..:: TIGA TAHUN BERLALU DI UMKL::..



Disini terdapat beberapa gambar program AGM yang berlangsung di Rumah Universiti, UMKL. Terima kasih di ucapkan kepada seluruh keluarga besar PERMANIS UM kuatkan gerak kerja persatuan anak Negeri Sembilan. Jangan lupa "enjoy" kan diri dalam persatuan. Anggaplah berpersatuan ini salah satu jalan yang hidup kita perlu lalui sebelum graduation. Saya pun sudah bakal menghadapi graduation pada bulan 8 ini insyaallah, hanya kertas projek masih ada beberapa bab lagi tak selesai. Dan alhamdulillah saya di murahkan rezeki Allah swt menghadapi dunia pekerjaan sebelum berkonvo " kena minta cuti kerjala masa konvo nanti" insyaallah jika mahu temui saya boleh temui saya di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) di Kampus Pintar, Kelana Jaya. Saya di tugaskan sebagai Assistance Lecturer di sana.

Kepada kepimpinan baru PERMANIS UM galaskan amanah itu sebaik mungkin. Manusia ini tetap jahil dan tak pernah betul dan pengalaman kepimpinan merupakan satu lagi tambahan kamu belajar menerima amanah atas muka bumi ini yang mana makhluk lain menolaknya, tetapi manusia yang bodoh lagi jahil menerimanya, surah al-Ahzab : 72. Dan kerana kita ditakdir menjadi khalifah yang dijadikan Allah, surah al-Baqarah : 30, maka kita kena menggalasnya jika di amanahkan. Semoga berjaya buat kepimpinan PERMANIS UM 2009/2010, Presiden, Zaid Mustaffa, Naib Presiden, Rabiatul Adawiyah anak cik Nor, Bendahari, Aisyah.. Setiausaha Farihah.

-dari saya, ex-Presiden PERMANIS UM 08/09-
Mohammad Farhan bin Ahmad

(Makan malam bersama Prof. Faisal Hj Ali (Dekan Fak. Engineering) aka penasihat PERMANIS UM, kelihatan Naib YDP MPMUM saudara Hafiz Ilyas)



(Ucap Dasar AGM, kelihatan pengerusi tetap AGM08/09 saudara Mohammad Sabri)



(Majlis Tertinggi PERMANIS UM 08/09, kelihatan Jannah, Aisyah dan Adliah)

(Majlis Teringgi baru PERMANIS UM 09/10, kelihatan Zaid, Awi, Farihah dan Aisyah 'kenapa awi macam tak puas hati? ha 'provokasi')

(Gambar kenangan Zaid dan Sabri)
(Gambar Beramai-ramai)


SALAM KELUARGA BESAR PERMANIS.. PERMANIS TETAP DIHATI