BLOG ke DIARY???

Pening kepala apabila memikirkan adakah blog ini merupakan mainan media berbentuk luahan hati atau permainan media berkongsi minda. Kalau benar ianya luahan hati, mungkin ia sudah mula menjadi mini diari kehidupan bloggers untuk berkongsi sejauh mana pengalaman manusia dalam kehidupan mereka.

Ramai rakan bertanya kepada penulis, benarkah "pelitaperjalanan" mahu di tulis penulisan berbentuk ilmiah semata-mata. Berapa banyak penulisan anda melambangkan kematangan anda. Bloggers kini mula menjadikan blog-blog mereka mini diary tempat luah cerita orang lain, membuka pekung rahsia manusia-manusia lain. Perlukah etika sebegini?



Mengambil kira kehidupan manusia yang sentiasa mendambakan cita-cita kecil sebuah keamanan berbanding cita-cita politik yang berkepentingan lebih besar semenjak dari zaman kemerdekaan dengan matlamat yang memperlakukan sekumpulan manusia yang banyak jumlahnya. Apalah yang hendak dikirakan dengan kehidupan manusia yang singkat ini.

Islam didatangkan dengan mudah bercerita soal ini, Hamka pernah menulis kisah hidupnya secara tidak langsung, Ihya' Ulumuddin karya Imam Ghazali sedikit sebanyak meluah rasa hati mereka, Yusof al-Qardhawi dengan penulisan-penulisan besar beliau menceritakan diari hidup mereka, Dr. Harun Din menceritakan pengalaman dan ilmu agama yang pelbagai. Begitu juga tokoh-tokoh besar yang lain.

Muhammad saw junjungan besar sentiasa merakam diri baginda melalui himpunan hadith dan kehidupan baginda yang menjadi pedoman buat ummah sedunia. Begitu juga dalam perihal dakwah yang besar. Bangkitlah pemuda/pemudi buktikan pada dunia masih ada diri tokoh-tokoh besar dalam diri kamu mendiarikan diri kamu. Jangan segan menggambar kehidupan dunia kamu yang sementara. Apalah daya kerosakan atas muka bumi yang kamu lakukan (surah ar-Rum 30:41) menjadi iktibar tangan kamu itu dari terus binasakan diri kamu dengan fitnah besar masyarakat.

Bangkitkan jalan terakhir kamu ini, menangislah di malam hari untuk memberitahu kepada meraka yang tidak tahu nikmat malam kamu dengan tuhanmu. Kemaskan ibadat kamu disantap ruhnya kepada meraka yang tahu akan kebahgiaan sebenar dunia atas redha ALLAH.

Tunjukkan bahawa letih kamu dalam medan perjuangan yang ranjau seperti Pak Nasir(Politik Islam Indonesia), Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat( mengatasi kekotoran politik UMNO), Syed Qutb (Syuhada), Zainab, Sheikh Ahmad Yassin, Umar Abdul Aziz, Sheikh Muhammad Abduh dan ramai lagi sehingga mereka tahu kenapa sehingga hari ini pengikutnya masih tersenyum dunia dan akhirat.

Berceritalah wahai pendakwah walaupun ianya hanyalah sekadar diari kecilmu, mungkin tulisan kecil mu menjadi bahan sejarah termahal di masa hadapan kerana berkat tuhan mu melalui mata penamu, ilhammu.. Wallahu'alam..