Sudut Kewangan Islam(Saham Amanah ASB)
Muqadimah Bicara Pelita Perjalanan
Ketika mana persoalan Amanah Saham Bumiputera itu dipersoalkan kepada saya terdapat beberapa pandangan yang berbeda mengenai persoalan yang ditimbulkan, ada yang mengatakan ianya ‘harus’ disisi Islam dengan alasan kalau difikirkan secara logik demi menambahkan ekuiti bangsa Melayu yang merupakan majoriti umat Islam yang mana seperti kita ketahui golongan bangsa Melayu ini agak goyah dari sudut ekonominya. Maka dengan alasan ini hujah darurat atau juga hajah juga timbul dalam situasi ini dalam memperkukuhkan hujah.
Namun begitu tidak kurang juga yang menempelak skim ASB dengan mengatakan ianya haram. Dengan alasan tiada kompromi dalam Islam apabila pelaburan kita itu bercampur halal dan haram maka kita tetap haram, walaupun ada sesetengah pendapat menyatakan dalil ini dho’if. Malahan golongan ini secara keras juga mengklafikasikan syarikat yang mengurus skim ASB iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) merupakan salah satu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak patuh syariah dan tidak tersenarai dalam Suruhanjaya Sekuriti Syariah.
Pelita perjalanan(penulis) kali ini sangat tertarik untuk menarik perhatian pembaca dalam isu ini, penulis kira sepanjang perjalanan menimba ilmu ini, cintaku pada bidang ini makin tertawan walaupun pada asalnya penulis tidak terfikir untuk mengkaji semua sistem kewangan, ekonomi pada usia si jagung mula memasang impiannya.
Ketika diberi tugasan mengkaji isu ini, penulis dan rakan kertas kerja telah menemui pelbagai pengalaman dan sedia berkongsi secara ilmiah dengan pembaca.
Secara jujur dan jelas sepanjang perjalanan membuat kertas kerja ini , pelita perjalanan memang sudah lama menolak ASB ini atas alasan apapun pelita perjalanan tidak dapat datangkan hujah. Cuma yang jelas, pegangan kukuh pelita perjalanan ianya gharar dan syubhah. Tetapi apa yang gharar itu pun pelita perjalanan tidak dapat nyatakan dengan jelas. Namun akhirnya terjawab selepas mencari beberapa maklumat dan disesuaikan dengan kaedah fiqh yang bersesuaian dengan sesuatu isu, malah diperkukuhkan pandangan ulama yang berijma' di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Hukum ASB telah dikeluarkan hukumnya di pelbagai tempat mengikut negeri, pelita perjalanan melihat beberapa pandangan berbeza dikeluarkan mengikut negeri yang nyata mejoriti negeri seperti Majlis Fatwa Selangor mengatakan haram, begitu juga di beberapa negeri. Namun negeri Perak yang di ketuai Dato' Harussani menyatakan ASB itu harus dengan pendapat maslahah kepada kerajaan. Sebagaimana juga pandangan dari guru pelita perjalanan sendiri juga iaitu Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmod Zuhdi menyatakan hukum yang sama dan hujah yang hampir serupa. Namun, ijtihad mereka punya hujah yang tersendiri, dan muslim itu makruf ijtihad ini tiada dosa andai salah sekalipun malah 1 pahala hadir.
Saham Amanah [1]
Saham Amanah adalah suatu bentuk Skim Pelaburan Kolektif dan subset industri Dana terurus. Saham Amanah mengumpul dana daripada pelabur individu atau institusi yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama. Saham Amanah umumnya merupakan alat pelaburan jangka panjang dan oleh itu ia sesuai untuk pelabur yang mencari pertumbuhan modal jangka panjang dan pulangan yang stabil. Pengurus dana professional mengurus Saham Amanah dengan melabur dana dalam pelbagai portfolio aset kewangan menurut objektif Saham Amanah dan seperti yang diizinkan oleh Surat Ikatan Amanah dana itu. Aset kewangan yang boleh dilabur umumnya diluluskan oleh regulator industri sekuriti dan merupakan sebahagain daripada peraturan industri. Untuk melindungi kepentingan pelabur, Pengurus Saham Amanah tidak dibenarkan memegang aset Saham Amanah atas namanya sendiri.
Aset-aset ini diletak bawah jagaan Pemegang Amanah. Pemegang Amanah juga bertanggungjawab untuk mengadakan penyeliaan di tempat bagi Pengurus yang mengurus Saham Amanah dan memastikan bahawa Pegurus menurut peruntukan – peruntukan Surat Ikatan Amanah.
Melabur Dalam Saham Amanah Di
Peraturan Saham Amanah merupakan perjanjian tiga pihak antara pelabur Saham Amanah atau pemegang unit, Pemegang Amanah, dan Pengurus Saham Amanah, dengan terma dan syarat kepada hubungannya ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah. Suruhanjaya Sekuriti
Surat Ikatan Amanah ialah dokumen keperlembagaan Saham Amanah yang disediakan oleh Pengurus, dan didaftarkan melalui Suruhanjaya Sekuriti. Surat Ikatan Amanah menentukan skop bidang kuasa Saham Amanah dan ia dibentuk untuk melindungi kepentingan pemegang unit. Dalam konteks paling luas Surat Ikatan Amanah Saham pada dasarnya :
· Menentukan terma dan syarat yang menguasai pengendalian dan pengurusan harian Saham Amanah, di samping berbagai-bagai undang-undang, peraturan dan garis panduan sekuriti yang khusus dan terpakai dalam industri Saham Amanah, yang mesti dipatuhi oleh Saham Amanah.
· Menjelaskan hak dan liabiliti pemegang unit
· Menjelaskan tugas dan kewajipan Pengurus Saham Amanah dan Pemegang Amanah.
Pengurus dan Pemegang Amanah boleh mengubah Surat Ikatan Amanah di bawah keadaan seperti yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah, dan juga peruntukan khas di bawah undang-undang, peraturan dan garis panduan sekuriti. Bagaimanapun, pindaan sedemikain memerlukan persetujuan unit dan diluluskan dalam mesyuarat pemegang unit yang dipanggil khas. Suruhanjaya Sekuriti atas budi bicaranya boleh mengarahkan perubahan kepada Surat Ikatan Amanah, apabila timbulnya keperluannya.
Surat Ikatan Amanah dan undang-undang yang berkenaan mengehadkan liabiliti pemegang unit kepada nilai pelaburan dalam Saham Amanah. Oleh yang demikian, jika liabiliti Saham Amanah melebihi asetnya, pemegang unit secara peribadi tidak bertanggungjawab mengganti rugi Pemegang Amanah, Pengurus, dan setiap kreditor lain bagi pihak masing-masing.
Setiap pemegang unit Saham Amanah berhak kepada kepentingan yang sama dan berkadaran dalam Saham Amanah melalui pemilikan unit Saham Amanah. Oleh itu, pemegang unit tidak mempunyai milikan secara langsung ke atas aset Saham Amanah kecuali melalui pemilikan unit-unit ini. Kecuali di bawah keadaan tertentu yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Amanah, pemegang unit tidak boleh menyertai pembuatan keputusan pengurusan Saham Amanah, yang diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Saham Amanah.
Permodalan Nasional Berhad
Nama | Amanah Saham Nasional Berhad ( 47457-V ), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad ( 38218-X ) |
Tarikh ditubuhkan | 22 Mei, 1979 |
Alamat Berdaftar | Tingkat 4, Balai PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 |
Telefon | 03 2050 5500 |
Produk | Sekim Amanah Saham Nasional |
Skim Amanah Saham Bumiputera | |
Amanah Saham Wawasan 2020 | |
Amanah Saham Nasional 2 | |
Amanah Saham | |
Amanah Saham Didik | |
Amanah Saham Nasional 3 Imbang | |
Amanah Saham Gemilang : | |
- Amanah Saham Pendidikan | |
- Amanah Saham Kesihatan | |
- Amanah Saham Persaraan | |
Ejen | Lebih daripada 1,450 ejen di seluruh negara |
| |
| |
| |
|
p/s- maklumat di atas tentang takrifan Saham Amanah yang dikeluarkan oleh buku panduan PNB adalah satu perkara yang perlu di kaji dari sudut akad mudharabah yang tidak wujud mahupun berbentuk syirkah, tulisan bold yang di merahkan pelita perjalanan itu jelas menyalahi akad perkongsian dalam pelaburan apabila pemegang unit tidak terlibat sedikitpun dalam kerugian, kerugian hanya melibatkan pemegang dan pengurus.
Sejarah Perkembangan Amanah Saham Nasional
Pada 22 Mei 1979, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ditubuhkan sebagai subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Berhad. Objektif utama Amanah Saham Nasional Berhad adalah untuk menggembleng simpanan individu Bumiputra melalui pemasaran dan penjualan saham amanah nasional kepada individu Bumiputra. Di samping itu Amanah Saham Nasional Berhad juga bertanggungjawab mendidik Bumiputra tentang faedah melabur dalam saham amanah yang dicadangkan bakal dilancar oleh kerajaan. [3]
Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN) dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Hussein bin Onn pada 20 April 1981 di Dewan Tunku Abdul Rahman, tempat berlangsungnya Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama. Sekim ASN dilancar ketika Rancangan Malaysia Keempat dibentangkan di Parlimen pada hari itu. Sekim ASN adalah sebahagian daripada rancangan tindakan akuan kerajaan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik utama dalam negara, iaitu bukan Bumiputra dengan Bumiputra di bawah Dasar Ekonomi Baru kerajaan yang meliputi tempoh 1970 sehingga 1990. Sekim ASN bertujuan mempercepatkan pengumpulan dan pengembelengan simpanan Bumiputra untuk pelaburan dalam stok syarikat
Kerajaan juga berharap agar sekim ASN akan dapat menggalak dan memupuk tabiat menyimpan yang baik di kalangan Bumiputra untuk membolehkan mereka memaksimumkan simpanan mereka dalam jangka panjang. Kerajaan berharap ia akan mencapai ini dengan menyalurkan simpanan yang sedia ada ke dalam Sekim ASN dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan mereka melabur. [4]
Tempoh 1980an menandakan perkembangan ketara dalam sejarah industri ini apabila Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad dilancarkan pada 20 April 1981. Pelancaran Saham Amanah Nasional memberi momentum kepada pertumbuhan baru dalam industri ini. Ia merupakan kejayaan yang cemerlang bagi kerajaan kerana ia membolehkan kerajaan merealilsasikan objektif untuk menggembeleng simpanan Bumiputra dari segala genap lapisan masyarakat dalam jangka masa panjang. Sehingga Oktober 1982 penglibatan Bumiputra dalam Sekim Amanah saham Nasional telah mencecah satu juta dan sehingga Mac 1984, 1.5 milion pelabur bumiputra telah melabur sebanyak RM 1.1 billion. [5]
Permodalan Nasional Berhad melancarkan saham amanah yang kedua, Skim Amanah Saham Bumiputera, pada 2 januari 1990. Skim Amanah Saham bumiputera adalah saham amanah harga tetap dan pada hakikatnya merupakan lanjutan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang tetap harganya. Pada 1 Januari 1991 Sekim Amanah Saham Amanah yang tetap harganya itu ditukar menjadi saham amanah harga berubah-ubah. Pada masa ini pelabur Sekim Amanah Saham Nasional diberi pilihan sama ada memindahkan pelaburan mereka kepada Skim Amanah Bumiputera atau terus kekal dalam Skim Amanah Saham Nasional.
Permodalan Nasional Berhad melancarkan saham amanahnya yang milenium, Amanah Saham Nasional 2, pada 20 April 1999. Saham Amanah ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Minggu Pelaburan Bersama PNB. Amanah Saham Nasional 2 adalah saham manah harga berubah-ubah dengan dana yang diluluskan bernilai RM 2,500 milion. Dana ini pada asasnya adalah produk cerukan yang disasarkan terutamanya kepada pelabur Bumiputera yang tinggi nilai bersihnya, dan kepada mereka yang ingin melabur simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. [6]
Konsep Pelaburan dalam Islam
Pelaburan menurut kamus dewan adalah sejumlah wang (modal) yang dilaburkan dalam sesuatu urusniaga ataupun sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan berlipat ganda. [7]
Islam menerima konsep pelaburan tersebut, malah menganggap pelaburan sebagai suatu perkara yang penting dalam pembangunan ekonomi kerana ia merupakan salah satu cara yang boleh memperkuatkan punca-punca ekonomi. Bahkan ia juga mengembleng tenaga ke arah kehidupan yang baik. Malah dianggap sebagai usaha positif manusia dalam pemakmuran alam dan mempunyai hubungan yang rapat dengan bidang pengeluaran.
Islam menuntut setiap modal yang terkumpul hendaklah dilaburkan supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh pemiliknya dan orang ramai. Melalui pelaburan juga, dapat menghalang daripada berlakunya pembekuan harta yang melebihi keperluan . Juga dengan cara melabur, secara tidak langsung telah mengembangkan harta serta dapat membantu melicinkan perjalanan ke arah meningkatkan ekonomi. Modal atau harta yang dilaburkan itu akan berkembang dan memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain. [8]
Sebaliknya pembekuan harta boleh mengakibatkan kelembapan ekonomi kerana wujudnya kekurangan modal. Islam melarang keras perbuatan seperti ini kerana ia adalah satu sebab yang boleh mengakibatkan kemudahan dan kemiskinan yang berterusan.
Pandangan Islam berkenaan Pelaburan Amanah Saham Nasional
Islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Usaha ke arah kemajuan ekonomi juga merupakan suatu perbuatan yang suci. Bahkan ia merupakan fardhu ain ke atas setiap umat Islam.
Menurut perspektif Islam, nilai etika mempengaruhi ilmu ekonomi. Langkah utama ke arah mengenali ciri-ciri asas ekonomi Islam ialah mencari prinsip-prinsip etika umum yang berunsurkan Islam. Prinsip-prinsip ini kemudiannya menjadi panduan kepada prinsip-prinsip yang lebih khusus demi menjamin matlamat yang saintifik dan pemikiran yang jelas. Hanya dengan cara ini prinsip-prinsip umum dapat dikaji dan dijadikan model untuk mengakui syiar Islam. Al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber rujukan yang dapat digunakan sebagai asas dalam menentukan hala tuju kehidupan manusia. Syarat umumnya adalah bahawa matlamat caranya adalah mestilah sah di sisi Islam. Sebarang teori atau model yang bertentangan dengan hukum Islam tertolak sama sekali. [9] Oleh itu kita mesti melihat apakah ASN yang diwujudkan oleh pihak kerajaan menepati kehendak syara’ atau dengan kata lain ia bertentangan dengan kaedah yang ditetapkan oleh syara’.
Kewujudan skim ASM ini menjadi perbincangan hangat di kalangan mufti dan orang awam berhubung dengan kedudukannya mengikut perspektif Islam. Isu yang menjadi perbahasan berkenaan skim ini adalah keraguan yang timbul terhadap portfolio atau institusi yang dilaburkan oleh pihak PNB sama ada dilaburkan ke dalam semua portfolio yang dibenarkan oleh syariah ataupun tidak.
Beberapa pandangan sama ada mengharuskan atau mengharamkan skim ini perlu dikeluarkan. Seterusnya membuat kesimpulan dari hasil perbincangan tersebut agar umat Islam tidak terjebak dengan aktiviti yang diharamkan oleh Islam.
Skim ASN telah membuat pelaburan merangkumi bidang perusahaan, perladangan perlombongan, harta benda, kewangan dan perbankan. Mengenai sektor kewangan dan perbankan, terdapat dua pendapat mengenai pelaburan ini sama ada bertujuan untuk membangunkan sesuatu projek melalui pengurusan yang dilakukan oleh bank-bank tersebut, maka tindakan ini dibenarkan oleh Islam akan tetapi jika bertujuan mendapatkan faedah riba daripada bank ia akan bertukar menjadi haram. Oleh itu, pelaburan ASN secara keseluruhannya adalah bercampur di antara yang halal dan haram. [10]
Majlis Fatwa Yang Mengatakan Pelaburan Amanah Saham Nasional Haram
Fatwa Negeri Terengganu [11]
Isu : Pelaburan ASB samada menepati dengan pelaburan yang diharuskan dalam ajaran Islam.
Keputusan : Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.
Fatwa Negeri Selangor[12]
Isu : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima
1. Adakah wajib dikeluarkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB?
2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah?
Keputusan : (1) Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’
: (2) Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Majlis Fatwa Yang Mengatakan Pelaburan Amanah Saham Harus
Fatwa Negeri
Isu : Hukum Melabur Dalam ASN Dan ASB
Keputusan : Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)
Fatwa Negeri Perak [14]
Mesyuarat jawatankuasa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan - alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan قراض . Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah harus sepertimana nas yang terdapat di dalam kitab.
2. Kedudukan ekonomi anak bumiputera khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama [15]
Soalan :
Apakah hukum dari segi syarak' pelaburan ASB/ASN?.
Jawapan :
Kajian Pelaburan ASN adalah Haram : Pandangan Dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (Penasihat Syariah Quwait Islamic Bhd) [16]
1. Tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram sedangkan telah banyak Amanah Saham yang halal wujud.
2. Jumlah pelaburan haram (amalkan riba’) menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram :
a. Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram)
b. Commerce asset holdings berhad ( Konvensional) - 1.11 %
c. British American Tobacco berhad 1.07 %
d. Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)
3. Modal pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. Ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam. Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan. Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke-9, mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.
4. Konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terbatal. Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah.
5. ASB tidak mempunyai Penasihat Syariah yang memantau kegiatan pelaburan.
6. ASB juga tidak diiktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti sebagai kaunter yang halal dilaburkan.
Pandangan lain yang mengatakan pelaburan ASN adalah Haram
Terdapat kaedah fiqh yang berbunyi :
اذا اجثمع الØلال Ùˆ الØرام غلب الØرام
Yang bermaksud : Apabila berhimpun halal dengan yang haram, ia dikira haram.
Maka apabila terdapat beberapa buah syarikat yang beroperasi secara riba’ di samping syarikat-syarikat lain yang diharuskan, ia termasuk di dalam kaedah yang disebutkan di atas. [17] Kaedah ini seperti yang terdapat dalam kitab al-Ashbab wa an-Naza’ir ada menyebut perkataan muamalah yang dikecualikan.
“ Dikecualikan daripada kaedah ini beberapa masalah, antaranya ; muamalah dengan mereka yang kebanyakan hartanya haram yang bercampur dengan sedikit hartanya yang halal ”. [18]
Kenyataan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [19]
Kandungannya menyatakan mengenai hukum Fatwa Amanah Saham Nasional (ASN) telah diputuskan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 31 pada 9 Disember 1992 seperti berikut :
a) Pelaburan ASN dan ASB terlibat dengan riba’ kerana dilaburkan di sektor kewangan yang mengamalkan riba’.
b) Jawatankuasa Fatwa akan terus mendesak supaya PNB mengeluarkan pelaburan di sektor kewangan yang terlibat dengan riba’ di peringkat demi peringkat.
Senarai Dana Islam di Malaysia (Kemas kini 31 March 2007) [20]
Perhatikan ‘uruf
Dana-dana Ekuiti
No | Nama Dana | Syarikat Pengurus | Tarikh Pelancaran | Saiz Dana yang diakui (million) |
1. | Amanah Saham Kedah | Amanah Saham Kedah Berhad | 27/02/1995 | 200 |
2. | Dana Bestari | ASM Investment Services Berhad | 03/10/2002 | 250 |
3. | Dana Al-Aiman | 19/5/1997 | 350 | |
4. | ASM Dana Mutiara | 05/08/2004 | 100 | |
5. | ASM Syariah Aggressive Fund | 31/10/2005 | 20 | |
6. | Amanah Saham Darul Iman | PTB Unit Trust Berhad | 31/10/1994 | 500 |
7. | Amanah Saham Angkasa | Pelaburan Johor Berhad | 24/04/1998 | 300 |
8. | SBB Mutual Dana Al-Azam | CIMB Wealth Advisors Berhad (formerly known as SBB Mutual Berhad) | 30/04/2003 | 500 |
9. | SBB Mutual Dana Al-Ihsan | 07/05/1998 | 1200 | |
10. | SBB Mutual Dana Al-Hikmah | 30/04/2003 | 500 | |
11. | SBB Mutual Dana Al-Ihsan2 | 30/04/2003 | 500 | |
12. | SBB Dana Al-Faiz | 16/09/2004 | 1000 | |
13. | SBB Dana Al-Ikhlas | 08/10/2004 | 700 | |
14. | AmIslamic Growth | AmInvestment Services Berhad | 10/09/2004 | 1000 |
15. | AmIttikal Fund | 12/01/1993 | 1000 | |
16. | AUTB Dana Bakti | | 14/05/1971 | 500 |
17. | ASBI Dana Al Mubin | BIMB Unit Trust Management Berhad | 30/06/1994 | 302 |
18. | ASBI Dana Al-Falah | 27/12/2001 | 400 | |
19. | RHB Islamic Growth Fund | RHB Unit Trust Management Berhad | 26/01/2004 | 500 |
20. | HLG Dana Makmur | HLG Unit Trust Management Berhad | 19/11/2001 | 500 |
21. | Hwang-DBS Dana Izdihar | Hwang-DBS Investment Management Berhad | 08/10/2002 | 300 |
22. | OneAnswer Investment Funds - ING Ekuiti Islam | ING Funds Berhad | 23/04/2004 | 300 |
23. | Apex Dana Al-Sofi (formerly known as Apex Islamic Income Fund ) | Apex Investment Services Berhad | 28/08/2003 | 300 |
24. | Public Ittikal Fund | Public Mutual Berhad | 10/04/1997 | 2000 |
25. | Public Islamic Equity Fund | 28/05/2003 | 6000 | |
26. | Public Islamic Opportunities Fund | 28/06/2005 | 1000 | |
27. | PB Islamic Equity Fund | 05/09/2005 | 2000 | |
28. | Public Islamic Dividend Fund | 14/02/2006 | 2000 | |
29. | Public Islamic Ittikal Fund | 31/07/2006 | 1500 | |
30. | PB Islamic | 08/01/2007 | 2000 | |
31. | Public Islamic | | 150 | |
32. | Kenanga Syariah Growth Fund | Kenanga Unit Trust Management Berhad | 29/01/2002 | 200 |
33. | MAA Mutual Trust - MAA Mutual Al-Faid | MAAKL Mutual Berhad | 08/07/2003 | 200 |
34. | MAA Mutual Syariah Index Fund | 23/01/2002 | 300 | |
35. | MAAKL Al-Fauzan | 06/09/2005 | 1000 | |
36. | | | 25/03/2004 | 400 |
37 | Mayban Dana Yakin | Mayban Unit Trust Berhad | 24/11/2000 | 1200 |
38. | Lifetime Dana Mubarak | CIMB-Principal Asset Management Berhad | 15/06/1995 | 300 |
39. | | 02/06/2006 | 300 | |
40. | OSK-UOB Dana Islam | OSK-UOB Unit Trust Management Berhad | 26/10/2001 | 100 |
41. | Avenue SyariahEXTRA Fund | Avenue Unit Trust Management Berhad | 12/03/1996 | 250 |
42. | Amanah Saham Wanita | 05/05/1998 | 450 | |
43. | Prudential Dana Al-Ilham | Prudential Unit Trusts Berhad | 14/08/2002 | 200 |
44. | Prudential Dana Dinamik | 25/02/2004 | 700 | |
45. | CMS Islamic Fund | CMS Trust Management Berhad | 15/08/2002 | 500 |
46. | TA Islamic Fund | TA Unit Trust Management Berhad | 24/04/2001 | 600 |
47. | TA Dana OptiMix | TA Unit Trust Management Berhad | 17/01/2005 | 800 |
48. | Pheim Asia Ex-Japan Islamic Fund | Pheim Unit Trust Berhad | 01/11/2006 | 200 |
49. | InterPac Dana Safi* | Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd | | 400 |
Dana Tetap
No | Fund Name | Management Company | Launch | Approved Fund Size (million) |
1. | AmIslamic Balanced | AmInvestment Services Berhad | 10/09/2004 | 1000 |
2. | ASBI Dana Al-Munsif | BIMB Unit Trust Management Berhad | 27/12/2001 | 400 |
3. | SBB Mutual Dana Al-Mizan | CIMB Wealth Advisors Berhad (formerly known as SBB Mutual Berhad) | 08/03/2001 | 1000 |
4. | SBB Dana I'tidal | 23/08/2005 | 400 | |
5. | RHB Mudharabah Fund | RHB Unit Trust Management Berhad | 09/05/1996 | 750 |
6. | HLG Dana Maa'rof | HLG Unit Trust Management Berhad | 25/03/2003 | 200 |
7. | Hwang-DBS Dana Fahim | Hwang-DBS Investment Management Berhad | 28/06/2004 | 300 |
8. | Apex Dana Al-Faiz | Apex Investment Services Berhad | 28/08/2003 | 100 |
9. | Public Islamic Balanced Fund | Public Mutual Berhad | 27/09/2005 | 1000 |
10 | MAAKL Al-Umran | MAAKL Mutual Berhad | 28/03/2006 | 1000 |
11. | KL City Dana Imbang | KL City Unit Trusts Berhad | 26/02/2003 | 300 |
12. | Mayban Dana Ikhlas | Mayban Unit Trust Berhad | 17/09/2002 | 400 |
13. | Lifetime Dana Barakah | CIMB- Principal Asset Management Berhad | 26/05/2003 | 500 |
14. | Dana Islamiah Affin | Affin Trust Management Berhad | 11/11/2001 | 400 |
15. | Pheim Master Trust -Dana Makmur Pheim | Pheim Unit Trust Berhad | 28/01/2002 | 100 |
16. | Prudential Dana Al-Islah | Prudential Unit Trusts Berhad | 14/08/2002 | 200 |
17. | CMS Islamic Balanced Fund | CMS Trust Management Berhad | 06/12/2004 | 200 |
18. | Pacific Dana Aman | Pacific Mutual Fund Berhad | 16/04/1998 | 1000 |
19. | TA Asia Pacific Islamic Balanced Fund | TA Unit Trust Management Berhad | 07/11/2006 | 300 |
20 | OSK-UOB Muhibbah Income Fund | OSK-UOB Unit Trust Management Berhad | 12/03/2007 | 400 |
Dana Bond
No | Fund Name | Management Company | Launch | Approved Fund Size (million) |
1. | AmBond Islam | AmInvestment Services Berhad | 26/11/2001 | 500 |
2. | AUTB Dana Bon Amanah | | 05/04/2004 | 500 |
3. | ASBI Dana Al-Fakhim | BIMB Unit Trust Management Berhad | 27/12/2001 | 400 |
4. | SBB Dana Al-Hafiz | CIMB Wealth Advisors Berhad (formerly known as SBB Mutual Berhad) | 08/10/2004 | 200 |
5. | RHB Islamic Bond Fund | RHB Unit Trust Management Berhad | 25/08/2000 | 500 |
6. | HLG Dana Munir | HLG Unit Trust Management Berhad | 25/03/2003 | 500 |
7. | OneAnswer Investment Funds - ING Bon Islam | ING Funds Berhad | 23/04/2004 | 300 |
8. | Public Islamic Bond Fund | Public Mutual Berhad | 15/08/2001 | 800 |
9. | PB Islamic Bond Fund | 16/03/2006 | 300 | |
10. | Public Islamic Enhanced Bond Fund | 28/11/2006 | 500 | |
11. | MAA Mutual Trust - MAA Mutual Al-Saad | MAAKL Mutual Berhad | 08/07/2003 | 200 |
12. | Mayban Dana Arif | Mayban Unit Trust Berhad | 27/04/2004 | 1,000 |
13. | Mayban I - Trust Fund 2008 | 16/06/2005 | 300 | |
14. | Lifetime Dana Wafiq | CIMB-Principal Asset Management Berhad | 23/02/2005 | 500 |
15. | Avenue AsnitaBond Fund | Avenue Unit Trust Management Berhad | 18/03/2005 | 500 |
16. | Pacific Dana Murni | Pacific Mutual Fund Berhad | 25/03/2003 | 500 |
17. | Prudential Dana Wafi | Prudential Unit Trusts Berhad | 21/02/2005 | 200 |
18. | AmanahRaya Syariah Trust | Amanah Raya Asset Management Sdn Bhd | 20/07/2006 | 500 |
Lain-lain Dana
No | Fund Name | Management Company | Launch | Approved Fund Size (million) |
1. | ASM Syariah Money Market | ASM Investment Services Berhad | 31/10/2005 | 200 |
2. | ING Baraka Capital Protected* | ING Funds Berhad | | 200 |
3. | TA Islamic CashPlus Fund | TA Investment Management Berhad | 06/06/2005 | 600 |
4. | AmAl-Amin | AmInvestment Services Berhad | 26/11/2001 | 500 |
5. | AmOasis Global Islamic Equity | 21/04/2006 | 200 | |
6. | Mayban Dana Fitrah 1 - Capital Protected | Mayban Unit Trust Berhad | 27/07/2004 | 300 |
7. | | | 06/10/2005 | 200 |
8. | Lifetime Dana Fayyad | CIMB-Principal Asset Management Berhad | 20/04/2006 | 500 |
9. | Apex Dana Al-Kanz | Apex Investment Services Berhad | 18/05/2006 | 250 |
10. | RHB Global Islamic Portfolio Series 1 | RHB Unit Trust Management Berhad | 28/06/2006 | 100 |
11. | Hwang-DBS Islamic Cash Fund | Hwang DBS Hwang-DBS Investment Management Berhad | 22/08/2006 | 100 |
12. | MAAKL Al-Ma'Mun | MAAKL Mutual Berhad | 23/01/2007 | 300 |
13. | Prudential Islamic Income Fund | Prudential Unit Trusts Berhad | 08/02/2007 | 1000 |
14. | Prudential Islamic Fixed Income Wholesale | 20/12/2006 | 500 | |
15. | HLG Islamic Income Management Fund | HLG Unit Trust Berhad | | 600 |
Kesimpulan bagi pandangan yang wajar diterima
Daripada perbincangan kedua-dua pandangan iaitu pandangan mengharus dan mengharamkan pelaburan ASN, ternyata pandangan kedua inilah yang lebih kuat dan teguh. Kesimpulan dapat dibuat dengan mengemukakan pandangan yang wajar diterima sebagai pandangan yang akan digunapakai oleh orang ramai untuk dijadikan hujah apabila membuat urusan pelaburan. Hasil mendapati bahawa pelaburan ASN ternyata terlibat dengan aktiviti riba’. Oleh itu, pihak PNB perlu mengeluarkan semua pelaburan yang dibuat di sektor yang telibat dengan aktiviti riba’ bagi membolehkan orang ramai terutamanya umat Islam membuat pelaburan di skim tersebut. Apapun yang berlaku pelitaperjalanan menghormati pandangan Datuk Paduk Prof. Mahmod Zuhdi, pengajian Urf wa Al-Maslahah dan Al- Qiyas agak bersifat matang di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya, mungkin kerana ini kita menghormati pandang 'uruf beliau terhadap ASB, sedangkan lidah lagi tergigit bukan semua ajaran dari pengajar kita perlu diterjemah secara literasi yang sama dengung, nada dan irama. Namun jalan dan kod irama itu perlu diselarikan dan disusun dengan disiplin dan pasti karyanya berbeda.
Rujukan
1. Permodalan Nasional Berhad (2001), Industri Saham Amanah Malaysia,
2. Sheikh Othman Sheikh Salim (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka,
3. Lailatul Akmar Saidin (1992), ASN Dan ASB : Peranannya Dalam Menjayakan Matlamat Dasar Ekonomi Baru, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 91
4. Azlina Zulkifli (2003), Sambutan masyarakat terhadap pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) : satu kajian di kalangan kakitangan Universiti Malaya, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 78-81
5. Jabatan Kemajuan Islam
Laman Web
1. Portal e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=756, 11 Sept 2007
2. Portal e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155, 11 Sept 2007
3. Portal e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952, 11 Sept 2007.
4. Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf, 11 Sept 2007
5. Panel Kemusykilan Agama, JAKIM, http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/, 11 Sept 2007.
6. Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputera, http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=100, 11 Sept 2007
7. Suruhanjaya Sekuriti, http://www.sc.com.my/eng/html/icm/fr_icm.html, 20 Sept 2007
[1] Permodalan Nasional Berhad (2001), Industri Saham Amanah Malaysia,
[2] Ibid, hlm 31
[3] Ibid, hlm 58
[4] Ibid, hlm 61
[5] Ibid, hlm 47
[6] Ibid, hlm 50-51
[7] Sheikh Othman Sheikh Salim (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka,
[8] Lailatul Akmar Saidin (1992), ASN Dan ASB : Peranannya Dalam Menjayakan Matlamat Dasar Ekonomi Baru, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 91
[9] Ibid, hlm 87
[10] Azlina Zulkifli (2003), Sambutan masyarakat terhadap pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) : satu kajian di kalangan kakitangan Universiti Malaya, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 78-81
[11] Portal e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=756, 11 Sept 2007
[12] Portal e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155, 11 Sept 2007
[13] Portal e-Fatwa, http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952, 11 Sept 2007.
[14] Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf, 11 Sept 2007
[15] Panel Kemusykilan Agama, JAKIM, http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/, 11 Sept 2007.
[16] Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputera, http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=100, 11 Sept 2007
[17] Lailatul Akmar Saidin (1992), opcit, hlm 99
[18] Ibid, hlm 100
[19] Jabatan Kemajuan Islam
[20] Suruhanjaya Sekuriti, http://www.sc.com.my/eng/html/icm/fr_icm.html, 20 Sept 2007