Ujian Perjalanan

Hari Ini Bukan Semalam....

"Rupanya musim gugur itu pergi, kembali namun tiada bunga... Enigma hanya titik tiada bicara, tiada dampak pada hati mati, hanya iman ulasan dunia yang tiada uji hanya muhasabah diri.."
Semalam, aku lena, hari aku jaga, semalam aku tahu A, tapi hari ini aku tahu A,B dan hari-hari berikutnya. Semalam aku anak-anak, hari ini aku remaja, semalam aku adik, hari ini aku abang, semalam aku anak, hari ini aku seorang ayah..

Pengalaman seterusnya di onak lagi, pelita perjalanan di uji dengan antara ujian yang mengajar erti kedewasaan dan kematangan selaku mahasiswa yang luarbiasa, kita diberi ruang dan peluang oleh tuhan atas dasar usaha dan tawakal insan, kalau semalam aku hanya exco sahaja di persatuan pelajar ini, namun kini pelitaperjalanan perjalanan diberi sepenuh kepercayaan dan sokongan dari ahli PERMANIS UM untuk melantik pelitaperjalanan mengapalai persatuan yang berperanan penting demi sentimen anak n9.

Nafasnya pasti berbeza, perjuangan mahasiswa satu sigmen roh dalam diri mahasiswa, lena mahasiswa, hancur generasi masa muka negara. Dungu mahasiswa, bumi Malaysia dirampas di generasi muka.

Minda pelitaperjalanan kali sudah memasuki ruang kepimpinan mahasiswa, kalau dulu kita menjadi minda bebas dalam menggerakkan mahasiswa namun hari ini bukan semalam. Namun perubahan kepimpinan laksana sebuah nakhoda di kepalai kapten kapal dalam menentu arah haluan.

Namun pelitaperjalanan mengimbau sejarah kepimpinan yang pernah disandang, namun sampai ke hari ini, pelita perjalanan masih mengingati dan menginsafi nilai kepimpinan ketika berjuang dangan medan ilmu di Nilam Puri Kelantan. Di lantik menjadi salah seorang kepimpinan di Nilam Puri, kotak cermin seorang pemimpin hadir dari orang yang mengikut di bawah kapal,kebobrokan pimpinan sudah pasti mencetus haru-biru dalam perjalanan nakhoda bagi sebuah pelayaran.

Situasi UM(Universiti Malaya)

Sini nafasnya bukan nafas biasa, luarbiasa, baunya berbeda. Segarnya?! tiada.... Kalau dulu ramai sekali pemimpin lahir di institusi ini, namun kini pemimpin yang lahir di situ juga mengikat kaki generasi seterusnya di UM. AUKU!!! siapa mengubah dasar ketat itu!!!? Dari menguatkuasa daripada melakukan aktiviti tidak bermoral, kini ia hanya alat untuk mengongkog pelajar ke tahap parah, malah menyedihkan. Lihatlah generasi UM kini, ibarat surung bantal dibaring-baringkan, mendapat ujian susah di sogokkan alasan dan kesenangan seketika.

Kalau dulu nafas mahasiswa UM bukan nafas ilmiah semata-mata atas sekeping sijil yang tidak seberapa. Kejayaan boleh dicari dimana-mana, sijil BA sekadar peluang meletakkan diri dalam hereaki berbeza dalam masyarakat, ia menjadi bukti graduan BA itu ada di suatu tingkat berbeza atas kelulusannya dalam masyarakat,kerana itu pendakwah perlu mengguna pakai metod ini meransang gerak kerja dakwah ke arah momentem berbeza dan lebih "keizzahannya", kerana suasananya begitu.

Kenapa dah keluar menjadi graduan IPT, tapi bodoh? Bukan bodoh, dari sudut ilmiah , buku-buku dengan maklumat yang lama, tapi bodoh itu hadir dari sudut isu-isu semasa, kepimpinan dan kemasyarakatan. Nilai ini hampir tiada kepada mahasiswa, hanya beberapa sahaja yang mula menunjukkan nafas lama yang seharusnya menyegarkan minda kepimpinan mahasiswa.

Kepimpinan MPMUM, satu nafas basi dalam dekad 3 tahun ini, bermula 2005, 2006 dan 2007. Aspirasi hanya aspirasi kroni, bukan aspirasi mahasiswa seluruh dunia!!! Kemana arah tuju mahasiswa di kolej dengan program "manja" kolej, hanya tahu berurusan dengan pejabat yang kecil itu,dengan HEP? usah bicara, kenal pun tiada dengan kakitangannya, mungkin hadir sekadar membayar denda atau membeli kad bas mungkin.

Tidak sanggup bicara lagi, letih menceritakan UM, hanya 'hint' sahaja perlu dinyata. Dunia itu berbeza, umpama noda atau umpama maruah.... Itu sahaja pilihan yang ada....

Persatuan-persatuan di UM.
PERMANIS UM(Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan) nadi perjuangan seterusnya, tidak dipengaruhi MPMUM yang basi. Kita melangkah lagi ke sudut yang sama namun variasinya sahaja berbeda. Ini antara persatuan yang wujud di UM, malah persatuan sentiman anak negeri mula menampakkan bibit perjuangan kemasyarakatan mengikut lokaliti masing-masing.

Siapakah warga Malaysia yang tiada negeri? Bukan warga Malaysia namanya kalau tiada negeri. Kenapa harus membenci sentimen anak negeri. Seharusnya kita membenci sentimen perkauman, seharusnya kita hadirkan kritikal persoalan berbezakah darah kita dengan warna kulit dan bangsa yang berbeda..Berbezakah??!! Perjuangan bangsa tidak relevan lagi!!! Persatuan anak negeri terus perjuangkan lokaliti masyarakat kita... Kita bernafas dalam sebuah negeri, tanya diri apa sumbangan untuk negeri masing-masing!!!

Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) nadi mahasiswa muslim, perjuangan kosong yang tidak sia-sia. Terus menerus berdiri hmpir sebaris persatuan NGO-NGO lain dalam membuktikan walaupun masih dipagari AUKU. Nafas mahasiswa bergolok gadai merajai isu-isu semasa menerapkan jiwa Islami dalam gerak kerja, menjadi kunci perjuangan utama adalah perjuangan untuk ummati... bukan badawi atau bangsawi!!! Tapi ummati...

Begitulah minda kepimpinan yang perlu di sahut, persatuan-persatuan UM adakalanya lebih bergerak dari MPMUM dalam mengembleng etika mahasiwa yang makin ranap, ini kerana ada mahasiswa yang kritikal mula menunjukkan kualiti itu bergerak teguh dengan persatuan-perasatuan yang ada, rakan-rakan yang berbangsa Cina terus gah dengan persatuan mereka perlu dipuji. Berbeda sekali dengan kuantiti penyokong hiburan tak manfaat anjuran MPMUM. Ubah kepimpinan MPMUM sebelum parah .... hari ini bukan semalam...

Kepimpinan Salehuddin al-Ayubi harus di contohi, nilai ESQ di suntik secara resmi dalam kepingan-kepingan noda jiwa. Siapa pernah sangka kekuatan kepimpinan terdahulu masih mampu berjaga malam bertahajud. Kita juga melihat, pengorbanan Khalifah Umar Abdul Aziz yang tanpa henti memperjuangkan roh Islam secara bijaksana dengan mengenepi kepentingan diri dan dunia...

Sama-samalah fikir secara ringkas nilai mudah kepimpinan yang patuh dan taat kepada rabbi,...
Wallahua'alam...