Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti


JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti! Sama-sama berhibur sambil berlibur di hujung minggu bersama-sama dengan mak, ayah, isteri, anak-anak, abang, kakak, adik, sanak saudara dan sahabat handai menghadiri karnival yan lengkap dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

*Sila klik dan save poster terbaru ni dan POST ke BLOG masing2! :)
*Jangan lupa hebahkan ke mana-mana forum dan website-website
seperti Friendster, Facebook, Tagged dll.

Alam Mati


Kicauan burung menyanyi mati,
Deruan angin keras membeku,
Alam fauna menguning lalu gering,
Hati raja berdarah lalu pasrah.

Indahnya dunia fatamorgana insan,
Unjuran tuhan jauh dibayangan,
Kapitalis, sosialis, anarkis kiblat utama insan,
Iman raja dicarik halus ditepung syaitan.

Salam alam penuh kesyahduan,
Melihat insan di kotak-kotak persimpangan,
Kebahgiaan sementara menjadi santapan,
Selamat tinggal raja hatiku tiada pilihan.

Farhan al-Gemasi,
9.38 pagi.
12 Desember 2008.
Taman Semarak 2, Nilai N.Sembilan.

Gerakan Anti-PPSMI

Melihat kepada perjalanan sebuah pergerakan yang baru bermula dalam menentang sebuah sistem yang penuh dengan kebejatan nilai-nilai kapitalisme dan sekularisme yang begitu hina ini iaitu isu sistem pendidikan kini yang beterusan mahu mengekalkan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, dilihat mula membangkitkan kemarahan kepada golongan yang sedar doktrin kesan dari kebejatan sistem kapitalisme sebagaimana yang penulis gambarkan dalam penulisan artikel sebelum ini bertajuk "Musim Baru Yang Mencabar".
Penulis yakin golongan sedar ini memahami tekanan Kapitalisme(industri) ke atas medan keilmuaan dalam mencorak sistem pendidikan yang mulai sedikit demi sedikit menghilangkan nilai peradaban peribumi Malaysia. GAPENA pada hemat penulis tidak mampu berbuat apa. Kemampuan yang mampu mereka lakukan pada hemat penulis mereka akan hanya berDEMONTRASI(inilah ciri orang tiada wang! kuasa! dan pengaruh!). Disinilah penulis yakin maksud sebenar demontrasi di mata "si pengalah" mana parti yang mula kalah tidak mampu bertemu dengan mana pemenang di Malaysia atau seluruh dunia akan berDEMONTRASI.


Khir Toyo pun dah pandai dan pakar demontrasi di sekitar Selangor (ciri-ciri orang kalah) mungkin satu hari nanti kalu dia naik jadi MB Selangor semula entah dia faham balik tidak jiwa pendemontrasi ini sebagaimana dia buat tak tahu sahaja ketika meroboh rumah rakyat di kampung-kampung sekitar Selangor dulu ketika beliau menjadi MB dulu. Semua atas tekanan kapitalisme untuk menjadikan SELANGOR MAJU...
Kerana apa pelajar berdemontrasi? kerana mereka tiada hak untuk berunding.. mereka tiada kuasa bertemu, mereka tiada pengaruh dalam KPT(Kemeterian Pengajian Tinggi). Mereka hanya tahap pertengahan. Tapi tidak tahulah satu hari kelak bila mereka mahasiswa jadi pengganti golongan atasan adakah mereka buat-buat tak faham dengan jiwa-jiwa pendemontrasi ini.




Malaysia sebenarnya mula menuju ke dasar Singapura semenjak rombakan idea industri dilancarkan sekitar 1980-an dalam Rancangan Malaysia ke 5. Dengan tekanan KDNK Singapura yang dikatakan memiliki jaringan keyakinan pelaburan tertinggi dengan kewujudan sistem Bahasa Inggeris dalam negara terutama disumbangkan Nanyang University dan National Singapore University. Sistem pendidikan negara jiran itu dilihat lebih maju dan fleksibel dengan dunia di era globalisasi ini. Maka penulis yakin Dr. Mahathir cakap sahaja benci Singapura! sebaliknya sistem tunduk 100% kapitalis kepada Singapura yang bobrok itu.


Atas dasar itu si Mahathir terus menyokong PPMSI dalam sistem pendidikan kini tanpa memikir nasib Bahasa Malaysia ke atas rakyat Malaysia. Kesian BahasaMalaysia sudahla bangsa dia tidak semaju bangsa Jepun, Korea Selatan dan Cina malah tergadai juga bahasa sendiri di bumimu. Negara-negara timur ini tidak pernah pula mangatakan bahasa mereka punca kegagalan menguasai Sains dan Matematik. Sebaliknya Dr. Mahathit sanggup mengatakan untuk menguasai Sains dan Matematik perlu kuasai B. Inggeris. Maka dengan Bahasa Malaysia tak mampu kuasai? Fikir-fikirkan dan renungkanlah. JANGAN MUDAH TUNDUK PADA INDUSTRI(kapitalis)
>>BINALAH EMPAYAR INDUSRI SENDIRI DIBUMIMU>>

SALAM 'AIDILADHA

SALAM AIDILADHA

BUAT SEMUA YANG TELAH BERKORBAN DEMI KEMAJUAN DIRIKU.
YANG TERUTAMA SEGALA PENGORBANAN BESAR AYAH & IBU (AHMAD ABD HAMID DAN RASHIDAH MOHD ARIS) DAN SELURUH KELUARGA....

TIDAK DILUPAKAN JUGA KEPADA PENGORBANAN SELURUH NADI PERJALANAN HIDUPKU TERUTAMA ZAMAN PERJALANAN KANAK-KANAK DAN REMAJA BUAT

#USTAZ ALI MUTANGGALI -GURU MENGAJI (PEMBENTUK AKIDAHKU),
#CIKGU SALMAH-GURU DARJAH 1&2 (IBU SEGALA GURU),
#CIKGU NORHAFIZAH-GURU DARJAH 3 (MENANAMKAN SIFAT JUARA),
#USTAZAH RAJA -GURU TUSYEN B.ARAB (GURU GIGIH UNTUK CUCU2NYA)
#USTAZ SUROL BIN MIRI- EX-PENGETUA SMRA NILAI
(PEMBUKA RUANG PERJALANAN REMAJA),
#USTZ IDRIS-GURU NAHU(MENDISIPLIN DIRIKU)
#USTZ JABR-GURU NUSUS (MENANAM PUJANGGA ARAB DALAM DIRI)
#CIKGU YUNOS-GURU MATEMATIK SPM( MENAJAM PEKIRAANKU)
#CIKGU KAMARUZZAMAN- GURU SEJARAH (PENANAM ASAS ERTI SEJARAH DALAM KEHIDUPANKU)
#USTZH HASHIMAH- GURU TAUHID(PENANAM KELASTARIAN AQIDAH)
#USTZAH MASHITAH-GURU EKONOMI ASAS SPM(MENGAKUI AKU HERO EKONOMI KATANYA)
#USTAZ ALI-EX-MUDIR MAAHAD AHMADI (JIWA AL-QURAN MELALUI B.ARAB)

DAN PALING TERUTAMA DALAM HIDUPKU
*CIKGU SHARIDAH -EX. PEN KANAN GURU BESAR SKDHAM
(GURU YANG LEBIH DARI SEKADAR GURU, IBU KEPADA DIRIKU JUGA SELURUH ADIK BERADIKKU, MENDIDIK DIRI BUKAN SEKADAR PELAJAR DALAM KELAS TETAPI SANGGUP BERKORBAN UNTUK DIRIKU DI LUAR KELAS)

DAN TIDAK DILUPAKAN JUGA KEPADA PENYUMBANG PENGORBANAN PERJALANAN KU KINI DI UNIVERSITI MALAYA
*PROF DR JONI TAMKIN BORHAN(AYAH YG PRIHATIN)
*DR PATMAWATI HJ IBRAHIM (IBU YANG BERDEDIKASI)
*DR ASMAK ABD RAHMAN (IBU PENYAYANG)

*EN AZIZI CHE SEMAN (AYAH YG GIGIH)
*DR. AZAM SULAIMAN( ABG YANG CEKAL)
*EN. TAQIUDDIN MOHAMED (ABG. PENYAYANG)
*PROF MADYA DR.SHUKRI (BAPA FIKRAH KU)
*PROF MADYA DR ISHAK HJ. SULAIMAN(BAPA YG IDEALIS)
*PROF MADYA DR AHMAD ZAKI (BAPA PEMIKIR)
*CIK NORAINI ALI (GURU YG BERDEDIKASI)
*PROF FAISAL-DEKAN FAKS ENJIN(PENASIHAT TERBAIK)
dan ramai lagi.......................

BEGITU JUGA INDIVIDU MAHUPUN KUMPULAN YANG PERNAH HADIR DALAM HIDUPKU YANG SANGGUP MENGORBANKAN DIRINYA UNTUK SUMBANGAN PERJALANAN HIDUPKU YANG SEMENTARA.

JASAMU TIDAK DAPATKU BALAS DENGAN HANYALAH KEMAMPUANKU UNTUK BERKORBAN DEMI GENARASI SETERUSNYA....

::: KEHIDUPAN HANYALAH PERJALANAN SEMENTARA :::

Kebenaran "Islamic Economic Recycles" Kitaran Ekonomi Islam(syariah) di Era Krisis Kewangan Global

Di era permulaan perkembangan Islam, Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya "Janganlah kamu tinggal 2 perkara, maka sesekali kamu tidak akan tersesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah". Ketika mana kegoncangan sistem yang dikatakan telus dan peradaban kini iaitu kapitalis dan sosialis, masyarakat sukar sekali memurnikan hati-hati mereka untuk menerima nilai Islam sebagai wadah dan idea buat pemikir kini.

(sistem ekonomi Dunia yang tidak pernah adil dapat dilihat dari indeks kemiskinan dunia)

Ketaksuban dan kejumudan dengan nilai kapitalis dan sosialis sebagai 2 momentum utama sistem hari ini sebagai idea terbaik menempelak idea Islam sebagai fitnah teokrasi dan jumud dalam pengertian mereka sendiri, mula menampakkan kesan bila mana 2 sistem itu telah menelan dosa-dosa dan kerakusan kemanusian yang cetek dan lemah akal mereka. Pasaran ekonomi dipenuhi riba, bunga, penindasan golongan miskin dan mengiktiraf kerakusan kemanusiaan dalam relung kapitalis ataupun pasaran ekonomi dipenuhi ketamakan golongan pemerintah, hilang nilai demokrasi hakiki, ketidakadilan kesan salah faham erti keadilan sebagaimana berlaku dalam relung sosialis telah menyebabkan 2 sistem ini sudah menapakkan titik hitam dalam masyarakat yang suka mengamal cara hidup ini ataupun terpaksa mengikut sistem ini.

(ekonomi USA dalam kritikal)

Kini sudah tiba masanya mereka lihat kembali apa mereka perkata tentang dunia, betapa besar kekuasaan Allah swt bila mana manusia lari dari sistem ini. Perjalan hidup kita yang singkat ini mula sia-sia bila mengetahui kita sudah lama beriman dengan sistem-sistem gagal ini. Blok dunia Islam yang buta di era 70-an hingga ke zaman ini terus di butakan dengan jatuh bangun sosialis dan kapitalis semenjak kejatuhan empayar Seviot Union kemudian pengaruh blok sosialis semakin lapuk dihakis zaman bila mana ia hanya tinggal nilai ilmiah yang sia-sia, malah praktikalnya sudah seabad berlalu. Negara blok komunis tidak pernah menunjukkan pembangunan indeks kemanusiaan yang baik seperti Cuba, Vanuzuela malah negara Rusia yang memiliki keluasan komoditi besar sehingga berkedudukan negara veto dalam sidang PBB, juga memiliki indeks kemanusiaan yang rendah boleh lihat indeks kemanusiaan di web UNDP.

(adakah cukup pembangunan ekonomi dari sudut fizikal tanpa indeks pembangunan manusia?)

Atas dasar kejatuhan nilai sosialis, kini dalam dekad 80-an mula menampakkan golongan firma dalam sistem kapitalis mula menampakkan kejayaan idea mereka melalui bapa moden mereka Adam Smith dengan karyanya "Well of Nations". Perubahan kapitalis telah berkembang pesat semenjak kebangkitan negara 'Uncle Sam' selepas Perang Dunia Kedua. Di era ini melihat keteguhan negara kapitalis dengan aset dalam negara tinggi seperti USA, Jepun, Kanada, Perancis, Britian yang bersujud kepada kapitalis telah merubah pola demografi dunia dengan pertumbuhan kilang-kilang ataupun firma yang berisiko tinggi pengurusan mereka sehingga menerujakan negara kita sendiri Malaysia dan serantau, bilamana dasar kerajaan dalam dekad 80-an yang mula mementingkan nilai buruh dalam produktiviti dengan kewujudan peluang pekerjaan pelbagai ;

"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, agar mereka mengetahuinya."

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)

Inilah petunjuk awal pemahaman kitaran ekonomi, Allah swt Maha Mengetahui. Kini ekonomi dunia menuju satu lagi tahap resesi perkiraan 7 tahun dilihat secara empirikal semenjak lepas Perang Dunia Kedua. Kebobrokan sistem perbankan kini menjadi isu besar dalam negara besar seperti Amerika Syarikat sehingga perlaksanaan "bailout" dilaksanakan dalam kehancuran sistem kapitalis itu. Mungkin tahap kejatuhan ekonomi kini adalah terbesar dalam sejarah berbanding tahun 1997,1986,1977 dan sebelumnya.

Pada pendapat penulis kebenaran surah Yusof ini memiliki tanda mukjizat Al-Quran itu sendiri iaitu cerita kisah sebelum(peristiwa silam) penurunan Al-Quran dan juga selepasnya(peristiwa masa hadapan). Penafsiran maksud 7 musim ini memiliki nilai empirakalnya dalam mengaitkan antara peristiwa kerosakan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Walaubagaimanapun ada setengah pengkaji mahupun ahli tafsir masih mampu membuka ruang perbincangan dalam menafikan maksud sebenar surah Yusof, ada sesetengah masih beranggapan peristiwa ekonomi sukar di ukur dari sudut empirakalnya. Pembuktian tempoh surut ekonomi selama 7 musim itu sukar diertikan secara fakta dengan tepat.

Melihat kepada senario penciptaan tawarikh(kelander) itu sendiri menurut Prof. Madya Ahmad Zaki dari Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. Beliau menyatakan penciptaan tarikh itu sebenarnya berkait rapat dengan peristiwa agihan fiskal(agihan pendapatan negara-belanjawan) yang wujud terhadap tamadun yang telah mencapai keunggulan dalam sistem pentadbiran mereka sama ada sistem pendidikan, saliran, kehakiman, kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain. Ini terjadi terhadap Tamadun Rom dengan hasilnya tercipta kalendar Masihi yang bersandarkan pusingan matahari demi memastikan kelancaran kutipan cukai terhadap agihan dan belanjawan negara untuk melakukan aliran pusingan fiskal ekonomi dalam sesebuah negara.

Perkara ini berlaku dalam Tamadun Islam, hakikat kewujudan tarikh Islam itu ramai yang tidak menyedari ia bukanlah diaplikasi secara sistematik selepas penghijrahan Nabi saw ke Madinah itu. Sebaliknya aplikasi secara praktikal sistem tarikh Islam itu bermula di zaman Khalifah Umar Al-Khattab yang mula memikirkan idea baru dalam mengurus masalah aliran fiskal seperti zakat, cukai, kharaj, ghanimah di Baitul-Mal(ibarat Bank Negara atau Kementerian Perbandaharaan Negara) yang memerlukan kepada sesuatu sukatan demi memastikan keadilan dalam pengagihan dan perberlanjaan sumber dalam wilayah Islam berlaku.

Kewujudan dewan jundi dan pelbagai sistem dalam zaman Umar Al-Khattab mendambakan satu kiraan yang tepat dalam mengumpul dan mengagih. Maka majlis syura yang dibentuk dalam sistem negara Islam(Daulah Islamiyah) telah bersidang memikir akan kewujudan makanisme yang seseuai dalam menyelesai masalah tersebut maka salah seorang ahli syura mencadang aplikasi dalam Tamadun Rom itu, maka akhirnya ia dipersetujui dan ahli syura mencadangkan kiraannya di kira dari tempoh permulaan perkembangan negara Islam. Maka lahirlah tarikh Islami itu dan seterusnya.


Maka jelas disini penceritaan kisah Nabi Yusof ini secara empirakalnya dengan menyatakan 7 musim sebagai 7 tahun ataupun 7 purnama dan sebagainya adalah kurang tepat untuk dikaitkan dengan kejadian 7 musim, kerana masyarakat sebelum hijrah atau masihi lebih mengaitkan sesebuah peristiwa dalam menggambarkan umur atau usia seseorang tiada tarikh yang tepat seperti kini dalam menggambarkan tarikh lahir seseorang itu. Tahun gajah contohnya yang dikaitkan dengan peristiwa tentera bergajah yang berlaku selari dengan peristiwa kelahiran nabi ataupun tahun kematian Saidatina Khadijah dan bapa saudara Nabi saw digambarkan dengan tahun kesedihan. Ia lebih bersifat perkaitan sesuatu peristiwa tanpa mekanisme bersifat empirikal.

Maka pada pandangan penulis surah Yusof ini tafsirannya lebih dilihat dari segi konsep manusia dalam mengurus sumber dana dan rezeki pemberian tuhan dan pengurusannya itu lebih bersifat jangka panjang atau pendek dalam menghadapi pasang surut kekukuhan ekonomi manusia di atas muka bumi ini. Pemahaman dalam surah Yusof itu seharusnya di datangi kepada cara kita membelanja dan mengurus dana sedia ada. Ingatlah pengertian surah ini, firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 40-41 :

"Allah jualah yang mencipta kamu, kemudian dia memberi rezeki kepada kamu, sesudah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah antara apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu dapat berbuat sesuatu daripada segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan (dengan-Nya)" .

"Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali(insaf dan taubat)".


Daripada surah ini kita perlu memahami kekuasan dan pemilik sebenar rezeki dan sebab mengapa dan kenapa situasi ekonomi yang berlaku hari ini bukan takdir semata-mata tetapi hakikat yang lebih besar tangan manusia itu sendiri yang menjadi faktor resesi(kejatuhan ekonomi) kini. Mahupun faktor pertumbuhan semuanya atas tangan-tangan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi dan pengurus alam dan Allah jualah sebaik-baik pemberi rezeki. Berimanlah dengan perkara ini agar kita mula membina momentum pemikiran ekonomi Islam tanpa perlu berkiblat kepada kapitalis mahupun sosialis. Walaupun ia masih diperingkat teori namun di sinilah segalanya bermula untuk kita sesuaikan dengan situasi semasa demi meletakkan sistem ekonomi Islam di tempat sepatutnya.

Dalam sejarah ekonomi sendiri, ternyata krisis ekonomi kini sering terjadi di semua negara yang sama ada terserap sepenuhnya dengan sistem kepatalis atau tidak sepenuhnya. Krisis demi krisis ekonomi terus berulang tanpa henti, sejak tahun 1923, 1930, 1940, 1970, 1980, 1990 dan 1998-2001 bahkan ia dilihat semakin teruk kerana serangan krisis pusingan ekonomi mula melanda negara besar yang pendapatan dalam negaranya mencecah trillon seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

(Lihat penyenaraian kapitlisme dan sosialisme dalam kesan mereka terhadap KDNK mereka, sejauh mana keadilan mereka terhadap bumi ini?)

Nampaknya kelihatan keruntuhan sistem kapitalis umpama diberi petunjuk jalan keluarnya oleh faktor-faktor kegagalan yang telah banyak dibuktikan kini. Pandangan ahli ekonomi Islam seperti Umer Chapra dalam buku beliau Cabaran Ekonomi dalam Dunia Islam menyatakan pokok utama adalah kebengkakan yang wujud akibat tangan manusia yang menyebabkan kerosakan dan tidak melihat faktor berleluasa amalan Riba yang diharamkan dalam Islam yang terus bermain di pasaran sebagai punca utama. Islam sangat mencela transaksi derivatif ribawi dan menghalalkan transaksi realiti (seperti barang komiditi-nampak). Hal ini dengan tegas difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah : 275 : Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

(ekonomi Cina juga mengalami resesi yang teruk kesan krisis ekonomi global, tidakkah kamu berasa pincang setelah perutmu dipenuhi dengan keuntungan kamu mula mengalami tekanan kerana ujian sedikit atas riba yang kamu agungkan)

Perihal masalah pasaran derivatif(hadapan) dan semasa komiditi(realiti) akan penulis bincang melalui artikel lain. Penulis melihat akibat penglibatan operasi pasaran dunia dalam pasaran derivatif yang dipenuhi riba ini dimana ia amat jauh dari amalan jual-beli yang diluluskan syarak mula melihatkan kepada situasi kini dimana negara-negara yang memiliki komoditi sahaja mampu bertahan dengan krisis ekonomi kini. Melihat satu keputusan dari bank dunia jelas penglibatan pasaran dunia terhadap pasaran maya (derivatif) ini mencecah sehingga 95% berbanding 5% dalam pasaran realiti (komoditi).

Menurut analisis lain, perincian data sebenar lebih membimbangkan ia tidak bernisbah 95:5 sebaliknya ukuran penglibatan pasaran dunia mencecah 91:1. Analisis Agustianto di sebuah seminar Nasional tahun 2007 di UIN Jakarta, disebutkan bahawa jumlah transaksi di pasaran wang (currency speculation and derivative market) dunia adalah sebanyak US$ 1.5 trillion hanya dalam sehari, sedangkan jumlah transaksi pada perdagangan dunia di dalam sektor realiti(komiditi) hanya US$ 6 trillion setiap tahun. Nisbahnye jelas 500:6 pertahun. Jadi ia bergerak dalam sekitar 1 %. Menambah buruk lagi hanya 45 % dari transaksi di pasaran spot(segera), selebihnya adalah forward, futures dan opsyen.

(Lihatlah sejauh mana pasaran riba itu mampu menampung golongan kaya bila sumber bumi ini tidak mampu diisi pada setiap golongan manusia oleh pemimpin mereka)

Jelasnya penulis melihat pengulangan sejarah krisis putaran ekonomi sebenarnya tidak dapat di elakkan. Ia tetap akan berlaku walaupun riba dihapuskan sama sekali. Penulis dengan pemikiran dan ilham yang cetek merasakan hakikat sebenar putaran ekonomi ini bukanlan berkaitan dengan kepercayaan hukum karma iaitu putaran roda kehidupan seperti di gambarkan Gautama Buddha dalam ajarannya. Sebaliknya beriman dengan ayat Al-Quran yang menyatakan perlakuan dan pengurusan manusia yang secara tidak sedar bersatu dalam membentuk kesatuan manusia dalam menjamin sistem pertahanan dan makanan demi jambatan dunia yang sementera ini menjelaskan akan kebijaksanaan manusia bila mana mereka diuji Allah swt.


Ibn Khaldun banyak menjelaskan perlakuan manusia ke atas pasaran dan beliau melihat ketidakjujuran pasaran yang bermatlamatkan keuntungan dan kurang penekanan terhadap nilai-nilai Islam dalam pasaran dan konsep agihan yang telus menyebabkan kebobrokan pasaran di waktu genting begini. Ia menyedarkan kita betapa di waktu ampuh jangan mimpikan Allah swt akan membantu kita akibatkan tangan-tangan kita yang tidak mengikut lunasnya dalam mengerjakan sumbernya di bumi ini. Peranan pemimpin dalam mencorak ekonomi dan keadilan menjadi tanggungjawab mereka dalam mendidik pasaran ke arah pasaran yang lebih adil dan tidak bersifat keuntungan semata-mata. Penulis yakin pengurusan ekonomi yang cekap sahaja mampu menghadapi krisis ekonomi yang beraku sebagaimana digambarkan oleh surah Yusof yang penulis nyatakan sebelum ini. Wallahu'alam...