatah jenaka ikan siakap ikan senohong , menteri cakap, sentiasa berbohong.
Kini adakah kita sedar, menteri-menterinya dah mula bicara " Kita sudah....", perasan atau tidak pekakah kita dengan hal ini. Mungkin ada benarnya ayat bahasa Tamil yang menjadi senjata DSAI "makkal sakhti" suara rakyat itu menjadi tanda rakyat suruh buat kerja, bukan tidur. Teringat seorang sahabat dari UIA, mahasiswi jurusan undang-undang mengatakan pak lah kuat tidur, ketika kami berbual sejarah kewangan Islam yang melibatkan beberapa tokoh-tokoh politik terkemuka yang mencetus Sistem Kewangan Islam dalam tahun 1983 ketika Bank Islam ditubuhkan seperti Tun Mahathir, DSAI, Tan Sri Mohamed Yackob (Menteri Kewangan Ke 2 kini) dll.
Apapun bukan salah Pak Lah pun,berbanding Dr. Mahathir dan Pak Lah. Pak Lah lagi baik, tapi Dr. Mahathir orangnya licik. Kerana itu sukar orang lain menjatuhkan beliau, melainkan beliau letak jawatan secara rela. Orang politiklah katakan. DSAI memang pemimpin yang sukar diramal gerak dan ideanya. Orang melihat dia 'public figure' yang luarbiasa pidatonya, tindakannya, ideologinya, ketabahannya, mungkin kerana ini dia masih relevan pada PRU 12. Kemunculannya semula dengan kejayaan tersendiri menggoncang UMNO kerana pengikutnya bagi penulis bagai pengikut Malcolm X, bergadai demi ideologi yang satu.
Apapun itulah godaan dunia yang didatangkan cabaran oleh Allah swt. Kita tidak tahu golongan mana yang sebenarnya membawa kebenaran, walaupun ideologi PAS ini murni kerana tetap berpegang pada Islam tanpa ada ideologi yang lain(ideologi tidak popular di Malaysia) menyebabkan majlis syura PAS sepakat menggunakan kata kunci "keadilan" demi membuang dan menyerang fahaman racist (bangsa) bawaan UMNO ditukar ke fahaman akidah sebagaimana kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Apapun kenyataan Datuk Ahmad Puhad Zarkhasi (BN Batu Pahat) mungkin ada betul juga dengan menafikan kenyataan Presiden PAS iu, tapi persoalannya berapa ramai berfikiran seperti beliau yang mengatakan "UMNO bukanlah perjuangkan bangsa Melayu sebagaimana perjuangan bangsa yang dibawa oleh Israel yang menyatakan bangsa lain adalah hamba dan hina. Agama Yahudi untuk bangsa Yahudi". Kenyataan beliau menarik tapi kita tak sedar tindakan Melayu kini bagai menganggap Islam milik Melayu, tengok sahaja undang-undang, tengok sahaja sikap Melayu Islam dalam mengurus bangsa lain yang masuk Islam, banyak perkara perlu dipersoal, maka mana bukti ayat indah yang mampu diterjemah dalam bentuk tindakan.
Jujur penulis memilih ideologi PAS ini yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith, tiada kompromi buat perjuangan mana-mana bangsa, perjuangan bangsa Melayu,bangsa Cina, bangsa India atau mana-mana etnik tiada dalam kamus gerakan ideologi perjuangan Islam yang dibawa Rasulullah sejak berzaman, kisah bangsa Quraisyh di Thaif adalah jawapan panduan jalan perjuangan Muslim dalam menggerakkan masyarakat. Jesteru andai ideologi ini dikhianati Majlis Tertinggi PAS, seharusnya tinggalkan sahaja mereka, kerana cintakan dunia itu buruk padahnya.
Titik pentingnya, penulis seronok melihat situasi Malaysia kini kerajaan kepimpinan kali ini berusaha bersungguh-sungguh. "Rupanya kita dapat lihat kerja Menteri ini banyak rupanya sejak PRU 12 ini tamat", celah rakan dari USIM. Penulis mengusik lagi, "Maksudnya Menteri tidak ada kerja ke sebelum ini? atau tak buat kerja sebelum ini?". Rasanya tidak kiralah siapa menang kerajaan atau pembangkang yang menang. Pentingnya jangan bagi semuanya kepada mana-mana pihak. Kerana ia tidak menguntungkan rakyat, lihatlah Malaysia mula stabil. Unjuran positif mula kelihatan dengan dalam pelbagai sektor. Kita kena pastikan mereka saling mengkritik untuk memastikan kerja jalan dan bagus. Mungkin benar kata pepatah " kawan yang paling baik adalah musuh yang sering menyerang itu.."

Semoga Malaysia aman, cemerlang, gemilang, terbilang. Walaupun kita berbeda ideologi politik bukan itu menjadi tiket kita menjual negara. Bukan juga tiket untuk kita berpaling dan bermasam muka, lemparkan senyuman tanda dakwah sebagai Muslim berterusan. Pastikan setiap sudut bahagia tanpa nilai RACIST yang merbahaya. Akan datang Hari Kiamat yang mana akhir zaman itu hanya muslim yang benar-benar taat kepada 2 perkara Al-Quran dan Al-Hadith dari dajjal yang bijak bicaranya, cergas dan pintar orangnya, pesona personalitinya.. Mungkin dajjal itu bukan makhluk, mungkin sikap? Artis? Personaliti TV? Ahli Sukan? Ahli Politik?Fikirkanlah.... wallahua'alam
IMBAUN 2007/2008

Penulis sudah melepasi tahap pertengahan di Universiti Malaya dalam pengajian Sarjana Muda Syariah dan Ekonomi, itupun jika peperiksaan baru-baru ini yang diduduki tiada yang gagal seperti semester-semester sebelum ini. Memikir masuk tahun akhir iaitu tahun 3 banyak perancangan dalam kepala ini dalam merancang tahap kehidupan dan masa depan seterusnya agar selari dengan syariatnya dan tidak sampai menjual prinsip diri sehingga akidah tergadai.
Timbal balik kehidupan ini sememangnya perjalanan, dalam sesi ini juga penulis bermula dengan pengalaman menulis blog secara bebas, mengikuti program masyarakat di seluruh negara, melihat pelbagai pertubuhan-pertubahan dan gelagat pelbagai organisasi, pembinaan sahsiah diri, pengalaman berucap, perlaksanaan pelbagai program dan pelbagai lagi.
Yang menjadi hairan sememangnya hasil setiap sumbangan yang di anggap rela ini memberi kepercayaan kepada sekelompok manusia, di Jabatan Syariah Ekonomi, masih ada yang mempercayai penulis dalam mengurus sesuatu. Ini nilai yang penulis tidak dapat bayang hasilnya. Penulis juga diberi kepercayaan memimpin organisasi anak negeri sama ada peringkat IPT mahupun seluruh negara.
Terfikir penulis cabaran apa kali ini, munajat dan sujud perlu diperbanyak dalam mencari kebenaran, mak ayah semakin naik pangkat di usia yang lewat walaupun hakikatnya ibu itu terus berjuang kerana cita-cita besar anak-anaknya.
Ketika penulis mencadangkan impian mahu menjadi Dr. (PhD), mak dan ayah memikir pemikiran penulisan, selaku anak sulung yang ada tanggungjawab terhadap adik-adik yang masih berada dalam perang medan ilmu ini penulis merasakan keperitan hidup yang tidak sebrapa ini dikongsi agar lebih kita tunduk atas kekuasaan Allah. Kita mula sedar semaksimum mana kita ada had(limit) untuk belajar bertawakal dan menghargai nilai usaha walau setitis peluh sekalipun.
Kunci ilmu baru ku sedar dan rasa ertinya secara praktikal, keghairahan mengetahui sesuatu.. pengorbanan usia.. musafir... berkumpulan(organisasi)... wang.. dan CINTA ILLAHI kunci perjuangan diri.
Cabaran mencari ilmu itu.. MALAS.. Wanita.. Boros.. selfish(penting diri).. Hiburan.. Buat hal sendiri.. sayangkan kehidupan dunia...
Oooh tuhan.. tunjuk jalan kebenaran, selongkarilah kehidupanku dengar kebenaran dalam megharungi hidup sebagai seorang pemimpin, pekerja, penuntu ilmu, guru, ayah, suami, anak dan lain-lain tanggungjawab. Biarlah diriku disakiti, jgan sekali akidah dan kehortmatan tertinggi Islam ini di nodai... amin rabbal a'lamin..








