Objektif(Maqasid) Islam dlm. Gerakan Dakwah (siri 1)


" Setiap kebaikan yang ingin diserap(digarap) oleh syarak dan setiap keburukan yang ingin dijauhi oleh syarak adalah berdasarkan kepada asas bahawa kehidupan dunia adalah kesinambungan dengan kehidupan akhirat. Ia bukan semata-mata berdasarkan hawa nafsu dalam apa juga kebaikan yang digarap dan apa juga keburukan yang dijauhi". kata Imam As-Shatibi..

Menurut As-Shatibi lagi dalam kitab masyhur beliau dalam dunia cendiakawan Islam, al-Muwafaqat : "Baik dan buruk di akhirat lebih utama untuk diambil kira berbanding baik dan buruk di dunia, soal ini di sepakati ulamak. Tidak harus (Haram) sama sekali kebaikan di dunia diutamakan sehingga membelakangkan kebaikan di akhirat. Sebagaimana yang dimaklumi, apa sahaja perkara yang membelakangkan kebaikan di akhirat adalah bercanggah dengan kehendak Allah dan ini adalah satu kesalahan".

Begitulah yang digambarkan As-Shatibi dan menjadi hujah buat Dr. Abdul Karim Zaidan dalam memperhalusi lagi buat para pendakwah dalam menggerakkan Islam untuk mengeluarkan sesuatu keputusan dalam gerak kerja dakwah sebagaimana digambarkan beliau dalam bukunya 'Usul al-Dakwah'.

Penulis memperhalusi kitab beliau secara literal melihat salah satu tajuk yang boleh dikira nadi kunci buat buku beliau. Begitu juga kitab-kitab fiqh terkemuka banyak menceritakan baik dan buruk dalam satu tindakan bergantung kepada syariat besar. Kitab seperti Usul al-ahkam fi usulil-ahkam, al-muwafaqat, nayl al-awtar dan kitab-kitab fiqh seumpamanya banyak mengajar erti sesebuah hukum dikeluarkan dengan kehadiran aspek yang bersesuai(pembolehubah).

Sering masyarakat persoalkan adakah Al-Quran merangkumi semua aspek,? Jawapannya sudah tentulah YA!! hatta orang yang tak mengaji pun dek kerana dakyah fahaman 'ikut-ikut' pun boleh bagi hujah tambahan lagi, jika tak dapat di Al-Quran, Hadith pula menjadi petunjuk. Tapi macam mana jika kedua-duanya tak mampu?(hakikatnya secara kajian ia merangkumi semua aspek). Inilah kita gagal lihat kerana praktikalnya belum ada pada mana-mana negara di dunia.

Inilah disiplin ilmu yang kita perlu pelajari selaku penggerak medan dakwah. Dalam hal ini 'PROTAZ' (profesional ustaz) kena berhati-hati dalam hal ini. Kenapa penulis berkata begitu? Kerana semangat untuk gerakkan Islam tak cukup sempurna jika tidak disenergikan pengetahuan displin ilmu Islam yang bersifat teras. Ingat kehidupan muslim digerakkan 2 perkara Al-Quran dan Hadith yang mana keduanya menyentuh disiplin ilmu syariah dan usuluddin sebagai ramuan utama, kemudian barulah di lazatkan keupayaan memahami ilmu Allah yang menjadi wasilah dalam kehidupan di dunia seperti ilmu Muzik, Perubatan, Kejuruteraan, Sains dan lain-lain lagi. Sesungguhnya penulis amat tertarik dengan satu pembentangan MT JIM(Jemaah Islah Malaysia) salah satu badan bukan kerajaan (NGO )Islam di Malaysia menyatakan It's all about Syariah.

Namun kisah ini berlainan, bukan bermakna syariah itu meninggalkan usuluddin itu 100 peratus malah usuluddin itu menjadi tunjang kebolehjadian syariah itu. Jawapan jika sesebuah keputusan baik dan buruk itu andai tiada jawapannya dalam Al-Quran dan Hadith bagaimana kita mahu lakukan keputusan dan pengeluaran hukum yang tepat? kita sebenarnya memerlukan pemahaman yang sangat mendalam tentang kehendak al-Quran melalui disiplin ilmu syariah yang di susun oleh ulama terkenal dahulu yang hidup mereka yang 100 peratus meletakkan diri dalam perkembangan ilmu Islam secara meluas, mengkaji sejarah mereka sudah cukup membuat kita memahami kenapa karya mereka bernilai beratus ribu tahun, tidak perlulah penulis mengulas tentang sejarah ulamak terdahulu. Berbanding ulamak agama lain karya mereka makin luput dek telan zaman dengan karya ortodoks mereka. Karyawan Islam karyanya tidak pernah bersifat ortodoks selagi mana karya mereka hasil dari pemahaman tulen dari karya mukjizat agung sepanjang zaman iaitu al-Quran al-Karim selagi itu karya mereka terkesan hingga ke hari ini.


Disinilah komentar penulis cuba perhalusi, ilmu Usuluddin secara asas pengetahuan penulis ia memerlukan momentem yang lebih menjurus psikologikal secara jiwa serta pemahaman atas alam ini. Usuluddin dalam pemahaman penulis masih dalam kerangka kajian yang mendatangkan keyakinan, kefahaman dan pokoknya keimanan. Menurut pemahaman penulis yang serba kekurangan, akidah ia datang dengan keraguan dan didatangkan kemudian keyakinan setelah bukti-bukti keraguan itu terhapus. Malahan pusingan kehidupan yang menganggumkan ini menjadi bukti lagi mengapa Usuluddin itu dekat psikologi sains dan juga psikologi tubuh badan manusia itu. Berbanding syariat ia lebih kaedah logik secara teori dan aplikasinya dengan melihat kepada dalil dan perilaku manusia dalam membuat keputusan yang benar-benar tepat. Kerana itu kita melihat disiplin ilmu ijtihad seperti al-Qiyas, al-Urf wa al-Maslahah, Maslahah mursalah, Istihsan terhasil yang mana semuanya datang dari Imam besar seperti as-Syafie, Malik, Hanafi, Hambali, Az-Zahiri, Ibn Taimyah dan ramai lagi. bersambung.....

Bagaimana Negaraku...???


Malaysia, sebuah negara yang kecil cukup untuk menempatkan masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan juga memiliki pelbagai budaya warisan serta sejarah yang unik dan tersendiri. Seharusnya rakyat dan segala isinya merasa bangga dengan apa yang ada disekeliling sekitar mereka, semuanya tanda syukur kita selaku manusia yang tahu erti kesederhanaan dalam kehidupan. Sederhana bukan bererti kejayaan yang dihasilkan sederhana dan tidak mampu menyaingi langsung mana-mana kumpulan(negara).

Selepas pilihanraya 8 Mac lalu, sedar tidak sedar hampir 100 hari sebuah pertubuhan seperti parti politik mahupun badan kerajaan di setiap negeri menukilkan hasil perancangan peringkat awal pentadbiran. Teringat dan terkenang saat Pak Lah dan barisan kabinetnya yang berjaya menguasai Dewan Parlimen dengan majoriti selesa 2/3 pada pilihanraya 2004 dahulu. Pasca pilihanraya ke-11 dahulu penuh dengan momentem pelbagai dari sudut keperibadiannya, nilai janji indah, pembangunan rohani ditaburkan.

Saat itu juga "Tok Dek" Tun Dr. Mahathir meletak jawatan dan diganti dengan timbalan beliau ketika itu "Pak Lah" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kemunculan beliau sebagai kepimpinan UMNO yang baru dan berlatarbelakangkan kesucian agama dan semangat roh Islam ketika itu menggoncangkan kepimpinan ulama PAS di bumi serambi Makah. Jiwa rakyat Kelantan mula berbelah bahagi ketika itu. Laungan Islam Hadhari bergema di seluruh rantau 14 negeri. Malahan tanda-tanda kejatuhan kepimpinan PAS mula dirasai di Kelantan apabila sidang DUN Negeri Kelantan sentiasa gamat kesan kemenangan PAS hanya berbeza 1 kerusi sahaja hatta Tok Guru yang dilihat mulia keperibadiannya itu dipandang hina melalui serangan barisan ketumbukan Anuar Musa dan Mustapha Mohammad.

Kerana kesabaran mungkin, ia menjadikan kunci Tok Guru Nik Aziz yang menyebabkan caci maki itu sering berubah menjadi nasihat sesama manusia. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pula, merupakan nama perintis reformis 1999 yang menjadi simbol perubahan pada tahun yang sama, bagai hidup segan, mati tak mahu apabila PRU menjelang pada tahun 2004 ketika pasca piliharaya ke 11 berlaku. Sehingga ramai penganalisis politik hampir setuju mengatakan DSAI itu tidak relevan lagi dalam suasana politik tanah air ketika itu dan menganggap PKR(Parti Keadilan Rakyat) akan menerima nasib sama seperti Semangat 46 dibawah kepimpinan Rais Yatim satu ketika dahulu apabila Semangat 46 menanggotai UMNO semula.

Persoalan pasti timbul? Lihat tarikh kini sejurus tamat pasca pilihanraya ke-12 dalam tahun ini. Keputusan dan implikasinya sangat berbeza dirasai oleh kita selaku warga Malaysia. Angin perubahan sangat terasa, tutur cara kini dan kronologi berubah dalam pukalan yang sangat besar perbezaannya. Apa yang terjadi? Fikirkan semula apa yang berlaku selepas 100 hari kepimpinan Pak Lah pada pasca pilihanraya ke-11.




Rentetan kronologi dari tarikh itu menjadi duri dalam daging serta jawapan kenapa hari ini hasilnya begini. Angkuh? uuu.. Lupa diri? Terlalu yakin?.. Pelbagai andaian dilontarkan. Apapun penulis melihat dari faktor 100 hari ini menjadi penentu hala tuju tempoh kepimpinan 5 tahun yang di gelar tsunami kepimpinan negara ketika ini. Tidak perlulah diceritakan dan ditimbulkan kes rasuah, kroni Pak Lah, kelemahan institusi kehakiman yang di cucuk DSAI secara halus untuk membersihkan dirinya secara tidak rasmi dengan kebobrokan sistem kehakiman yang dikatakan memfitnah beliau di bawah jari V K Linggam ketika beliau memegang Timbalan Perdana Menteri. Juga serangan Dr. Mahathir keatas keperibadian Pak Lah sehingga Pak Lah yang di kenali Menteri yang sukar mencaci lawan tidak dapat menahan keceluparan Dr. Mahathir. Melihat faktor kejatuhan pak lah ini tidak perlulah di cerita, di ulas lagi. Begitu ramai lagi rakyat Malaysia yang terlebih prihatin dengan isu semasa ini telah menghentam atau mengupas secari terbukti atau rekaan melalui akhbar dan saluran media yang pelbagai.

Begitu juga cerita-cerita politik yang ditimbulkan parti BN dan Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 dengan isu-isu seperti ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh UMNO parti yang digelar pejuang Melayu sejati, projek khinzir raks asa(PKR) yang digelar Khairy Jamaluddin BN Rembau dan di ubah nama sedikit oleh Mahfuz Omar PAS Pokok Sena sebagai projek Babi Negara( P..BN) di Dewan Rakyat. Lucu sekali orang-orang politik bila bermain hujah dan bertengkar. Walaupunbegitu, secara peribadi, penulis takkan peduli situasi kata-mengata dan serang menyerang untuk memujuk rakyat yang mungkin ahli politik ini anggap kita rakyat ini bodoh. Apa yang mahu dilihat oleh mata rakyat adalah satu sahaja, kepimpinan yang dipilih itu mesti membangunkan negara!!.


Pada pandangan penulis belum sampai 100 hari kepimpinan negara selepas PRU 12. Malaysia ibarat memiliki pemimpin(menteri) yang sangat dikagumi. Berbanding dahulu selapas BN menguasai 2/3 majoriti pada PRU 11. Adakah kita perasan wakil-wakil suara kita lebih banyak bercakap " Kita akan......" , ayat-ayat hampir beribu kali umpama ini seolah-olah membenarkan pepatah jenaka ikan siakap ikan senohong , menteri cakap, sentiasa berbohong.

Kini adakah kita sedar, menteri-menterinya dah mula bicara " Kita sudah....", perasan atau tidak pekakah kita dengan hal ini. Mungkin ada benarnya ayat bahasa Tamil yang menjadi senjata DSAI "makkal sakhti" suara rakyat itu menjadi tanda rakyat suruh buat kerja, bukan tidur. Teringat seorang sahabat dari UIA, mahasiswi jurusan undang-undang mengatakan pak lah kuat tidur, ketika kami berbual sejarah kewangan Islam yang melibatkan beberapa tokoh-tokoh politik terkemuka yang mencetus Sistem Kewangan Islam dalam tahun 1983 ketika Bank Islam ditubuhkan seperti Tun Mahathir, DSAI, Tan Sri Mohamed Yackob (Menteri Kewangan Ke 2 kini) dll.

Apapun bukan salah Pak Lah pun,berbanding Dr. Mahathir dan Pak Lah. Pak Lah lagi baik, tapi Dr. Mahathir orangnya licik. Kerana itu sukar orang lain menjatuhkan beliau, melainkan beliau letak jawatan secara rela. Orang politiklah katakan. DSAI memang pemimpin yang sukar diramal gerak dan ideanya. Orang melihat dia 'public figure' yang luarbiasa pidatonya, tindakannya, ideologinya, ketabahannya, mungkin kerana ini dia masih relevan pada PRU 12. Kemunculannya semula dengan kejayaan tersendiri menggoncang UMNO kerana pengikutnya bagi penulis bagai pengikut Malcolm X, bergadai demi ideologi yang satu.

Apapun itulah godaan dunia yang didatangkan cabaran oleh Allah swt. Kita tidak tahu golongan mana yang sebenarnya membawa kebenaran, walaupun ideologi PAS ini murni kerana tetap berpegang pada Islam tanpa ada ideologi yang lain(ideologi tidak popular di Malaysia) menyebabkan majlis syura PAS sepakat menggunakan kata kunci "keadilan" demi membuang dan menyerang fahaman racist (bangsa) bawaan UMNO ditukar ke fahaman akidah sebagaimana kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Apapun kenyataan Datuk Ahmad Puhad Zarkhasi (BN Batu Pahat) mungkin ada betul juga dengan menafikan kenyataan Presiden PAS iu, tapi persoalannya berapa ramai berfikiran seperti beliau yang mengatakan "UMNO bukanlah perjuangkan bangsa Melayu sebagaimana perjuangan bangsa yang dibawa oleh Israel yang menyatakan bangsa lain adalah hamba dan hina. Agama Yahudi untuk bangsa Yahudi". Kenyataan beliau menarik tapi kita tak sedar tindakan Melayu kini bagai menganggap Islam milik Melayu, tengok sahaja undang-undang, tengok sahaja sikap Melayu Islam dalam mengurus bangsa lain yang masuk Islam, banyak perkara perlu dipersoal, maka mana bukti ayat indah yang mampu diterjemah dalam bentuk tindakan.

Jujur penulis memilih ideologi PAS ini yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith, tiada kompromi buat perjuangan mana-mana bangsa, perjuangan bangsa Melayu,bangsa Cina, bangsa India atau mana-mana etnik tiada dalam kamus gerakan ideologi perjuangan Islam yang dibawa Rasulullah sejak berzaman, kisah bangsa Quraisyh di Thaif adalah jawapan panduan jalan perjuangan Muslim dalam menggerakkan masyarakat. Jesteru andai ideologi ini dikhianati Majlis Tertinggi PAS, seharusnya tinggalkan sahaja mereka, kerana cintakan dunia itu buruk padahnya.

Titik pentingnya, penulis seronok melihat situasi Malaysia kini kerajaan kepimpinan kali ini berusaha bersungguh-sungguh. "Rupanya kita dapat lihat kerja Menteri ini banyak rupanya sejak PRU 12 ini tamat", celah rakan dari USIM. Penulis mengusik lagi, "Maksudnya Menteri tidak ada kerja ke sebelum ini? atau tak buat kerja sebelum ini?". Rasanya tidak kiralah siapa menang kerajaan atau pembangkang yang menang. Pentingnya jangan bagi semuanya kepada mana-mana pihak. Kerana ia tidak menguntungkan rakyat, lihatlah Malaysia mula stabil. Unjuran positif mula kelihatan dengan dalam pelbagai sektor. Kita kena pastikan mereka saling mengkritik untuk memastikan kerja jalan dan bagus. Mungkin benar kata pepatah " kawan yang paling baik adalah musuh yang sering menyerang itu.."


Semoga Malaysia aman, cemerlang, gemilang, terbilang. Walaupun kita berbeda ideologi politik bukan itu menjadi tiket kita menjual negara. Bukan juga tiket untuk kita berpaling dan bermasam muka, lemparkan senyuman tanda dakwah sebagai Muslim berterusan. Pastikan setiap sudut bahagia tanpa nilai RACIST yang merbahaya. Akan datang Hari Kiamat yang mana akhir zaman itu hanya muslim yang benar-benar taat kepada 2 perkara Al-Quran dan Al-Hadith dari dajjal yang bijak bicaranya, cergas dan pintar orangnya, pesona personalitinya.. Mungkin dajjal itu bukan makhluk, mungkin sikap? Artis? Personaliti TV? Ahli Sukan? Ahli Politik?Fikirkanlah.... wallahua'alam