Anda Selaku Muslim(Pengamal Ekonomi Islam)




Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Riwayat al-Bukhari).

Dalam Ekonomi Islam antara teras utama dalam mengaplikasikan pertumbuhan ekonomi adalah keadilan begitulah menurut Dr. AbdulHassan Muhammad Sadeq dalam buku beliau Pembangunan Ekonomi Dalam Islam. Selaku pengamal ekonomi Islam dalam menangani masalah kenaikan harga barangan ini akibat tekanan harga minyak amat memerlukan pendekatan pemahaman makroekonomi berbanding kerangka mikro. Kerana dalam hal ini, banyak isu yang disentuh adalah input-input atau indeks-indeks yang memberi kesan dalam makroekonomi antaranya perbelanjaan, belanjawan, inflasi, pengangguran, KDNK dan lain-lain lagi yang banyak sebenarnya menyentuh tingkat harga barang itu sendiri dan perihal pendapatboleh guna rakyat dalam mempengaruhi pasaran.


Namun pokok utama persoalan yang penting menjadi titik tolak dalam memacu ekonomi Islam yang menjadi agen utama penstabil dalam keruncingan ekonomi semenjak kanaikan minyak yang mendadak dalam ekonomi Malaysia ini semenjak pengumuman kerajaan baru-baru ini, minyak saban tahun naik tahun demi tahun tanpa henti cuma apa yang berlaku agak memeranjatkan dengan kenaikan harga mendadak mencecah RM 0.78 seliter berbanding tahun sebelumnya lihat dibawah ;


Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.1
0 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)


Tidak perlulah disini persoalkan sebab dan turun naik minyak sama ada dari segi faktor spekulatif mahupun dari sudut geografi atau pengurusan kos sebanyak USD 7-9 billion bagi cari gali di lautan sebagaimana kenyataan Tan Sri Hassan Merican baru-baru ini. Petronas di serang bertubi-tubi namun hakikatnya pengurusan ekonomi ini, polisi dan dasarnya terletak dipundak kepimpinan dalam sesebuah negara dalam merangka pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dengan perancangan yang disusun EPU(Unit Perancang Ekonomi) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya posisi inilah harus dimeterai, dijana, dan disentuh. Kerana kerangka makroekonomi terbina dari dasar yang dirancang disana. Pengamal ekonomi Islam seharusnya berjuang untuk membentuk sesuatu yang lebih kondusif, logikal dan sederahana.

Firman Allah bermaksud:"...mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak (terlalu) berlebih-lebihan dan tidak (pula terlalu) bakhil (kedekut); dan adalah (perbelanjaan yang baik itu) di antara kedua-duanya (boros dan bakhil)." (Surah al-Furqan, ayat 67).


Dari sudut makro seharusnya 3 indeks utama perlu dipacu dalam menggerak nilai tambah permasalahan barangan berangkai yang terus meningkat seperti gandum, susu, barang pasar dan lain-lain(kecuali beras kerana diberi subsidi dibawah peruntukan sekuriti makanan) yang terkesan akibat kenaikan harga minyak ini. Pertama, pertumbuhan ekonomi yang Islam menggalakkan pertumbuhan galakan bersifat asas Islam yang mana bersifat kebajikan manusia sejagat sebagai keutamaan 'perioti' dari pertumbuhan bersifat pengumpulan harta sebagai tujuan. Pertumbuhan banyak disokong oleh sumber-sumber yang seharusnya difahami bukan petrol sahaja mampu mempengaruhi ekonomi dalam Islam. Benar petoleum ibarat emas hitam kini.

Firman Allah; "Dialah menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) serta diturun-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki buatmu..." (Surah al-Baqarah, ayat 22)

Jelas Islam menjelaskan pengursan sumber d
an kajian ilmu saintifik perlu dalam menghidupkan kekuhan ekonomi. Baru-baru ini jelas ilmu itu luas bidangnya bila ada insan dari Johor yang merupakan sainstis berjaya lagi menyelongkar rahsia alam dengan menyatukan beberapa molekul antara air dan petroleum, ini merupakan satu lagi kuasa sumber alam yang tidak pernah terhad menurut teori asas dalam ekonomi Islam. Jadi seharusnya kerajaan pacu dan perkasakan tahap perundangan dan teknologi pertanian, dan pengurusan sumber yang lain selain teknologi bahan api. Terutamanya dalam pengurusan tanah jangan dibiar terbiar dan tidak memberi pulangan produktif dalam ekonomi.




Kedua, inilah seharusnya menjadi nadi perbincangan pengamal ekonomi Islam kini. Jikalau pertama tadi banyak tekanan atas prospek pengurusan sumber yang seharusnya efektif dan keyakinan kepada ekonomi Islam ke atas pemahan tinggi kepada al-Quran dan al-Hadith. Kini nadi di sini adalah keadilan sebagai teras dalam melaksanakan agihan dalam aliran pusingan ekonomi sama ada dari sudut fiskal mahupun wang.

Firman Allah ;"... supaya harta itu tidak
hanya beredar di kalangan orang kaya sahaja dikalangan kamu.." (Surah al-Hasyr, ayat 7) Konteks ayat ini sudah cukup difahami rasanya dalam indeks kedua ini, yang mana menjadi pokok dalam kebolehuapayaan pendapatan bolehguna rakyat sesebuah negara lebih meningkat dan ini akan meningkatkan kuasa pasaran dengan kemampuan isi rumah memliki atau menerima teori ekonomi Islam ini menjadi teras dalam pembangunan. Harga barang yang semakin naik sekurang-kurangnya dapat diringankan kepada rakyat bawahan kesan keadilan dalam ekonomi Islam ini yang mana boleh menjana aliran fiskal yang lebih kukuh dan lebih bersistematik jika mampu diperbaiki tahun demi tahun jika dilaksanakan. Banyak alternatif sebenarnya kalau hendak dibincangkan tetapi saya cuba fokus dalam hal masalah kenaikan harga kenaikan barang ini dari sudut pembangunan dari sudut zakat dan cukai yang dikenakan kerajaan.



Walaupun banyak orang berhujah terutamanya orang politik sehingga menengelamkan suara-suara ahli ekonomi. Jelas banyak dipersoalkan aliran pusingan modal seperti penglibatan KWSP, Tabung Haji dan juga beberapa syarikat monopoli kerajaan (GLC)dalam mengurangkan beban rakyat sering dimainkan dalam menangani isu minyak. Pokoknya Islam melihatkan penumpuan keuntungan dan jurang kemiskinan adalah pokok kemunculan agihan keadilan dalam ekonomi, dalam satu tahap tertentu individu yang memiliki keberadaan seharusnya dididik dengan unsur sedekah kewajipan berzakat dan nilai moral dalam sumbangan cukai sebagai satu momentum mengelak kekayaan dibolot secara individu sebaliknya dikongsi bersama agar ekonomi berkembang.

Sekurang-kurangnya indikator kenaikan harga barang yang tak mampu dikawal seharusnya mampu didepani bersama yang mana akan mengurangkan inflasi dan mengelak kerajaan terus berbelanja defisit saban 5 tahun ini. Oleh itu, Islam amat menekan keadilan agihan dalam cara mengaktifkan pasaran semua agar wang terus berlegar tanpa ada sekatan spekulasi dan kebimbangan yang mencengkam dalam menormalkan kegiatan pasaran.

Ketiga, disinilah asas besar dalam didikan masyarakat umum seluruhnya. Dalam mengejar pembangunan meterial manusia terlena dibuai dengan kemewahan. Islam sebagai mesej keamanan seharusnya disampaikan tanpa syak lagi. Perlu kepada apakah pertimbangan manusia melainkan berbalik kepada maha pencipta. Disnilah segalanya perkembangan tamadun murni manusia bermula, cahaya Muhammad saw menyinari kegelapan tanah Arab menjadi kekuatan kepada pengamal ekonomi Islam dalam menjana suasana pasaran yang seharusnya lebih bersifat Islamik dan tabah menghadapi cabaran wabak penyakit harga barang. Sesungguh nya Islam amat-amat menggalakkan akal dan rasional sebagai penilai utama dalam menangani isu kenaikan harga barangan. ISLAM itu indah. Wallahua'lam